Projek Ignite Senior merupakan suatu inisiatif untuk meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains komputer dan kejuruteraan. Melalui projek ini, pelajar akan didedahkan kepada aktiviti pengekodan, pengendalian bahan-bahan elektronik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran komunikasi. Projek Ignite Senior juga akan memperkenalkan kepada pelajar mengenai penggunaan Arduino, Pemodelan 3D, dan Pencetak 3D.
Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar RBT/Makerlab daripada sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang.
Hari Pertama Hari Kedua
Masa Agenda Masa Agenda
7.15 pagi : Pelajar bergerak ke Penang Science Cluster 7.15 pagi : Pelajar bergerak ke PSC
8.30 pagi : Pelajar tiba di Penang Science Cluster 8.30 pagi : Pelajar tiba di PSC
8.45 pagi : Pengenalan kepada Penang Science Cluster Design Thinking 8.45 pagi : Pengenalan kepada 3D Printer
Pengenalan kepada SDG 10.30 pagi : Minum pagi / Rehat
10.30 pagi : Minum pagi / Rehat 10.45 pagi : Sambung Pengenalan 3D Printer
10.45 pagi : Pengenalan kepada Raspberry Pi Pico 11.50 pagi : Pembangunan Projek
1.00 tgh hari : Makan tengah hari & Solat 1.00 tgh hari : Makan tengah hari & Solat
2.00 petang : Pengenalan kepada 3D Modelling 2.00 petang : Pembentangan Projek
4.00 petang : Bertolak dari PSC 4.00 petang : Bertolak dari PSC
Pelajar-pelajar RBT/Makerlab daripada sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang perlu mempelajari terlebih dahulu topik elektronik bab 2 tingkatan 2 dan menghantar senarai nama serta gambar kepada pihak PSC di borang yang akan diberikan selepas pendaftaratn.
Adakah Pihak PSC akan menyediakan pengangkutan?
Ya, Pihak PSC akan mnyediakan pengangkutan untuk pelajar datang ke tempat yang ditetapkan.
Adakah pelajar akan disediakan makanan atau perlu bawa bekal sendiri?
Sarapan dan Makanan Tengahari akan disediakan oleh Pihak PSC.