INFORMASI TEKNOLOGI
Teknologi ini memudahkan aktiviti persempelan tangkapan benah perang dimana ianya dilengkapi dengan kotak perangkap cahaya yang telah ditentukan diameter lubang dan plastic berpelekat bagi
memerangkap serangga.
KEUNIKAN TEKNOLOGI
Memerangkap serangga mengikut saiz yang spesifik.
Mudah untuk dipasang dan mudah alih.
Menggunakan tenaga hijau.
Tempoh pensampelan boleh dikawal mengikut kesesuaian pengguna.
KELEBIHAN TEKNOLOGI
Kos pembuatan yang lebih murah;.
Mengurangkan penggunaan tenaga buruh (-50%).
Memudahkan kerja pengumpulan dan pemantauan data populasi BPH di kawasan penanaman padi.
POTENSI KOMERSIAL
Menggantikan pemantauan perosak secara manual (kawasan penanaman padi 500K Ha - Semenanjung Malaysia).
Agensi pengembangan dan pengurusan estet (MADA, KADA, IADA, Felcra, dll.).
Syarikat pembekal perkhidmatan.