INFORMASI TEKNOLOGI
Teknologi ini berfungsi sebagai kaedah penyimpanan jangka pendek sayuran semasa pengangkutan. Berkonsep mudah alih dan berfungsi berasaskan prinsip penyejukan langsung. Terdiri daripada penyejuk evaporatif, system bekalan kuasa, unit penyimpanan dan system pemantauan data masa nyata.
KELEBIHAN TEKNOLOGI
Rekabentuk prototaip berkonsep mudah alih dan berfungsi berasaskan prinsip penyejukan langsungdilengkapi dengan
Sistem pemantauan data (suhu dan kelembapan relatif) pada ruang simpanan secara masa nyata (real time) melalui sistem Internet of Thing, IoT (IoT system).
Sistem pemantauan data masa nyata ini terdiri daripada penderia suhu (0 – 80 C), penderia kelembapan relatif (0 – 100 %), gateway, pelayan, perisian dan papan pemuka.
POTENSI KOMERSIAL
Pengguna disasarkan adalah FAMA, pengusaha/pengeluar sayuran dan pengusaha/syarikat pengangkutan sayuran di Malaysia berskala sederhana. Selain itu, sasaran pengguna juga adalah syarikat pembuat trak.