INFORMASI TEKNOLOGI
Teknologi ini mampu mengurangkan kehilangan nutrient dengan pendekatan cucian kering (hanya melibatkan rendaman air bagi tujuan melembutkan sarang burung).
KEUNIKAN TEKNOLOGI
Mesin automatik, integrasi dengan robot kolaborasi, kamera penglihatan dan mekanisme penyedut rekaan khas untuk membersihkan sarang burung walit tanpa diperlukan untuk direndamkan dalam air untuk meloggarkan atau meleraikan struktur interwoven dan mengeluarkan benda asing (seperti kekotoran dan bulu) daripada sarang burung walit.
KELEBIHAN TEKNOLOGI
Kaedah pembersihan yang inovatif - Sarang burung tidak perlu direndam dalam airmerendam di dalam air terlalu lama akan) menyebabkan kehilangan nutrien dan merosakkan bentuk sarang burung).
Menghasilkan sarang burung walit yang bergred tinggi dan berharga lebih tinggi, mematuhi piawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
POTENSI KOMERSIAL
Menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja dan latihan pekerja di industri burung walit, pengguna potensi, 11.583 usahawan sarang burung walit dan 7,929 pengeluar telah mendaftar dengan DVS dan meningkatkan mutu pengeluaran dan menjadi negara sebagai pengeksport terutama di dunia.