JABATAN PENERANGAN MALAYSIA SARAWAK
KUCHING, 30 Jun - Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diiringi isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi berkenan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada seramai 149 penerima di Dewan Besar, Astana Negeri, di sini, hari ini.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada 13 penerima yang didahului oleh Pegawai Tadbir di Pejabat Residen Bahagian Kuching, Awang Yusup Awang Mostapha.
Seterusnya, seramai 21 penerima dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) dengan Allin Bandang sebagai penerima pertama.
Dalam istiadat yang sama, seramai 10 penerima menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) didahului oleh Andy Suot, manakala 24 penerima lagi dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) dengan Pegawai Waran I Jadry Lai sebagai penerima pertama.
Selain itu, Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) dikurniakan kepada 37 penerima.
Istiadat berkenaan diakhiri dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) kepada 44 penerima, sekali gus menjadi kategori pengurniaan yang mencatatkan jumlah penerima tertinggi pada istiadat kali ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan I Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo serta dif-dif kenamaan yang lain. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Safik Effendi Kassim (BMKK)
Jurufoto: Lance Dunstan & Khairul Anwar (BKVS)
KUCHING, 29 Jun - Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, hari ini menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak daripada Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Dato Fenny Nuli serta rombongan MOWE Nation.
Kunjungan Dato Fenny Nuli merupakan kunjungan perpisahan bersempena pelantikan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Austria yang turut ditauliahkan ke Republik Slovakia serta dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa organisasi antarabangsa yang berpangkalan di Vienna.
Dalam pertemuan tersebut, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Pehin Sri dan Toh Puan Fauziah atas bimbingan, dorongan serta sokongan yang diberikan sepanjang menerajui Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri.
Beliau turut memaklumkan mengenai tanggungjawab baharunya sebagai Wakil Tetap Malaysia ke beberapa agensi antarabangsa di Vienna, antaranya Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), United Nations Industrial Development Organization (UNIDO), United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL), United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) serta Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty Organization (CTBTO).
Sementara itu, rombongan MOWE Nation mengadakan kunjungan hormat bagi menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Pehin Sri dan Toh Puan Fauziah untuk menghadiri Konvensyen MOWE yang dijadualkan berlangsung di Hotel Kingwood, Sibu dari 10 hingga 12 Julai depan.
Pengerusi penganjur, Patricia Mowe berkata Tun Pehin Sri dan Toh Puan Fauziah telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri majlis makan malam rasmi pada 10 Julai yang turut menjadi acara pelancaran konvensyen berkenaan.
Konvensyen dwitahunan itu menghimpunkan ahli keluarga besar MOWE dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh hubungan kekeluargaan, mengemas kini salasilah keluarga serta memupuk perpaduan dalam kalangan generasi pelbagai latar belakang.-PENERANGAN.
-TAMAT-
Disediakan oleh: Safik Effendi Kassim (BMKK)
Jurufoto: Khairul Anwar (BKVS)
SANTUBONG, 28 Jun — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan mencemar duli ke malam kedua Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (Rainforest World Music Festival – RWMF) 2026 yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak, di sini, malam tadi.
Turut berkenan berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Keberangkatan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor disambut oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak I (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Dennis Ngau serta Ketua Pegawai Eksekutif STB, Dr. Sharzede Datu Haji Salleh Askor. Raja Muda Perlis pula disambut Dato Gerald Rentap Jabu dan isteri.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Keberangkatan kerabat diraja menyerikan malam kedua festival yang menjadi antara acara pelancongan budaya bertaraf antarabangsa paling berprestij di Malaysia, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan institusi diraja terhadap usaha memperkasa seni, budaya dan industri pelancongan negara.
Memasuki edisi ke-29, RWMF 2026 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun mengangkat tema "Regenerations: Roots & Rhythms", yang mengetengahkan usaha menghubungkan semula masyarakat dengan akar warisan budaya sambil meraikan ekspresi muzik kontemporari.
Malam kedua festival turut diserikan dengan pelbagai persembahan artis tempatan dan antarabangsa, dengan kemuncaknya menampilkan kumpulan legenda Amerika Syarikat, The Commodores bersama pengasasnya, Thomas McClary, yang memukau ribuan pengunjung menerusi persembahan penuh bertenaga.
Penganjuran RWMF sejak 1998 bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia, malah terus menjadi wadah mempromosikan kepelbagaian warisan budaya Malaysia serta mengukuhkan hubungan antara masyarakat tempatan dan antarabangsa melalui bahasa universal muzik. - PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Mohamad Munir
Foto oleh: Saiful Rahman Sabri, Eddie Allan Blanking, Abdul Hakeem Well (BKVS)
KUCHING, 27 Jun - Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, berkenan melawat Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard di sini hari ini .
Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta putera baginda yang juga waris takhta kedua Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Keberangkatan baginda sekeluarga disambut oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu bersama isteri, Datin Rosemary Wong, serta Pengarah Muzium Brooke Dockyard, Anielia Siam.
Sepanjang lawatan, baginda diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan, pembangunan serta peranan Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard oleh Timbalan Pengarah muzium, Yasmin Khalid Nicholls.
Baginda kemudiannya dibawa meninjau setiap galeri pameran yang memaparkan sejarah industri pembinaan kapal di Sarawak, koleksi artifak, dokumen bersejarah, jentera asal limbungan serta pelbagai bahan pameran interaktif yang menceritakan perkembangan Brooke Dockyard sejak penubuhannya.
Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard merupakan antara tarikan warisan baharu di Kuching yang menghimpunkan sejarah perkembangan industri maritim dan pembinaan kapal di Sarawak serta menjadi pusat pendidikan dan pelancongan berasaskan warisan. - PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Toslin Meyub (BMKK)
Foto oleh: Abdul Hakeem Well (BKVS)
SERIAN, 27 Jun – Program OooHaa Gawai Dayak AFFIN 2026 berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta terdiri daripada penduduk Kampung Mujat, pengamal media dari pelbagai agensi di Sarawak, wakil agensi kerajaan dan sektor korporat dalam usaha memperkukuh literasi kewangan, meningkatkan kesedaran digital serta memelihara warisan budaya masyarakat Bidayuh.
Program anjuran Kumpulan AFFIN dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia, (JAPEN) Sarawak itu menjadi platform strategik dalam memperluas akses masyarakat luar bandar kepada perkhidmatan kewangan di samping memperkukuh jalinan kerjasama antara kerajaan, sektor korporat, media dan komuniti setempat.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, (JAPEN) Sarawak, Sabri Said.
Dalam ucapannya, beliau berkata penganjuran program seumpama itu membuktikan bahawa kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan sektor korporat mampu melahirkan masyarakat yang lebih berilmu, berdaya tahan serta bersedia menghadapi cabaran era digital melalui penguasaan literasi kewangan, teknologi dan budaya.
Menurut beliau, pengisian program seperti Kempen Internet Selamat, Literasi Budaya Bidayuh dan Literasi Kewangan bukan sahaja meningkatkan pengetahuan masyarakat, malah membantu mereka menggunakan teknologi secara bertanggungjawab, mengurus kewangan dengan lebih berhemah serta memelihara warisan budaya agar terus diwarisi oleh generasi akan datang.
Beliau turut berkata kerajaan terus memastikan masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan menerusi pelbagai inisiatif yang memperluas akses kepada pendidikan, ekonomi digital, kemudahan komunikasi dan pembangunan sosial selaras aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pembukaan akaun dan pendaftaran Kad Debit Visa AFFIN Kenyalang, sesi literasi kewangan, reruai perkhidmatan perbankan digital, sesi libat urus bersama pengamal media serta pengisian yang mengetengahkan keunikan budaya masyarakat Bidayuh Kampung Mujat.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, Kumpulan AFFIN turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Kampung Mujat bagi menyokong pemasangan sistem solar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan komuniti yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Program tersebut turut memberi peluang kepada peserta khususnya pengamal media, untuk mendekati dan menghayati adat resam serta budaya masyarakat Bidayuh melalui pelbagai aktiviti kebudayaan, sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan kepelbagaian warisan budaya Sarawak kepada masyarakat.
Turut hadir Pengarah Perbankan Sarawak Kumpulan AFFIN, Victor Liew Wui Tak, Ketua Kampung Mujat, Mathew Jatau, wakil-wakil agensi kerajaan, pengamal media serta penduduk Kampung Mujat.
-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Alya Sukri (BMKK)
Foto : Lance Dunstan (BKVS)
SANTUBONG, 26 Jun – Rainforest World Music Festival (RWMF) 2026 mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf antarabangsa menerusi penganjuran edisi ke-29 bermula 26 Jun hingga 28 Jun 2026 yang menghimpunkan persembahan muzik dunia, warisan pelbagai etnik serta inisiatif kelestarian alam di Kampung Budaya Sarawak, di sini, hari ini.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkembangan RWMF daripada sebuah festival yang hanya menarik kira-kira 300 pengunjung pada penganjuran sulung kini membuktikan keupayaan Sarawak memanfaatkan budaya, alam semula jadi dan komuniti sebagai kekuatan utama dalam sektor pelancongan.
“Rainforest World Music Festival kini dikenali di seluruh dunia dan berada dalam kelompok festival muzik terbaik dunia.
“Apabila kami menghadiri promosi pelancongan di luar negara seperti ITB Berlin dan WTM London, ramai terus mengaitkan Sarawak dengan Rainforest World Music Festival dan kejayaan ini lahir daripada usaha berterusan memelihara warisan budaya 34 kumpulan etnik di Sarawak yang menjadi identiti serta kekuatan negeri ini,” kata beliau pada sidang media RWMF 2026 di Restoran Budaya, Kampung Budaya Sarawak, hari ini.
Kerajaan Sarawak terus memastikan setiap etnik menerima perhatian sewajarnya dalam aspek pemeliharaan budaya, kesenian, makanan tradisional, cara hidup dan muzik warisan bagi menjamin kelangsungan identiti masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Dennis Ngau, berkata RWMF akan terus dianjurkan di Sarawak dengan penambahbaikan program mengikut keperluan serta minat generasi semasa tanpa mengabaikan identiti asal festival yang mengetengahkan muzik tradisional dan budaya masyarakat pribumi.
“RWMF kini berkembang sebagai platform yang menggabungkan pelancongan, pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar menerusi penganjuran Rainforest Youth Summit (RAISE) yang menghimpunkan pemimpin belia dari rantau Asia Tenggara bagi memupuk kesedaran terhadap usaha memelihara alam sekitar,” tambahnya.
Beliau berkata, sebahagian hasil jualan tiket festival disalurkan kepada program penanaman kayu manakala penggunaan dispenser air, pengurangan plastik sekali guna serta amalan pengurusan sisa yang sistematik dilaksanakan sebagai sebahagian daripada komitmen menjadikan RWMF sebuah festival lestari bertaraf antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif STB, Dr. Sharzede Salleh Askor, berkata RWMF sedang melalui proses penilaian bagi memperoleh pensijilan ISO berkaitan kelestarian dengan memberi penekanan terhadap pengurusan sisa, kebajikan vendor, larangan buruh kanak-kanak serta pelaksanaan amalan mesra alam sepanjang festival berlangsung.
Beliau berkata, STB menyasarkan penanaman 3,800 pokok hasil kutipan sebahagian jualan tiket RWMF tahun ini sekali gus menyokong sasaran penanaman 10,000 pokok dalam tempoh lima tahun melalui kerjasama bersama komuniti setempat yang turut memperoleh manfaat daripada program tersebut.
Abdul Karim berkata, sehingga hari pembukaan festival, jualan tiket RWMF 2026 mencecah kira-kira 22,000 keping atau hanya susut sekitar dua peratus berbanding sasaran tahun lalu walaupun berdepan peningkatan kos penerbangan dan harga bahan api, sekali gus membuktikan festival berprestij itu terus mendapat sambutan kukuh daripada peminat muzik dunia serta menyumbang lebih RM1 bilion sebulan kepada resit pelancongan Sarawak sepanjang dua tahun kebelakangan ini.-PENERANGAN- -TAMAT-
Disediakan oleh: Joshua Amir Sibat (BMKK)
Foto: Abdul Hakeem, Eddie Allan Blanking dan Saiful Rahman Sabri (BKVS)
KUCHING, 24 Jun - Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi diesel menerusi mekanisme apungan harga diesel mengikut harga pasaran tanpa subsidi di seluruh negara berkuat kuasa 1 Julai 2026, di samping menurunkan harga diesel bersubsidi daripada RM2.15 kepada RM2.10 seliter bagi warganegara Malaysia yang layak.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah tersebut dilaksanakan menerusi Program BUDI MADANI Diesel bagi memastikan subsidi disalurkan secara lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan sekali gus mengurangkan ketirisan yang menjejaskan kedudukan fiskal negara.
Menurut beliau, pelaksanaan mekanisme baharu itu akan menggunakan MyKad sepenuhnya di stesen minyak bagi menggantikan kaedah pemindahan tunai yang digunakan sebelum ini.
“Bagi individu, kuota asas yang diperuntukkan ialah 200 liter sebulan. Pemilik kenderaan jenis pikap dan jip yang memenuhi syarat pula boleh memohon kuota tambahan sebanyak 100 liter, menjadikan jumlah keseluruhan 300 liter sebulan,” katanya ketika menyampaikan Taklimat Media Pelaksanaan Pembaharuan Penyasaran Subsidi Diesel di sini, hari ini.
Amir Hamzah berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dibuat susulan peningkatan ketara perbelanjaan subsidi kerajaan yang dipengaruhi oleh faktor luaran termasuk ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.
Menurut beliau, perbelanjaan subsidi petrol dan diesel negara meningkat hampir lima kali ganda daripada RM800 juta pada Januari kepada RM4.9 bilion pada April tahun ini.
Beliau turut mendedahkan bahawa analisis penggunaan diesel di Sabah dan Sarawak menunjukkan berlakunya peningkatan penggunaan daripada satu bilion liter kepada dua bilion liter setahun, yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penyeludupan dan penyelewengan oleh pihak yang tidak layak menerima subsidi.
“Melalui pelaksanaan subsidi bersasar ini, kerajaan menjangkakan penjimatan kira-kira RM2 bilion hasil pengurangan ketirisan.
“Penjimatan tersebut akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif termasuk penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter serta peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM10 bilion kepada RM15 bilion,” katanya lagi.
Bagi sektor komersial, kerajaan mengekalkan penggunaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) menerusi penggunaan Fleet Card dan memperluaskan kelayakan kepada 33 kategori kenderaan tambahan melibatkan sektor pertanian, komoditi, e-panggilan dan penjana kuasa di kawasan pedalaman.
Secara keseluruhan, pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dijangka melibatkan kira-kira 700,000 kenderaan diesel di seluruh negara termasuk 300,000 kenderaan di Sabah dan Sarawak.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan asas iaitu warganegara Malaysia, memiliki lesen memandu serta cukai jalan yang sah boleh membuat permohonan kuota menerusi portal BUDI MADANI bermula semalam.
Bagi memudahkan proses pendaftaran, kerajaan turut menyediakan kemudahan bantuan secara fizikal di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.
Walaupun harga diesel akan diapungkan mengikut pasaran, harga diesel tanpa subsidi di Malaysia yang dianggarkan sekitar RM4.37 seliter masih antara yang terendah di rantau Asia Tenggara sekali gus membantu mengurangkan risiko penyeludupan rentas sempadan pada masa hadapan.
Turut hadir Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Datu Ir. Ts. Awang Fadillah Awang Redzuan serta Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin.-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Safik Effendi Kassim (BMKK)
Jurufoto: Abdul Hakeem Well (BKVS)
Kuching 22 Jun - Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke-70 disambut penuh gemilang di Sarawak hari ini, menandakan tujuh dekad peranan institusi bahasa itu dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pendidikan, perpaduan dan peradaban negara.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pagi tadi.
Teks ucapan Menteri Pendidikan Malaysia yang dibacakan Sasterawan Negara merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan berkata, bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, malah perlu dimartabatkan sebagai bahasa bernilai ekonomi tinggi dalam ekosistem pendidikan, industri dan pembangunan negara.
Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah sambutan ulang tahun kali ini disifatkan amat signifikan kerana melambangkan kekuatan jambatan bahasa yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam satu semangat kebangsaan yang utuh.
Tema sambutan 'Restu Jiwa Pahlawan' mengangkat penghargaan terhadap perjuangan tokoh bahasa dan sastera negara serta menyingkap sejarah penubuhan DBP sebagai institusi penting dalam pembinaan negara bangsa.
Dalam pada itu, DBP turut menggariskan pelaksanaan Rancangan Strategik DBP 2026–2030 yang memberi fokus kepada lima teras utama, iaitu pengukuhan ekosistem bahasa Melayu, peluasan jaringan global, kemampanan kewangan, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI), serta pemantapan tadbir urus dan modal insan.
DBP turut memberi komitmen untuk memperkukuh agenda pendidikan negara melalui penyediaan buku teks sekolah, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta program Buku dan Majalah Dalam Kelas (MDK) bagi memperkasa budaya membaca dalam kalangan pelajar.
Usaha melestarikan bahasa sukuan dan dialek tempatan di Sabah dan Sarawak juga terus diperkukuh melalui dokumentasi kamus dan pembangunan pangkalan data bahasa etnik, termasuk penerbitan kamus bahasa Iban, Melanau, Vaie dan Melayu Sarawak.
Selain itu, DBP turut memperkukuh ekosistem sastera negara melalui pelbagai program pembangunan penulis seperti Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK), Minggu Penulis Remaja (MPR), Karyawan Tamu, Tabung Derma Cipta Dewan serta Geran Penyelidikan DBP.
Dalam era Revolusi Industri 4.0, DBP memberi penekanan kepada transformasi digital dan pembangunan kecerdasan buatan (AI) bahasa Melayu melalui pembangunan korpus bahasa berasaskan data raya serta sistem rujukan bahasa digital.
DBP turut komited untuk mengindustrikan khazanah ilmu bahasa dan sastera negara termasuk kamus, ensiklopedia, karya agung, majalah dan jurnal ilmiah sebagai sumber utama pembangunan kandungan digital negara.
Sambutan ulang tahun ke-70 ini menjadi simbol kesinambungan peranan DBP dalam memastikan bahasa Melayu kekal relevan, berwibawa dan terus menjadi wahana utama perpaduan serta pembinaan tamadun negara.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Wan Hashim Wan Rahim, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hazami Jahari dan tetamu jemputan yang lain. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan:Ninie Gumbang(BMKK)
Foto: Mohammad Rizal Matassan (BKVS
KUCHING, 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja sehari ke Sarawak, sebentar tadi.
Anwar dan rombongan berlepas pulang ke ibu negara menaiki pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pada jam 11.15 malam.
Dalam siri lawatan pada kali ini, beliau telah menghadiri Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu di Menara Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu sebelum berangkat ke Kuching untuk menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2026 Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.
Beliau juga sempat meluangkan masa menziarahi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri bagi menyampaikan ucapan takziah susulan pemergian suaminya, Allahyarham Datuk Kamil Misuari.
Turut hadir mengiringi beliau di LTAK ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Dato Seri Tiong King Sing serta tetamu kenamaan lain.
Disediakan oleh: Toslin Meyub (BMKK)
Jurufoto: Saiful Rahman Sabri/ Lance Dunstan (BKVS)
KUCHING, 22 Jun - Komitmen Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperkukuh apabila pengurusan dan pentadbiran Pelabuhan Bintulu diserahkan kepada Kerajaan Sarawak, antara perkara yang disentuh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), malam tadi.
Perdana Menteri berkata, langkah tersebut mencerminkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menunaikan perkara-perkara yang telah dipersetujui di bawah MA63 melalui pendekatan rundingan dan kerjasama yang konstruktif.
Menurut beliau, pelbagai isu berkaitan MA63 yang sekian lama tertangguh berjaya diselesaikan hasil hubungan baik serta persefahaman yang terjalin antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.
“Kita melaksanakan apa yang termaktub dalam MA63 dan sepanjang lebih tiga tahun ini, kita berunding dengan matang.
"Kini, salah satu petanda keyakinan dan perpaduan kita adalah menyerahkan pengurusan Pelabuhan Bintulu sepenuhnya kepada Sarawak,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata kerjasama antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) kini berada pada landasan yang positif dan hampir mencapai persefahaman dalam beberapa perkara berkaitan sektor tenaga.
Menurut beliau, kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua syarikat itu akan memperkukuh kedudukan Sarawak serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan, selain meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.
Beliau berkata, hubungan yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak turut membuka ruang kepada kemasukan pelaburan asing yang lebih besar, selaras dengan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara.
Perdana Menteri turut memuji keupayaan Kerajaan Sarawak mengurus kewangan negeri dengan berkesan, termasuk kemampuan melaksanakan pembayaran berjumlah RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu.
Menyentuh sambutan Gawai Dayak, beliau menyeru rakyat agar terus memelihara keharmonian dan semangat perpaduan yang menjadi asas kestabilan serta kemajuan negara.
Katanya, kepelbagaian kaum, budaya dan bahasa yang wujud di Sarawak merupakan kekuatan yang perlu dihargai dan dipelihara oleh semua lapisan masyarakat, khususnya generasi muda.
Beliau turut menekankan konsep ta’aruf atau saling mengenali sebagai pendekatan penting dalam memperkukuh persefahaman serta membina masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati.
“Setiap budaya ada kekuatannya, setiap kelainan ada keindahannya dan semangat perpaduan di Sarawak adalah contoh terbaik bagaimana kita membina kepercayaan dan bukan sekadar toleransi,” tambah beliau.
Penyerahan pengurusan Pelabuhan Bintulu serta pengukuhan kerjasama dalam sektor tenaga dijangka memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi Sarawak khususnya dalam memperkukuh sektor perdagangan, logistik dan pelaburan, sekali gus menyokong agenda pembangunan mampan negeri dan negara.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta tetamu kenamaan lain.-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Safik Effendi Kassim (BMKK)
Jurufoto: Mohamad Rizal, Eddie Alan Blanking & Khairul Anwar (BKVS)
KUCHING, 21 Jun - Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Kuching untuk menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2026 Peringkat Sarawak, di sini.
Beliau yang berangkat dari Lapangan Terbang Bintulu diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sekitar jam 5.30 petang, disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkutan I, Datuk Dr. Jerip Susil.
Anwar dijadualkan menghadiri majlis tersebut yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada jam 8.00 malam nanti.
Dalam rangka lawatan kerja sehari di Sarawak, beliau telah menghadiri Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri yang berlangsung di Menara Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu pada jam 2.30 petang tadi.
Beliau dijadual berangkat balik ke ibu negara dari LTAK pada jam 10.45 malam ini. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Toslin Meyub (BMKK)
Foto oleh: Lance Dunstan (BKVS)
KUCHING, 21 Jun – Sarawak mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada status pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri selepas Kerajaan Sarawak menyerahkan bayaran peletakhakan berjumlah RM1.8 bilion kepada Kerajaan Persekutuan dalam satu majlis bersejarah yang menandakan penyempurnaan proses pemindahan hak milik, aset dan tanggungjawab berkaitan pelabuhan strategik itu.
Penyerahan cek tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg kepada Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, susulan pemeteraian Perjanjian Tiga Pihak (Tripartite Agreement) dan Perjanjian Penyempurnaan (Completion Agreement) antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan Bintulu Port Sdn. Bhd di Menara Kidurong, hari ini.
Perjanjian Tiga Pihak itu memperincikan pelepasan tanggungjawab, perlindungan daripada tuntutan atau liabiliti serta pengurusan obligasi sedia ada berikutan pertukaran status Pelabuhan Bintulu manakala Perjanjian Penyempurnaan menjadi asas kepada pemuktamadan peralihan hak, aset, tanggungjawab dan obligasi secara teratur mengikut Seksyen 12 Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024.
Bayaran RM1.8 bilion yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak merupakan nilai peletakhakan atau pemindahan hak milik ke atas tanah, harta dan aset Lembaga Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak.
Perdana Menteri berkata kejayaan menyempurnakan pengambilalihan itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana apa yang kita janjikan berasaskan Perlembagaan dan semangat MA63 dapat kita tunaikan melalui persefahaman, kepercayaan dan hubungan kerja yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak,” katanya.
Anwar berkata proses peralihan tersebut dicapai melalui rundingan yang matang dan konstruktif tanpa sebarang tekanan, sekali gus menjadi model kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam menyelesaikan isu berkepentingan nasional.
Beliau turut menyifatkan Sarawak sebagai kuasa ekonomi baharu yang semakin menyerlah di rantau ini melalui pembangunan sektor tenaga, teknologi tinggi, ekonomi hijau dan industri berasaskan sumber yang berdaya saing.
Pada majlis sama, beliau mengumumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan akan diturunkan daripada RM2.15 kepada RM2.10 seliter berkuat kuasa mulai Julai ini sebagai langkah mengambil kira corak penggunaan bahan api yang berbeza di wilayah berkenaan.
Sementara itu, Abang Johari berkata pengambilalihan Pelabuhan Bintulu mempunyai signifikan sejarah kerana pelabuhan tersebut pada asalnya berada di bawah bidang kuasa negeri sebelum pengurusannya diambil alih Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan pembangunan projek pelabuhan menggunakan pinjaman yang dijamin kerajaan pusat.
“Pada ketika itu, Sarawak memerlukan pembiayaan kira-kira RM400 juta daripada Asian Development Bank dan jaminan pinjaman hanya boleh diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, justeru kedua-dua pihak bersetuju supaya pelabuhan ini dibangunkan serta diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata kemampuan kewangan Sarawak pada hari ini membolehkan kerajaan negeri mengambil semula hak pengurusan Pelabuhan Bintulu melalui mekanisme yang dipersetujui bersama tanpa melibatkan pembelian aset secara langsung.
Menurutnya, Pelabuhan Bintulu kini berada dalam kedudukan strategik untuk menyokong agenda peralihan tenaga dan ekonomi rendah karbon selepas diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Transitioning Industrial Cluster yang berpotensi memacu pembangunan industri hijau bertaraf global.
Abang Johari berkata Sarawak akan terus memperkukuh kemudahan dan infrastruktur pelabuhan berkenaan bagi menyokong pertumbuhan sektor maritim, tenaga bersih serta pelaburan baharu yang dapat meningkatkan daya saing ekonomi negeri dan negara.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, menteri-menteri Persekutuan dan Sarawak, timbalan-timbalan menteri, ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat.-PENERANGAN- -TAMAT-
Disediakan oleh: Joshua Amir Sibat (BMKK)
Foto: Cassidy Lisut (BKVS)
BINTULU, 21 Jun - Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada jam 2.00 petang hari ini bagi mengadakan lawatan kerja sehari ke Sarawak.
Ketibaan beliau disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama barisan pemimpin kerajaan negeri.
Dalam rangka lawatan tersebut, Anwar dijadual menghadiri Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri yang akan berlangsung di Menara Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu pada jam 2.30 petang.
Majlis berkenaan merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh peranan Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan strategik negara serta menyokong agenda pembangunan ekonomi Sarawak.
Selepas menghadiri majlis tersebut, Anwar dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Bintulu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3.55 petang bagi meneruskan agenda lawatan kerja beliau di negeri ini.
Setibanya di Kuching, beliau dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2026 Peringkat Sarawak yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada jam 8.00 malam.
Turut hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta kenamaan lain.
-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Muhammad Izzat Muzaqeer Zamri (BMKK)
Jurufoto: Bolhan Haji Basah (BKVS)
KUCHING, 21 Jun - Perarakan Niti Daun sempena Sambutan Gawai Dayak 2026 membuktikan kejayaan Sarawak dalam memelihara dan mempamerkan kepelbagaian budaya yang menjadi asas kukuh kepada perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata program tersebut bukan sahaja menampilkan keunikan budaya masyarakat Sarawak kepada rakyat Malaysia malah memperlihatkan semangat kerjasama, persefahaman dan kesatuan yang terus menjadi kekuatan negeri ini.
Menurut beliau, penyertaan kontinjen dari seluruh pelosok Sarawak termasuk kawasan pedalaman dan utara negeri mencerminkan komitmen masyarakat dalam memartabatkan warisan budaya serta memperkukuh hubungan antara kaum.
“Ini menunjukkan bagaimana masyarakat yang datang daripada pelbagai latar belakang budaya mampu bersatu hati dan bekerjasama untuk menjayakan satu matlamat bersama,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perarakan Niti Daun di sini, semalam.
Beliau berkata usaha yang ditunjukkan oleh peserta dan penganjur amat signifikan kerana bukan sahaja mengetengahkan kekayaan warisan budaya Sarawak, malah mempamerkan nilai perpaduan yang menjadi identiti masyarakat negeri ini.
Tambah beliau, rakyat Malaysia perlu terus menghargai sumbangan masyarakat Dayak terhadap pembangunan negara serta peranan mereka dalam memperkukuh keharmonian dan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia.
Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengetuai Perarakan Niti Daun selepas merasmikannya dengan tujuh kali paluan gong di Bangunan Tun Jugah, semalam.
Perarakan sejauh 1.2 kilometer itu melibatkan 99 kontinjen yang mewakili etnik Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Kadazan Dusun, Gabungan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Sarawak Graduates serta 15 kenderaan berhias bermula dari Bangunan Tun Jugah pada jam 2.30 petang dan berakhir di Pentas Utama Kuching Waterfront.
Pertandingan turut diadakan dalam kategori Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan kenderaan berhias dengan hadiah utama RM10,000.
Kelab Belia Warisan Kreatif Taman Samarindah muncul juara kategori Iban, DBNA Samarahan Branch bagi kategori Bidayuh, Persatuan Wanita Kayan Sarawak bagi kategori Orang Ulu, manakala Kumpulan Kebudayaan Kampung Gumbang Bau menjuarai kategori kenderaan berhias.
Turut hadir Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom serta kenamaan lain.-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Toslin Meyub (BMKK)
Foto oleh: Khairul Anwar Ali & Eddy Allan Blanking (BKVS)
KUCHING, 20 Jun - Sejumlah RM680 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang dijangka memanfaatkan seramai 874,878 rakyat di seluruh negeri.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, inisiatif tersebut merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan susulan peningkatan kos sara hidup.
Menurut beliau, bantuan itu disalurkan secara digital menerusi e-dompet SPay Global bagi memastikan sistem penyampaian yang telus, cekap dan bebas daripada ketirisan selain memastikan dana digunakan terus untuk pembelian keperluan asas.
“Tahun ini, kita telah meningkatkan peruntukan dan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali, iaitu pada bulan Mac, sebelum perayaan Gawai dan November. Jadual ini dirangka bagi membantu persediaan awal keluarga menjelang sesi persekolahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Farley Garden Kuching di sini, hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 405,505 orang merupakan kategori isi rumah, 127,266 warga emas dan 342,107 individu bujang.
Menyentuh mengenai perasmian Farley Garden, beliau memuji pencapaian pasar raya tempatan itu yang terus berkembang serta menyediakan peluang ekonomi kepada usahawan makanan tempatan, selaras dengan pengiktirafan Kuching sebagai Bandar Gastronomi UNESCO.
Pada masa sama, beliau menyarankan agar pemain industri peruncitan tempatan mengadaptasi teknologi hijau dalam operasi masing-masing bagi mewujudkan ekosistem perniagaan pintar yang lebih lestari.
Menurut beliau, pertumbuhan sektor peruncitan di Sarawak turut disokong oleh pelaburan infrastruktur yang progresif, termasuk pembinaan 22 jambatan baharu dan projek naik taraf jalan raya yang menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar.
Terdahulu, Abang Johari menghadiri sesi tinjauan mesra program SKAS di Farley Mall sempena perasmian Farley Garden Kuching.
Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Pengerusi Kumpulan Farley, Lau Siew Whye serta Pengarah Kumpulan Farley, Eiseng Lau.-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Safik Effendi Kassim (BMKK)
Jurufoto : Mohamad Rizal (BKVS)
LUNDU, 20 Jun - Kerajaan MADANI terus memperkukuh sistem penyampaian bantuan bersasar menerusi penggunaan teknologi MyKad dalam pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sekali gus memastikan bantuan kerajaan disalurkan secara lebih mudah, selamat dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.
Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penggunaan MyKad sebagai medium penunaian STR bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, termasuk di kawasan luar bandar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan Lawatan Pemantauan Program Penunaian STR 2026 di Dewan Mahligai Gading, di sini, hari ini.
Menurut beliau, Program Penunaian STR dilaksanakan di 20 lokasi di Sarawak dan 17 lokasi di Sabah bagi memudahkan penerima tanpa akaun bank membuat tuntutan bantuan tunai menggunakan MyKad, selain boleh dilakukan di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.
Katanya, seramai 257 penerima di Lundu menerima manfaat menerusi pelaksanaan program tersebut, sekali gus membuktikan keberkesanan inisiatif kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.
Amir Hamzah berkata penggunaan MyKad turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pelaksanaan SARA apabila 99 peratus penerima di Sarawak menggunakannya untuk membeli barangan keperluan harian di premis Rakan Niaga SARA yang berdaftar.
Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan keberkesanan teknologi MyKad dalam meningkatkan ketelusan, keselamatan dan kecekapan sistem penyampaian bantuan selain memudahkan rakyat mengakses pelbagai bentuk bantuan kerajaan.
Menurut beliau, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM15 bilion bagi pelaksanaan STR dan SARA pada tahun ini, meningkat berbanding RM10 bilion pada 2024, sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan membantu rakyat menangani kos sara hidup.
Beliau berkata penerima yang layak boleh menerima kredit SARA antara RM600 hingga RM2,400 setahun mengikut kategori kelayakan, manakala jumlah keseluruhan bantuan boleh mencecah RM2,500 termasuk pemberian SARA Penghargaan secara sekali bayar.
Setakat 16 Jun lalu, sebanyak 13,491 Rakan Niaga SARA beroperasi di seluruh negara bagi memudahkan penggunaan MyKad untuk pembelian barangan keperluan harian.
Terdahulu, Amir Hamzah mengadakan sesi walkabout ke kaunter perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik serta melawat Program Jualan Rahmah MADANI yang berlangsung bersempena program berkenaan.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Mohamad Munir (BMKK)
Jurufoto: Lance Dunstan (BKVS)
KUCHING, 20 Jun – Pengamal media di Sarawak diseru agar terus mempertahankan prinsip kewartawanan yang berteraskan ketepatan, kredibiliti dan tanggungjawab sosial dalam menghadapi perubahan pesat teknologi, khususnya perkembangan kecerdasan buatan (AI).
Menteri Pelancongan Malaysia, Dato Seri Tiong King Sing menerusi Setiausaha Akhbar beliau, Ross Sia yang membaca teks ucapannya, dalam majlis Kuching Division Journalist Association (KDJA) Gawai 2026 di Dewan DBNA di sini semalam berkata, walaupun teknologi mampu membantu mempercepatkan proses penghasilan dan penyebaran maklumat, ia tidak mampu menggantikan pengalaman, pertimbangan profesional serta kredibiliti yang dimiliki wartawan.
“Seorang wartawan bukan sekadar melaporkan apa yang berlaku, tetapi perlu memahami mengapa ia berlaku, siapa yang terkesan dan mengapa ia penting kepada masyarakat.
"Nilai-nilai ini tidak dapat digantikan sepenuhnya oleh mesin,” katanya.
Tambahnya, dalam era penyebaran maklumat yang semakin pantas, tanggungjawab media untuk menyampaikan berita yang tepat dan boleh dipercayai menjadi semakin penting bagi mengelakkan penyebaran spekulasi, kekeliruan dan panik dalam kalangan masyarakat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KDJA yang telah memainkan peranan penting dalam landskap media Sarawak selama lebih lima dekad melalui sokongan berterusan kepada wartawan dan pengamal media di negeri ini.
Katanya, masyarakat sering hanya melihat hasil akhir seperti artikel, laporan berita atau tajuk utama, namun tidak menyedari cabaran yang dihadapi petugas media termasuk waktu kerja yang panjang, perjalanan jauh serta tekanan memenuhi tarikh akhir.
Pada masa sama, beliau memuji peranan organisasi media yang aktif mempromosikan program kebudayaan dan inisiatif komuniti, sekali gus membantu memelihara warisan budaya serta memperkukuh persefahaman, hormat-menghormati dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.
Sebagai tanda sokongan kepada komuniti media, beliau telah meluluskan sumbangan berjumlah RM15,000 bagi menjayakan penganjuran Majlis Gawai Media 2026.
Selain itu, beliau turut mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM5,000 sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan pengamal media kepada masyarakat.
Majlis KDJA Gawai 2026 tersebut menghimpunkan pengamal media, editor, jurugambar, wartawan veteran serta rakan-rakan korporat sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2026 dalam suasana penuh muhibah dan penghargaan. - Penerangan-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Toslin Meyub (BMKK)
Foto oleh: Abdul Hakim Well ( BKVS)
KUCHING, 20 June - Sarawak’s continued progress in clean energy development, environmental governance and sustainable natural resource management is strengthening Malaysia’s aspiration to build a resilient low-carbon economy while supporting the nation’s energy transition agenda.
Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said climate change remains one of the world’s most pressing challenges, requiring comprehensive and forward-looking policies that balance economic growth with environmental sustainability.
He said Sarawak has established a strategic policy framework to position the state as a key player in the future energy landscape by sustainably utilising its renewable energy resources and natural gas reserves.
Speaking at the Natural Resources and Environment Board (NREB) Excellence and Service Awards Night at the UNIFOR Complex here yesterday, Abang Johari said Sarawak’s recognition as a ‘Petro-Electro State' reflects its unique capacity to harness both renewable energy and natural gas resources in driving sustainable industrial growth.
He said the state’s abundant energy resources have attracted growing interest from international scientists and technology experts seeking opportunities for collaboration in research, innovation, and the development of next-generation energy solutions.
He added, the expanded jurisdiction enables Sarawak to introduce progressive greenhouse gas legislation, regulate Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS) activities within its continental shelf, and implement carbon management measures aligned with international frameworks, including Article 6 of the Paris Agreement.
The Premier emphasised that the enhanced responsibility places NREB at the forefront of safeguarding environmental sustainability while supporting the state’s economic development agenda, adding that strong institutions are essential to ensure environmental protection for future generations.
To further cultivate environmental awareness among the younger generation, he announced that the Sarawak Government has agreed in principle to provide incentives for schools participating in the Environmental Lovers Club (PALS) programme, with plans to expand its implementation to approximately 1,400 schools throughout the state.
Earlier, Controller of Environmental Quality Sarawak, Datu Jack Liam, said recognising dedicated officers through the Excellence and Service Awards reflects NREB’s commitment to institutional excellence and effective environmental governance.
The ceremony also featured the presentation of service awards, recognition for outstanding officers, certificates to retirees, and the exchange of Memoranda of Understanding (MoUs) with the Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC) and Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) to strengthen collaboration in environmental research, scientific innovation and sustainable resource management.
-PENERANGAN-
-END-
By: Mohamad Munir (BMKK)
Photo: Mohamad Rizal (BKVS)
KUCHING, 19 Jun – Operasi pembenihan awan selama dua hari yang bermula hari ini dilaksanakan bagi menyokong paras air di beberapa empangan utama Sarawak susulan cuaca panas dan kering yang berterusan di negeri ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata operasi yang diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air strategik termasuk Empangan Batang Ai, Bakun, Murum dan Bengoh.
Beliau berkata langkah berkenaan amat penting bagi meningkatkan peluang berlakunya hujan sekali gus membantu menambah simpanan air mentah yang diperlukan untuk bekalan domestik dan penjanaan tenaga hidroelektrik.
“Kerajaan Sarawak amat menghargai usaha NADMA dan semua agensi yang terlibat kerana keadaan cuaca masih panas dan kering, manakala paras air di beberapa empangan utama belum menunjukkan peningkatan yang memuaskan,” katanya kepada media selepas melancarkan operasi tersebut di Pangkalan Udara Kuching hari ini.
Uggah berkata operasi yang sama pernah dilaksanakan pada awal Mei lalu dan berjaya memberikan kesan positif terutama di kawasan Empangan Batang Ai.
“Operasi ini menggunakan garam sebagai agen pembenihan awan dan bukannya bahan kimia berbahaya, justeru orang ramai tidak perlu bimbang kerana kaedah ini selamat serta telah digunakan sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata keberkesanan operasi pembenihan awan bergantung kepada faktor cuaca, arah angin dan kewujudan awan yang sesuai untuk disemai.
Menurutnya, pembenihan awan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan sekiranya keadaan langit terlalu cerah kerana ketiadaan awan yang berpotensi menghasilkan hujan.
Dalam pada itu, beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana bahagian dan daerah mempertingkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi risiko kebakaran terbuka serta jerebu.
Beliau berkata kawasan berisiko tinggi seperti Kuala Baram terus dipantau melalui pemerhatian lapangan, penggunaan dron dan penyediaan infrastruktur mitigasi termasuk telaga tiub, sekatan air serta menara pemantauan.
“Langkah paling berkesan ialah mengambil tindakan sebaik sahaja asap dikesan dan tidak menunggu sehingga api merebak kerana keadaan tanah gambut yang kering boleh menyebabkan kebakaran menjadi lebih sukar dikawal,” katanya.
Uggah berkata Empangan Batang Ai kini berada pada Paras Kecemasan Tahap 1 dengan bacaan 102.36 meter aras laut, manakala Empangan Bakun telah memasuki Paras Kecemasan Kemarau Tahap 1 pada bacaan 211.63 meter aras laut yang memerlukan pemantauan rapi.
Beliau berkata Empangan Murum turut merekodkan status kejadian kemarau dengan bacaan 529.11 meter aras laut, sementara Empangan Bengoh masih berada pada paras normal 78.89 meter dan terus beroperasi seperti biasa.
Operasi pembenihan awan tersebut melibatkan kerjasama NADMA, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Sarawak Energy Berhad serta beberapa agensi berkaitan sebagai usaha bersepadu memastikan kelestarian sumber air dan kesejahteraan rakyat Sarawak sepanjang musim kering.-PENERANGAN- -TAMAT-
Disediakan oleh: Joshua Amir Sibat (BMKK)
Foto: Eddie Allan Blanking (BKVS)
KUCHING, June 17 – Malaysia continues to reinforce its reputation as a leading destination for international sporting events as Sarawak hosts the 3rd Asian Doubles Squash Championships 2026, showcasing the nation’s capability to organise world-class tournaments while fostering regional sporting excellence and cooperation.
The championship dinner, held ahead of the tournament, brought together government leaders, sports administrators and international delegates, reflecting the strong partnership between the Federal Government, the Sarawak Government and national sports bodies in advancing the country’s sports development agenda.
The event was officiated by Sarawak Deputy Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development, Datuk Gerald Rentap Jabu representing Sarawak Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts and Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Also present were Adviser to the Squash Racquets Association of Sarawak (SRAS), Senator Robert Lau Hui Yew, Sarawak Director of the Youth and Sports Department, Lamat anak Nyalau, representing the Deputy Minister of Youth and Sports Malaysia, Squash Racquets Association of Malaysia (SRAM) Deputy President and SRAS Patron, Mohd Azlan Iskandar, SRAS President, Lucy Read, Director of the Information Department Malaysia Sarawak, Sabri Said, as well as senior government officials, sports administrators and representatives from participating countries.
In his speech, Datuk Gerald said Sarawak’s selection as host for the second consecutive year reflects the confidence placed in Malaysia’s ability to organise international-standard sporting events and highlights the country’s growing standing within the Asian sporting community.
The championships, scheduled from June 18 to 21 at the Sarawak Squash Centre, will feature 69 players and 21 officials from nine countries, namely Chinese Taipei, Hong Kong, India, Japan, Korea, Malaysia, Pakistan, Singapore and Thailand, competing in the Men’s Doubles, Women’s Doubles and Mixed Doubles categories.
He said the tournament provides a valuable platform for athletes to compete alongside some of Asia’s leading doubles players while strengthening sporting cooperation among participating nations and contributing to the overall development of squash in the region.
Datuk Gerald also highlighted the Government’s continued commitment to sports development through strategic initiatives, including the Ministry of Youth and Sports’ Geran Padanan Sukan, which supports grassroots sports programmes and athlete development nationwide.
He further noted that international sporting events generate long-term benefits beyond competition by promoting sports tourism, stimulating economic activity and enhancing Malaysia’s reputation as a trusted host for major international championships.
Looking ahead, he announced that Sarawak will construct Borneo’s first international-standard doubles glass squash court, a broadcast-ready facility expected to be completed ahead of the 2027 SEA Games.
The RM8 million project, which will accommodate approximately 800 spectators, is expected to serve as a key venue for high-performance training and future international squash competitions. -PENERANGAN-
-END-
By - Mohamad Munir (BMKK)
Photo - Mohamad Rizal (BKVS)
KUCHING, 17 Jun - Malaysia terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara negara yang dihormati dalam bidang kejuruteraan dan teknologi di peringkat antarabangsa sekali gus membuktikan keupayaan negara untuk menjadi peneraju dalam sektor tersebut.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, standard kejuruteraan negara yang tinggi telah meletakkan Malaysia sebagai rujukan dalam pelbagai forum dan persidangan antarabangsa.
Menurut beliau, pengalaman menghadiri persidangan kejuruteraan di luar negara menunjukkan bahawa kepakaran Malaysia sentiasa mendapat perhatian dan pengiktirafan komuniti profesional global.
“Malaysia sentiasa dipandang tinggi di peringkat antarabangsa dan kehadiran kita bukan sekadar dijemput, malah sering dinanti-nantikan kerana kepakaran yang kita miliki dalam bidang kejuruteraan dan teknologi,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kejuruteraan dan Teknologi Geoteknikal Serantau Malaysia (MRGEC) 2026 yang julung kali diadakan di Kuching, hari ini.
Persidangan yang berlangsung dari 17 hingga 19 Jun itu menghimpunkan hampir 600 peserta terdiri daripada wakil agensi kerajaan, institusi profesional, ahli akademik serta pemain industri dari seluruh negara.
Dalam pada itu, Alexander menyifatkan penganjuran MRGEC oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sabah dan rakan strategik sebagai platform penting dalam memperkukuh jaringan profesional serta memperluas perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang geoteknikal.
Menurutnya, persidangan tersebut berpotensi dijadikan acara berkala yang dianjurkan secara bergilir antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara lebih menyeluruh.
“Ini merupakan permulaan yang baik. Pada masa hadapan, persidangan seperti ini boleh diperluaskan dan dianjurkan secara bergilir di seluruh negara bagi mengukuhkan jaringan profesional serta perkongsian ilmu,” ujarnya.
Tambahnya, segala dapatan, teori dan hasil penyelidikan yang dibentangkan sepanjang persidangan perlu diterjemahkan kepada tindakan serta pelaksanaan yang mampu memberi manfaat kepada rakyat.
Katanya lagi, kejayaan sebenar sesebuah persidangan tidak hanya diukur melalui perbincangan yang berlangsung, sebaliknya melalui keberkesanan pelaksanaan idea dan penyelesaian yang dihasilkan.
“Apa yang lebih penting ialah hasil sebenar di lapangan dan segala usaha, teori dan penyelidikan yang dibincangkan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.
Beliau pada masa sama turut menyeru golongan profesional dan jurutera negara untuk terus mengekalkan kecemerlangan serta berani memimpin perkembangan teknologi dan kejuruteraan di peringkat antarabangsa.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Datu Adj. Prof. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. QPr. Dr. Cassidy Morris, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Infrastruktur), Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah (Sektor Lebuhraya), Ir. Mohammad Safri Abdul Habi serta Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Chiew Chee Yau.-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Toslin Meyub (BMKK)
Foto oleh: Lance Dunstan (BKVS)
KUCHING, 16 Jun - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Utusan Perdagangan United Kingdom (UK) ke ASEAN, Naz Shah MP, di Pejabat Premier Sarawak, Petra Jaya, petang tadi.
Kunjungan tersebut mencerminkan hubungan yang semakin erat antara Sarawak dan United Kingdom khususnya dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang inovasi, teknologi maju, pembangunan modal insan dan ekonomi rendah karbon.
Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Naz Shah berkata beliau kagum dengan kemajuan yang dicapai Sarawak dalam bidang kecerdasan buatan (AI), transformasi digital dan pembangunan tenaga bersih yang berpotensi meletakkan negeri ini sebagai antara peneraju ekonomi masa hadapan di rantau ASEAN.
Menurut beliau, kepimpinan Premier Sarawak yang berpandangan jauh serta komitmen kerajaan negeri terhadap inovasi dan pembangunan mampan telah mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, penyelidikan, pembangunan bakat dan pengkomersialan teknologi baharu.
Beliau berkata kemajuan yang dicapai Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini mencerminkan hala tuju pembangunan yang jelas dalam usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi.
Dalam pada itu, Naz Shah berkata terdapat potensi besar untuk memperluas kerjasama antara UK dan Sarawak dalam pelbagai sektor berkepentingan bersama, termasuk teknologi digital, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan, pembangunan bakat dan kewangan Islam.
Beliau turut berpandangan bahawa sektor kewangan Islam berpotensi menjadi antara bidang kerjasama strategik yang mampu menyokong pembangunan ekonomi inklusif serta membuka peluang pelaburan baharu antara kedua-dua pihak.
Kunjungan hormat tersebut merupakan susulan kepada pertemuan terdahulu di Manchester, United Kingdom yang menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai landasan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang yang dikenal pasti mempunyai nilai strategik dan berpotensi tinggi.
Pertemuan itu dijangka membuka ruang kepada penerokaan kerjasama yang lebih menyeluruh dalam bidang teknologi, tenaga, pembangunan modal insan dan kewangan Islam, sekali gus memperkukuh hubungan antara Sarawak dan United Kingdom demi manfaat bersama pada masa hadapan.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak AI Centre (SAIC), Prof. Dr. Patrick Then, Muddassar Ahmed, Mohamad Marikar dan Syed Hassan Abedin.
-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Mohamad Munir (BMKK)
Foto oleh: Khairul Anwar (BKVS)
KUCHING, 15 Jun - Pembukaan Kompleks SWG Green dan Hab Decarbon di Demak Laut menjadi pemangkin kepada transformasi industri hijau Sarawak menerusi penggunaan teknologi rendah karbon, tenaga bersih dan inovasi kejuruteraan sejajar dengan agenda pembangunan mampan negeri.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata peralihan daripada sumber tenaga konvensional kepada tenaga hijau merupakan satu keperluan global bagi mengurangkan pelepasan karbon dan menangani cabaran perubahan iklim yang semakin ketara.
“Dunia kini sedang beralih daripada penggunaan bahan api fosil kepada tenaga hijau dan boleh diperbaharui kerana masa depan pembangunan ekonomi perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab melindungi alam sekitar,” katanya ketika melancarkan Kompleks SWG Green dan Hab Decarbon hari ini.
Beliau berkata Sarawak memiliki kelebihan tersendiri sebagai wilayah yang mempunyai gabungan sumber gas asli rendah karbon dan tenaga hidro yang membolehkan negeri ini dikenali di peringkat antarabangsa sebagai sebuah ‘electro-petro state’.
Menurut beliau, kelebihan tersebut perlu diterjemahkan kepada pembangunan industri yang lebih progresif melalui penggunaan teknologi moden serta proses pengeluaran yang mesra alam bagi menghasilkan produk bernilai tinggi dan mampu bersaing di pasaran dunia.
“Industri pada masa kini bukan sahaja perlu menggunakan tenaga hijau malah keseluruhan proses pengeluaran juga mesti memenuhi standard kelestarian supaya produk seperti keluli hijau mempunyai nilai premium dan diterima oleh pasaran antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata pematuhan terhadap piawaian hijau semakin penting berikutan beberapa negara dan blok ekonomi termasuk Kesatuan Eropah mengenakan mekanisme tertentu terhadap produk yang dihasilkan melalui proses yang mempunyai kadar pelepasan karbon tinggi.
Dalam pada itu, tambahnya Sarawak perlu melihat pasaran yang lebih luas dengan menjadikan rantau ASEAN sebagai sasaran utama selain tidak hanya bergantung kepada pasaran tempatan dan kebangsaan semata-mata.
Tambahnya lagi, kekuatan Sarawak dalam sektor tenaga melalui gabungan tenaga hidro, gas rendah karbon dan pembangunan ekonomi hidrogen akan mewujudkan ekosistem industri hijau yang berdaya tahan serta berpotensi menjadi pemacu ekonomi masa hadapan.
“Bintulu telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai salah satu daripada 30 kluster industri rendah karbon dunia dan merupakan yang pertama di Malaysia sekali gus membuktikan keupayaan Sarawak untuk menjadi peneraju industri hijau di rantau ASEAN,” katanya.
Kompleks SWG Green dan Hab Decarbon yang dibangunkan oleh SWG Energy Group berperanan sebagai pusat industri bersepadu yang menyokong usaha penyahkarbonan, pembangunan teknologi hijau serta penghasilan penyelesaian kejuruteraan berasaskan tenaga bersih.-PENERANGAN.
- TAMAT-
Disediakan oleh: Joshua Amir Sibat (BMKK)
Foto: Cassidy Lisut (BKVS)
KUCHING, 14 Jun - Penantian lebih dua dekad penduduk Kampung Sungai Bedil Besar untuk memiliki sebuah surau yang lebih selesa dan kondusif akhirnya menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof merasmikan Surau Nurul Muslimin yang dibina dengan kos RM2.6 juta, hari ini.
Surau yang mampu menampung sehingga 500 jemaah pada satu-satu masa itu menjadi mercu tanda baharu pembangunan komuniti setempat serta simbol komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat menerusi pembangunan fizikal dan rohani yang seimbang.
Berucap pada majlis perasmian tersebut, Fadillah berkata usaha merealisasikan pembinaan surau berkenaan bermula sejak tahun 2004 dan melalui pelbagai cabaran termasuk kekangan pelaksanaan projek serta pertukaran kontraktor sebelum berjaya disiapkan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi berkaitan yang memainkan peranan penting dalam memastikan projek tersebut dapat disempurnakan demi manfaat penduduk setempat.
Menurut beliau, surau bukan sekadar tempat menunaikan ibadah, malah perlu diimarahkan sebagai pusat pembangunan ummah yang menghimpunkan pelbagai aktiviti keagamaan, pendidikan dan kemasyarakatan.
Katanya, program seperti tazkirah, kelas pengajian agama, pembelajaran al-Quran serta pembangunan kemahiran komuniti perlu diperkasakan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya tahan.
Pada masa sama, beliau berkata institusi surau dan masjid perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memperkukuh institusi keluarga melalui pendedahan kepada kemahiran keibubapaan bagi membantu masyarakat mendepani cabaran semasa termasuk gejala sosial, penyalahgunaan dadah, perjudian dalam talian serta tekanan hidup yang semakin kompleks.
Menyentuh perkembangan teknologi semasa, Fadillah berkata kecerdasan buatan (AI) menawarkan peluang besar dalam penyampaian ilmu, dakwah dan maklumat kepada masyarakat, khususnya generasi muda menerusi pelbagai platform digital.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa teknologi tersebut turut membawa risiko penyalahgunaan termasuk penyebaran maklumat palsu dan kandungan manipulatif seperti ‘deepfake’ yang berpotensi menggugat keharmonian serta perpaduan masyarakat.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai supaya sentiasa mengamalkan budaya semak dan sahih sebelum menerima atau menyebarkan sesuatu maklumat, terutama kandungan yang tular di media sosial.
Mengulas mengenai keistimewaan Sarawak, beliau berkata perpaduan yang terjalin kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama merupakan aset penting yang perlu terus dipelihara bagi menjamin kestabilan, keamanan dan kemakmuran negeri.
Justeru, beliau menyeru jawatankuasa surau serta penduduk setempat agar terus mengimarahkan Surau Nurul Muslimin menerusi pelbagai program yang mampu memperkukuh ukhuwah, memupuk perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
“Surau dan masjid perlu terus dihidupkan dengan aktiviti yang mampu memperkukuh nilai spiritual, mempererat hubungan masyarakat serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berintegriti,” katanya.
Majlis perasmian turut diserikan dengan bacaan doa, tayangan video khas, upacara menandatangani plak simbolik perasmian serta pemotongan riben bangunan baharu Surau Nurul Muslimin.
Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Jasni Jubli, Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah, Pegawai Daerah Kuching, Zaidi Sharkawi, Pengerusi Surau Nurul Muslimin, Jamaludin Hamdin serta Pengerusi Pengelola Jawatankuasa Majlis, Zamahari Saidi. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Mohamad Munir (BMKK)
Jurufoto: Mohammad Rizal (BKVS)
BETONG, 11 Jun - Pameran Raja Kita 2026 yang mengetengahkan keunikan warisan diraja, teknologi digital serta pengalaman interaktif kepada pengunjung berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 14 Jun di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong di sini.
Pameran bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Tahun 2026 Peringkat Sarawak itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Belia dan Sukan), Datuk Gerald Rentap Jabu mewakili Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan tersebut, Dato Sri John Sikie Tayai.
Penganjuran pameran hasil kerjasama Pejabat Residen Bahagian Betong, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dan Jabatan Muzium Malaysia itu bertujuan mengangkat, memartabatkan serta memperkukuh kefahaman rakyat terhadap Institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
Selain menjadi medium pendidikan dan penyampaian maklumat, pameran tersebut turut berperanan merapatkan hubungan antara institusi diraja dan rakyat melalui pendedahan kepada koleksi warisan diraja, sejarah Kesultanan Melayu serta keunikan sistem penggiliran takhta yang menjadi tunjang kestabilan dan perpaduan negara.
Antara tarikan utama pameran ialah koleksi eksklusif Tengkolok Sembilan Negeri Melayu yang dipamerkan buat pertama kali di luar Muzium Negara.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang mengenali dengan lebih dekat sejarah, adat istiadat, alat kebesaran diraja serta peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.
Pameran itu turut menggabungkan elemen teknologi moden menerusi tujuh panel statik berkaitan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta lima panel LED Motion Graphic yang memaparkan regalia dan alat kebesaran diraja.
Selain itu, pengunjung dapat menikmati pengalaman realiti maya (VR) yang menampilkan paparan tiga dimensi alat kebesaran diraja serta mengunjungi Galeri Sejarah yang memaparkan lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Sarawak sejak era 1960-an.
Menurut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi dan Visual dan Senireka di Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Muhammad Syazwan, pameran tersebut bukan sekadar menampilkan sejarah dan warisan diraja, malah berfungsi sebagai platform pendidikan yang mampu meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap institusi raja dan sistem pemerintahan negara.
“Melalui pameran ini, masyarakat khususnya generasi muda dapat memahami peranan Yang di-Pertuan Agong, mengenali warisan Kesultanan Melayu serta menghayati nilai perpaduan yang lahir daripada sistem Raja Berperlembagaan di negara kita.
“Keunikan koleksi seperti Tengkolok Sembilan Negeri Melayu yang dipamerkan buat pertama kali di luar Muzium Negara juga memberikan peluang istimewa kepada rakyat untuk melihat dengan lebih dekat warisan diraja yang mempunyai nilai sejarah tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran tersebut.
Sepanjang penganjuran, pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan termasuk slot pendidikan mengenai institusi raja, demonstrasi lipatan kain sampin, kuiz digital menggunakan platform Kahoot serta kuiz dalam talian berasaskan maklumat pameran.
Penganjur menyasarkan kehadiran antara 8,000 hingga 10,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran dengan kemuncaknya pada 14 Jun yang dijadualkan menerima lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan acara menandatangani plak pameran dan jamuan teh, manakala malam penutupan akan dimeriahkan menerusi Konsert Rakyat yang menampilkan persembahan penyanyi terkenal tanah air seperti Aina Abdul, Mawat, Ramles Walter serta beberapa artis lain.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Industri Kreatif dan Seni Persembahan), Datuk Snowdan Lawan, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Datu Hamdan Sharbini, Residen Bahagian Betong, Datu Richard Micheal Abunawas, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Sabri Said, ketua-ketua jabatan serta tetamu jemputan lain. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Joshua Amir Sibat (BMKK)
Foto: Abdul Hakeem dan Khairul Anwar (BKVS) )
KUCHING, 12 June - Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg today launched the Sarawak State-Owned Enterprises (SOEs) Transformation Programme: A Pledge for Good Governance, High Performance & Value Creation.
The initiative marks the first phase of a reform programme involving 36 state-owned entities, comprising 17 statutory bodies and 19 government-linked companies (GLCs).
Participating SOEs were provided with customised Transformation Playbooks to guide the implementation of governance, financial and operational reforms.
In his keynote address, the Premier said the transformation of SOEs is no longer optional but necessary to support Sarawak’s future economic aspirations amid global economic uncertainties and rapid technological change.
He called on state-owned entities to adopt a ‘business unusual’ approach by challenging conventional practices, embracing innovation and leveraging emerging technologies to remain competitive and relevant.
“Our SOEs must become strong anchor institutions that are financially resilient, professionally managed, well-governed and capable of delivering sustainable value to the people of Sarawak,” he said.
According to an assessment by the State Financial Secretary’s Office, the successful implementation of the programme could reduce operating grant requirements by approximately RM403 million by 2030.
The projected savings would allow the state government to channel more resources towards key development priorities, including rural infrastructure, school maintenance and socioeconomic initiatives across Sarawak.
To support the transformation agenda, the Sarawak Government introduced the Sarawak State Ownership Policy and the Sarawak Code of Corporate Governance for State-Owned Enterprises, aimed at strengthening accountability, governance and professional ownership practices.
The initiative is further reinforced by three strategic guides focusing on board effectiveness, performance management and leadership development to enhance organisational performance across SOEs.
The Premier also directed all participating entities to formulate Digital Transformation Strategies and undertake Artificial Intelligence (AI) Readiness Assessments in collaboration with the Sarawak Artificial Intelligence Centre.
The event concluded with chief executive officers and general managers of participating SOEs signing a Pledge of Commitment, symbolising their commitment to driving governance excellence, organisational transformation and sustainable value creation for Sarawak.
Also present were Deputy Premier and Second Minister for Finance and New Economy as well as Minister for Infrastructure and Port Development, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Deputy Premier and Minister for Public Health, Housing and Local Government Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Sarawak State Secretary Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki and State Financial Secretary Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar.-PENERANGAN-
-End-
By : Safik Effendi Kassim (BMKK)
Photo : Bolhan Hj Basah (BKVS)
KUCHING, 11 Jun - Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pembangunan industri mampan apabila melancarkan Kluster Industri Peralihan Bintulu (Bintulu Transitioning Industrial Cluster - TIC) yang merupakan kluster peralihan industri pertama di Malaysia di bawah inisiatif Forum Ekonomi Dunia, World Economic Forum, (WEF).
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, penubuhan TIC merupakan satu platform strategik yang akan mempercepatkan transformasi industri, meningkatkan daya saing ekonomi serta meletakkan Sarawak di barisan hadapan pembangunan industri berteraskan kelestarian dan inovasi.
Menurut beliau, landskap ekonomi global kini bukan lagi menilai daya saing berdasarkan harga semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira intensiti karbon, proses pengeluaran serta pematuhan terhadap piawaian alam sekitar yang semakin ketat.
“Sarawak mahu menjadi antara peneraju awal dalam transformasi industri bagi memastikan negeri ini terus menikmati kelebihan ekonomi dan daya saing jangka panjang,” katanya ketika melancarkan program ‘Industrial Clusters in the Next Energy Era’ di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), hari ini.
Beliau berkata, Bintulu dipilih sebagai lokasi pelaksanaan TIC berikutan kedudukannya yang strategik sebagai pusat industri utama negeri dan bersama Samalaju membentuk antara koridor tenaga serta industri paling penting di rantau Asia Tenggara.
Melalui pembangunan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), Sarawak telah berjaya menarik pelaburan bernilai kira-kira AS$20 bilion sekali gus membangunkan ekosistem industri yang kukuh berasaskan tenaga boleh diperbaharui.
Penyertaan Bintulu dalam rangkaian TIC WEF turut membuka peluang kepada Sarawak untuk bekerjasama dengan 39 kluster industri di 20 negara yang sedang menerajui pembangunan industri bersih dan berdaya saing.
Menurut Abang Johari, rangkaian tersebut mewakili pengeluaran ekonomi bernilai kira-kira AS$808 bilion, menyediakan 6.6 juta peluang pekerjaan serta berpotensi mengurangkan pelepasan karbon sehingga 870 juta tan.
“Melalui jaringan ini, Sarawak akan mendapat akses kepada kepakaran global, teknologi yang telah terbukti berkesan serta kerjasama strategik dalam bidang tenaga bersih, hidrogen, pendigitalan, pengurusan karbon dan pembangunan modal insan,” jelas beliau.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang memberi keutamaan kepada pembangunan jajaran rel Bintulu-Samalaju sebagai fasa pertama program pembangunan rel Sarawak bagi menghubungkan Pelabuhan Bintulu, Estet Perindustrian Kidurong dan Taman Perindustrian Samalaju dalam satu koridor industri dan logistik yang lebih bersepadu.
Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, kerajaan negeri telah mengenal pasti empat projek perintis yang akan dimulakan tahun ini, iaitu Operasi Pembuatan Pintar (Smart Manufacturing Operations), Hab CCU-H2 Sarawak, Simbiosis Industri dan Inisiatif Bakat TIC Bintulu.
Keempat-empat projek itu bertujuan meningkatkan produktiviti industri menerusi penggunaan teknologi digital, meneroka penggunaan karbon dan pengeluaran hidrogen berskala besar, memperkukuh ekonomi kitaran serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja bagi memenuhi keperluan industri rendah karbon pada masa hadapan.
Abang Johari menegaskan bahawa era perindustrian baharu akan dipacu oleh ekosistem yang mengintegrasikan tenaga, teknologi, kelestarian dan bakat sebagai enjin pertumbuhan yang saling melengkapi.
“Jika kita berjaya, Bintulu bukan sahaja akan menyumbang kepada masa depan Sarawak, malah membantu membentuk masa depan pembangunan industri Malaysia, ASEAN dan dunia,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong serta Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr. Hazland Abang Hipni. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Toslin Meyub (BMKK)
Foto : Eddy Allans Blanking (BKVS) )
KUCHING, 10 June - Sarawak further strengthened its position as a regional leader in clean energy with the opening of the Asia Pacific Green Hydrogen Conference and Exhibition (APGH) 2026, a premier platform dedicated to advancing green hydrogen development and regional energy collaboration.
Held under the theme ‘Empowering the Future: Delivering a Resilient Hydrogen Ecosystem', the three-day conference, which started yesterday, brings together policymakers, industry leaders, investors and researchers from across the Asia-Pacific region to explore opportunities in the growing hydrogen economy.
A highlight of the conference was the ‘Visionary Dialogue: Empowering the Future’ session moderated by International Energy Agency (IEA) Executive Director Emeritus Nobuo Tanaka.
In his welcoming remarks, Director of Borneo Business Connect Sdn Bhd, Datuk Dr M. Gandhi said, hydrogen is a key enabler of a sustainable, low-carbon future, adding that Sarawak has emerged as a frontrunner in green hydrogen development due to its abundant renewable energy resources and progressive policies.
He also acknowledged the visionary leadership of Sarawak Premier Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg in championing the state’s hydrogen agenda and supporting APGH as a platform for international collaboration.
During the dialogue, Abang Johari outlined Sarawak’s long-term strategy to build a resilient energy future through green hydrogen, renewable energy expansion and regional energy integration.
He said the state’s abundant hydropower resources, extensive river systems and favourable natural conditions provide a strong foundation for hydrogen production.
The Premier highlighted Sarawak’s ongoing hydrogen initiatives, including pilot projects involving hydrogen-powered vehicles and buses, while reaffirming the importance of energy diversification to ensure long-term energy security and sustainable economic growth.
Abang Jo also underscored the significance of regional cooperation through initiatives such as the ASEAN Power Grid, describing energy connectivity as essential for enhancing energy security, supporting decarbonisation efforts and driving sustainable development across the region.
Looking ahead, Abang Johari stressed the importance of innovation, including artificial intelligence (AI), small modular reactors (SMRs) and emerging energy technologies in supporting the next phase of the global energy transition.
He reaffirmed Sarawak’s commitment to supporting Malaysia’s leadership in clean energy development through strategic partnerships, innovation and sustainable growth.
Meanwhile, Tanaka described the ASEAN Power Grid as one of the region’s most important initiatives in advancing electrification, decarbonisation and long-term energy security.
APGH 2026 is expected to serve as a catalyst for greater collaboration, investment and innovation, accelerating the transition towards a cleaner, greener and more resilient energy future for the Asia-Pacific region.-PENERANGAN. -END-
By : Mohamad Munir (BMKK)
Photo : Cassidy Lisut Tubong (BKVS)
KUCHING, 9 Jun - Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak Tahun 2026 hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak.
Delegasi tersebut diketuai Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan, Dato Sri John Sikie Tayai.
Turut menyertai kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Dato Georgina Apphia Ngau, Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas, Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS), Datu Hamdan Sharbini, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Sabri Said, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Abang Burhanuddin Abang Masuine serta Timbalan Residen Bahagian Betong, Mohammad Nizam Wang.
Kunjungan hormat berkenaan bertujuan menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan untuk menghadiri Majlis Kesyukuran serta Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak Tahun 2026.
Majlis tersebut dijadual berlangsung pada 13 dan 14 Jun ini di Bahagian Betong yang dipilih sebagai lokasi sambutan rasmi peringkat Sarawak pada tahun ini.
Dalam pertemuan itu, Tun Wan Junaidi merakamkan penghargaan atas jemputan yang disampaikan serta komitmen jawatankuasa penganjur dalam memastikan segala persiapan sambutan berjalan lancar.
Beliau turut menzahirkan harapan agar sambutan tersebut dapat mencapai objektifnya dalam memperkukuh semangat perpaduan, kesetiaan dan kasih sayang rakyat terhadap Institusi Raja Berperlembagaan, di samping terus menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.
Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II (Pembangunan Bakat) Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti II Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan I (Pembangunan Belia dan Sukan) Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu.
-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Joshua Amir Sibat (BMKK)
Foto : Lance Dunstan (BKVS)
KUCHING, 9 Jun - Koperasi Guru Bumiputera Sarawak (KOBAGUS) merancang membangunkan projek perumahan Impian Residence yang merangkumi 105 unit rumah serta sebuah bandar pintar (smart township) bagi manfaat ahli koperasi, khususnya golongan guru di Sarawak.
Pengerusi KOBAGUS, Mohamad Mortadza Mantrang berkata, kerajaan Sarawak telah menganugerahkan tanah seluas 10.4 ekar di Lot 868, Blok 4, Muara Tebas Land District sebagai tapak pembangunan projek berkenaan.
"KOBAGUS turut berusaha mendapatkan tanah tambahan seluas kira-kira 48.5 ekar yang terletak bersebelahan tapak sedia ada bagi merealisasikan pembangunan bandar pintar yang berpotensi menjadi projek pertama seumpamanya diusahakan oleh koperasi tersebut, malah antara yang terawal di Malaysia," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di sini hari ini bagi memaklumkan perkembangan terkini projek berkenaan serta membincangkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya.
Menurut Mortadza lagi, antara cabaran utama yang dikenal pasti ialah keadaan bentuk muka bumi kawasan pembangunan yang berbukit, sekali gus meningkatkan kos pelaksanaan projek, khususnya melibatkan pembinaan struktur penahan tanah (retaining wall) dan kerja-kerja penyediaan tapak.
“Kami kini berada pada peringkat perancangan dan sedang menyediakan dokumen untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa berkaitan.
“Bagaimanapun, keadaan muka bumi yang berbukit menyebabkan kos pembangunan meningkat dan berpotensi menjejaskan pelaksanaan projek perumahan ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Sarawak dapat membantu mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan projek tersebut dapat direalisasikan demi kebajikan ahli koperasi.
Tambah beliau, konsep pembangunan yang dicadangkan menampilkan reka bentuk moden dan inovatif serta berpotensi menjadi model pembangunan komuniti guru yang mampan dan berdaya saing pada masa hadapan.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah ahli-ahli jawatankuasa KOBAGUS.-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Toslin Meyub (BMKK)
Foto oleh : Eddy Allans Blanking (BKVS)
KOTA SAMARAHAN, 10 Jun - Program MySISWA@Job on Campus (MySISWA@JoC) membuka peluang pekerjaan dalam kampus kepada mahasiswa universiti awam di seluruh negara secara lebih tersusun, fleksibel dan berimpak tinggi sekali gus membantu menjana pendapatan serta memperkukuh pembangunan bakat generasi muda.
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata program yang dilancarkan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu bukan sekadar menyediakan pekerjaan sambilan kepada mahasiswa, malah berperanan sebagai platform membentuk kemahiran, sahsiah dan pengalaman dunia pekerjaan sebelum mereka menamatkan pengajian.
Menurut beliau, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan penyertaan seramai 10,000 mahasiswa universiti awam di seluruh negara menerusi program berkenaan bagi membangunkan ekosistem bakat yang progresif, dinamik dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Beliau berkata MySISWA@JoC perlu dilihat sebagai medium pembangunan diri yang memberi pendedahan awal kepada budaya kerja sekali gus membantu mahasiswa membina kompetensi dan meningkatkan kesiapsiagaan untuk memasuki alam pekerjaan sebenar.
“Program ini bukan sekadar pekerjaan sambilan untuk mengisi masa lapang atau mencari wang saku, tetapi merupakan platform yang membudayakan pengalaman kerja dan mengasuh kompetensi mahasiswa lebih awal sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan sebenar,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran MySISWA@Job on Campus (MySISWA@JoC) Peringkat Kebangsaan di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS, semalam.
Tambah beliau, program tersebut membolehkan mahasiswa menjana pendapatan tambahan secara sah dan teratur di samping memupuk integriti, keyakinan diri, rasa tanggungjawab serta kemahiran insaniah yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata kerajaan komited memastikan mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya golongan B40 serta mereka yang berasal dari kawasan luar bandar dan pedalaman, tidak tercicir daripada mendapat akses kepada pendidikan tinggi.
Beliau berkata pelbagai inisiatif kebajikan seperti Dapur Siswa MADANI, Food Bank Siswa dan bantuan mahasiswa terus diperkasakan bagi membantu pelajar yang berdepan cabaran kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
“Saya mahu memastikan kemiskinan tidak menjadi penghalang kepada anak-anak kita untuk melanjutkan pelajaran kerana ramai yang datang daripada keluarga susah akhirnya berjaya apabila terus berusaha dan tidak berputus asa,” ujarnya.
Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata program tersebut membuka peluang kepada mahasiswa menjana pendapatan secara fleksibel dalam kampus sambil memperoleh pengalaman kerja yang bermanfaat.
Menurut beliau, MySISWA@JoC turut berfungsi sebagai platform intervensi awal dalam membentuk kemahiran insaniah, nilai kepimpinan, etika kerja dan profesionalisme mahasiswa.
“Program ini membuka peluang keemasan kepada mahasiswa untuk menjana pendapatan secara fleksibel di dalam kawasan kampus sendiri, selain berfungsi sebagai inkubator intervensi awal yang membentuk kemahiran insaniah, nilai kepimpinan, etika kerja dan profesionalisme mahasiswa,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa UNIMAS komited menyediakan ekosistem digital dan sistem papan pemuka yang mampu memudah cara penyelarasan peluang pekerjaan mahasiswa secara lebih efisien, sistematik dan berkesan.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama KPT, Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia, universiti awam serta rakan strategik industri itu merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memperkukuh kebajikan mahasiswa dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Azlinda Azman, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi MyGRAD, Profesor Ir. Ts. Dr. Al-Khalid Othman serta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS, Nurimanina Syafiqah Abdul Ghani. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Joshua Amir Sibat (BMKK)
Foto : Bolhan Haji Basah (BKVS)
KUCHING, 7 Jun - Semangat patriotisme, perpaduan dan kepimpinan berwawasan Allahyarham Tun Datuk Patinggi Abang Haji Openg diangkat menerusi pementasan “Sebuah Montaj Sejarah: Teater Tun Openg - Awal Sebuah Legasi” yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam tadi.
Pementasan berkenaan dianjurkan oleh Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak sebagai usaha memartabatkan sejarah serta menghargai jasa dan sumbangan tokoh negarawan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pembentukan identiti Sarawak.
Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan-Timbalan Menteri Kerajaan Sarawak, kenamaan negeri, ahli keluarga Allahyarham Tun Openg serta penggiat seni dan budaya.
Sebelum pementasan bermula, tetamu kehormat diberikan taklimat khas mengenai persembahan tersebut sebelum menyaksikan penyerahan buku Bandarsah Gemilang oleh PASBK sebagai simbol penghargaan terhadap usaha memelihara sejarah, warisan dan seni persembahan tempatan.
Persembahan berdurasi lebih dua jam itu membawa penonton menelusuri perjalanan hidup Tun Openg yang sarat dengan cabaran dan pengorbanan termasuk ketika era pendudukan Jepun, peralihan kuasa pemerintahan serta perkembangan landskap politik Sarawak.
Melalui pendekatan penceritaan yang dramatik dan menyentuh emosi, pementasan tersebut turut menonjolkan ketokohan Tun Openg sebagai pemimpin yang mengutamakan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat, sekali gus meletakkan asas penting kepada pembangunan Sarawak moden.
Teater berkenaan diadaptasi daripada naskhah buku tulisan Dato Dr Jeniri Amir berdasarkan idea asal Dahiri Saini, dengan skrip dan arahan pementasan oleh Abdillah Untong.
Menambah keistimewaan persembahan ialah penampilan Orkestra dan Kombo PASBK di bawah pimpinan Narawi Haji Rashidi selaku konduktor yang mempersembahkan tiga lagu khas ciptaannya, iaitu Imbauan, Pergilah Patriot dan Nafas Perpaduan.
Persembahan turut diserikan dengan lagu Namamu Tersergam Indah dan Perjuangan Seni hasil ciptaan Albar Abdul Rahman yang berjaya memperkukuh penghayatan penonton terhadap perjuangan serta sumbangan Allahyarham Tun Openg kepada Sarawak.
Pementasan tersebut membuktikan bahawa seni persembahan bukan sahaja berfungsi sebagai medium hiburan, malah berperanan sebagai wahana pendidikan sejarah yang berkesan dalam menyemai semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta menginspirasikan generasi muda untuk meneruskan legasi kepimpinan berteraskan perpaduan, integriti dan khidmat kepada rakyat.-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Mohamad Munir (BMKK)
Jurufoto : Khairul Anwar Ali (BKVS)
KUCHING, 7 Jun - Kampung Trombol terus menerima perhatian kerajaan menerusi pelaksanaan beberapa projek pembangunan berjumlah RM900,000 yang diluluskan bagi memperkukuh kemudahan infrastruktur, meningkatkan kesejahteraan penduduk serta merancakkan potensi pelancongan kawasan berkenaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, kerajaan komited memastikan pembangunan luar bandar dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Menurut beliau, pada tahun 2025, projek Bina Baharu Jalan Perhubungan Desa (JPD) bernilai RM500,000 telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan akses perhubungan dan kemudahan penduduk Kampung Trombol.
“Projek ini menjadi asas penting dalam memperkukuh infrastruktur kampung serta memudahkan urusan harian masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada Program Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin dan Jejak Hijau: Selamatkan Pantai dan Laut Kita di Paradise Beach Trombol, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Parlimen Tahun 2027 bagi melaksanakan projek menaik taraf jalan masuk ke Pantai Paradise Trombol.
Katanya, projek tersebut dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat selain meningkatkan keselesaan pengunjung yang berkunjung ke kawasan pantai berkenaan yang semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan.
Selain itu, pembinaan tandas awam dan bilik mandi baharu bernilai RM100,000 turut akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi menyediakan kemudahan asas yang lebih selesa dan kondusif kepada pengunjung serta komuniti setempat.
Nancy berkata, keseluruhan peruntukan pembangunan yang diluluskan setakat ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan kawasan luar bandar terus diperkasakan.
“Usaha ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kemudahan asas, malah memperkukuh potensi Kampung Trombol sebagai destinasi pelancongan yang mampu menjana manfaat ekonomi kepada penduduk setempat,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan yang dilaksanakan perlu bergerak seiring dengan usaha memelihara alam sekitar serta memperkukuh kesejahteraan sosial masyarakat.
Terdahulu, Nancy merasmikan Program Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin dan Jejak Hijau: Selamatkan Pantai dan Laut Kita yang menghimpunkan mahasiswa, sukarelawan dan komuniti setempat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan serta pemeliharaan alam sekitar.
Program anjuran Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) dengan kerjasama Persatuan Wanita Pan Pasifik dan Asia Tenggara (PPSEAWA) Sarawak serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Trombol itu turut menampilkan aktiviti plogging, ceramah alam sekitar, agihan bakul makanan dan sukan rakyat.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Nordina Haron, Pengerusi PPSEAWA Sarawak, Dato Dr Munirah Mohd Hassan, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Dr Firdaus Abdullah serta Timbalan Pengarah (Persekutuan) Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Ali Taib. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Safik Effendi Kassim (BMKK)
Jurufoto : Cassidy Lisut (BKVS)
KUCHING, 5 Jun - Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), petang ini selepas selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.
Pesawat yang membawa Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi dan rombongan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mendarat di KIA pada jam 3.55 petang.
Ketibaan beliau disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Majlis ketibaan turut disusuli dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Timbalan Imam Besar Sarawak, Mohammad Ihsan Haidzir sebagai tanda kesyukuran atas kepulangan selamat Tun Pehin Sri dan isteri selepas menyempurnakan rukun Islam kelima.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Taha serta Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Safik Effendi Kassim (BMKK)
Jurufoto: Eddie Allan Blanking (BKVS)
KUCHING, 6 Jun - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memaklumkan bahawa i-CATS University College telah diluluskan untuk dinaik taraf kepada universiti penuh sekali gus memperkukuh agenda pembangunan modal insan dan menyokong aspirasi Sarawak sebagai hab ekonomi baharu ASEAN menjelang tahun 2030.
Beliau berkata, peningkatan status institusi pendidikan tinggi milik negeri itu merupakan langkah strategik dalam menyediakan tenaga kerja masa depan yang mampu memenuhi keperluan ekonomi berasaskan teknologi, automasi dan Kecerdasan Buatan (AI), selain melahirkan lebih ramai pencipta pekerjaan berbanding pencari pekerjaan.
Menurut beliau, sebuah kampus baharu universiti tersebut akan dibangunkan di Trombol bagi menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih komprehensif kepada anak-anak Sarawak untuk melanjutkan pengajian dan merealisasikan potensi mereka dalam pelbagai bidang strategik.
“Dengan status universiti penuh ini, sebuah kampus baharu akan dibangunkan di Trombol. Kemudahan ini disediakan untuk anak-anak Sarawak mengejar cita-cita dan membina masa depan mereka.
“Usaha ini juga selari dengan dasar pendidikan tinggi percuma yang diperkenalkan kerajaan negeri kepada anak Sarawak yang berjaya melanjutkan pengajian di institusi milik kerajaan negeri tanpa mengira latar belakang sosioekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sarawak Career and Training (SCaT) Fair 2026 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), di sini hari ini.
Mengulas mengenai hala tuju pembangunan Sarawak selepas pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), beliau berkata negeri ini berada pada landasan kukuh untuk muncul sebagai kuasa tenaga hijau serantau dengan sasaran menjana 15,000 megawatt tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2035.
Beliau turut memaklumkan bahawa Sarawak merancang untuk melancarkan satelit milik sendiri menjelang tahun 2030 bagi memperkukuh keupayaan pengumpulan dan pengurusan data secara mampan selaras dengan perkembangan ekonomi digital negeri.
SCaT Fair 2026 yang memasuki edisi ke-12 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dengan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) serta disokong oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).
Bertemakan “Enhancing Employability”, program tersebut menghimpunkan lebih 130 pempamer dan menawarkan sebanyak 1,982 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor menerusi sesi temu duga terbuka.
Pada majlis sama, Premier Sarawak turut menyaksikan pertukaran satu Memorandum Perjanjian (MoA) dan empat Memorandum Persefahaman (MoU) antara TEGAS dengan beberapa rakan strategik.
MoA tersebut dimeterai bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi pelantikan TEGAS sebagai pengendali Hab Inovasi Batu Kawa yang bertujuan memperkukuh ekosistem inovasi dan keusahawanan di Sarawak.
Empat MoU pula ditandatangani bersama Sarawak Artificial Intelligence Centre (SAIC) bagi pembangunan kapasiti AI dalam kalangan belia, PETROS untuk memperkasa pendidikan STEM dan TVET, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi program Sarawak Rocketeer CanSat Challenge serta Pandai Education bagi memperluas inisiatif pembelajaran digital.
Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn serta Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS, Datuk Len Talif Salleh. -PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh : Safik Effendi Kassim (BMKK)
Jurufoto : Saiful Rahmab Sabri & Khairul Anwar (BMKK)
KUCHING, 1 Jun - Sambutan Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2026 yang diadakan di Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), hari ini, menjadi wadah memperkukuh perpaduan, persefahaman serta hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.
Majlis tersebut telah dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, barisan pemimpin kerajaan, ketua masyarakat serta rakyat daripada pelbagai lapisan.
Ketibaan Premier Sarawak disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Gawai Dayak 2026 bersama barisan kepimpinan negeri.
Sebagai simbolik permulaan rasmi sambutan Hari Gawai Dayak 2026, majlis dimulakan dengan Upacara Membuka Kujuk Gawai yang melambangkan semangat kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya masyarakat Dayak.
Sepanjang program berlangsung, para tetamu disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian tradisional serta nyanyian artis Iban dan artis tempatan yang mencerminkan keunikan serta kekayaan warisan budaya Sarawak.
Penganjuran rumah terbuka ini bukan sahaja bertujuan meraikan sambutan Hari Gawai Dayak, malah menjadi medium memperkukuh integrasi sosial, memupuk persefahaman antara komuniti serta memartabatkan kepelbagaian budaya yang menjadi identiti negeri ini.
Pemilihan Kompleks UNIFOR sebagai lokasi penganjuran turut membawa signifikan tersendiri kerana kompleks yang dirasmikan pada 26 April lalu itu melambangkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memelihara keharmonian dan toleransi antara masyarakat berbilang agama dan budaya.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Mordi Bimol, menteri dan timbalan menteri Kabinet Sarawak serta kenamaan lain.-PENERANGAN-
-TAMAT-
Disediakan oleh: Mohamad Munir (BMKK)
Jurufoto: Saiful Rahman Sabri / Khairul Anwar Ali (BKVS)