INFORMASI TEKNOLOGI
mesin semaian Ezgrow merupakan satu sistem automasi menggunakan sistem "3-axis Cartesian" di mana semaian benih dilakukan ke atas media blok Ezgrow berdasarkan koordinat atau lokasi media Ezgrow yang telah ditetapkan di atas platform mesin semaian. Mesin ini terdiri daripada sistem mekanikal, sistem elektrik, sistem kawalan, sistem pneumatik dan Human Machine Interface (HMI).
KELEBIHAN TEKNOLOGI
Mesin semaian Ezgrow konsisten dari segi masa semaian dan dapat mengatasi masalah keletihan bagi pekerja bagi tempoh masa yang lama
Pengunaan mesin semaian Ezgrow dapat mengurangkan kos buruh di mana seorang pekerja sahaja perlu mengendalikan mesin berbanding penggunaan tenaga kerja manual
Operasi mesin boleh berioperasi sepanjang masa bagi memastikan pengeluaran berterusanÂ
Mesin semaian boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil tanaman dengan kelajuan mesin yang pantas dan boleh menyemai benih sayur-sayuran secara konsisten
Pengunaan mesin semaian boleh mengelakkan semaian berlebihan atau semaian jarang bagi penjimatan bahan input yang mahal terutama beih jenis bersalut.
POTENSI KOMERSIAL
Pengusaha nurseri dan pembekal berskala besar yang mengeluarkan produk sayur-sayuran
Pengusaha ladang organik berskala besar
Pengeluar dan pembekal biji benih