Pengenalan Program
Lab-on-Wheels adalah program sokongan guru bagi subjek biologi, kimia, fizik, dan sains am melalui penyediaan bahan dan alat pengajaran eksperimen yang diperlukan di dalam kelas.
Objektif:
1. Menyediakan bahan bantuan pengajaran berdasarkan kurikulum.
2. Menyokong guru mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Sains menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif.
3. Membentuk suasana PdP yang berkualiti bagi pelajar sekolah-sekolah di Pulau Pinang.
Sasaran Peserta
Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah menengah di Pulau Pinang
Kaedah Pelaksanaan
Guru akan menjalani sesi TTT (Train the Trainers) bersemuka, meminjam peralatan eksperimen secara giliran daripada pihak PSC selama 3-4 minggu dan guru menggunakan peralatan eksperimen bersama pelajar di sekolah secara bersemuka.
Kandungan Program
Kandungan Program dan contoh peralatan LoW:
1. Biologi - Mendelian Genetics of Corn Kit
2. Kimia - Chemistry of Ester, Waterbath, Micropipettes, Snatoms sets
3. Fizik - Pressure and temperature sensors
4. Sains AM - Oximeter, Foldscope, Hydraulic activity set
Pendaftaran
Sila hubungi pegawai berkenaan untuk maklumat lanjut
Soalan Lazim
Pertanyaan & Soalan
Nama: Dr Rebecca Ow
No. Tel: 012-5591285
E-mel: biochem@pscpen.com
Nama: Nurdiana Nabila Bt Jamal Rozi
Emel: nurdiana@pscpen.com
Hubungi Kami