INFORMASI TEKNOLOGI
Label penunjuk kesegaran berkonsepkan pembungkusan pintar yang berfungsi sebagai pengesanan cepat melalui mata kasar untuk memantau kualiti kesegaran hasilan ternakan dan perikanan segar berbungkus.
Memaparkan pertukaran warna daripada ungu kepada biru kehijauan apabila terdapatnya tindak balas antara metabolit kerosakan produk dengan label di dalam ruang bungkusan.
KELEBIHAN TEKNOLOGI
menggunakan pewarna semula jadi sensitif pH daripada ekstrak keledek ungu yang dipegunkan pada polimer kappa karagenan.
Stabil sehingga 26 minggu penyimpanan pada suhu 4°C di dalam bahan pembungkus aluminium berlapis dengan nilai RDS 4.58%.
POTENSI KOMERSIAL
Pengusaha dan pengendali hasilan ternakan dan perikanan segar.
Kedai-kedai grocery yang elit seperti Jaya Grocer, Cold Storage dan AEON berpotensi menggunakan teknologi ini untuk produk segar gred premium keluaran mereka.