INFORMASI TEKNOLOGI
Teknologi minuman berasaskan tumbuhan sebagai alternatif susu (PBMA) daripada keledek VitAto ini dibangunkan menggunakan variety keledek tempatan bagi memenuhi keperluan kumpulan yang tidak toleran laktosa (komponen gula yang terdapat dalam susu haiwan), yang mengamalkan diet vegan dan yang ingin menghindarkan kolestrol serta sumber alergen.
KELEBIHAN TEKNOLOGI
 Produk baru - tidak terdapat lagi PBMA daripada keledek di pasaran global
Bahan mentah utama varieti tempatan
Tiada sumber alergen dalam ramuan
Mengandungi sumber serat diet, tinggi beta karotin vitamin B12
Sedia ada di kebanyakan kilang tempatan dan boleh didapati dengan mudah dengan harga yang berpatutan
Nilai GI yang rendah berbanding PBMA yang seumpamanya di pasaran (e-GI=40)
Tiada penggunaan enzim
POTENSI KOMERSIAL
Syarikat yang mengeluarkan produk alternatif susu
Syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan kesihatan termasuk farmasi
Syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan keledek