INFORMASI TEKNOLOGI
Sistem ini melibatkan 4 operasi utama iaitu membersih, membuka, mengasingkan dan memungkus ulas Nangka. Ianya dapat mengurangkan risiko kerosakan pada ulas Nangka Ketika proses membuka dan membuang empulur Nangka, dan juga dapat mengurangkan risiko akibat pengendalian yang tidak betul.
KELEBIHAN TEKNOLOGI
Mempercepatkan masa pemprosesan
Sesuai digunakan untuk pelbagai varieti dan saiz nangka
Pengendalian mesin-mesinnya mudah dan tidak memerlukan pekerja mahir
Kurangkan kerosakan dan kecederaan pada ulas nangka
POTENSI KOMERSIAL
Rundingan pasaran sedang diadakan dengan China dan USA untuk membolehkan nangka segar dieksport ke negara-negara tersebut. Ini akan meningkatkan lagi pasaran eksport nangka. Kerajaan juga dalam usaha untuk mendapatkan laluan pasaran eksport nangka diproses secara minimum (Ready To Eat) ke Australia.