PENJANA TEKNOLOGI - DR. NUR AZURA MOHD SAID (BIO & NANO)
INFORMASI TEKNOLOGI
Teknologi ini merupakan Kit Diagnostik yang dibangunkan untuk mengesan secara kuantitatif kehadiran mikotoksin iaitu Aflatoksin dalam jagung bijian secara pantas (2 jam). sistem biosensor pengesan pantas mikotoksin AFB1 pada peranti mudah alih di lapangan dengan integrasi internet of things membolehkan capaian data analisis oleh penyelia di makmal melalui penstoran data di central cloud server.
KEUNIKAN TEKNOLOGI
Teknologi yang dibangunkan menggunakan sumber antibodi poliklonal in-house yang spesifik dan selektif terhadap AFB1
Pembangunan biosensor dengan sumber dan perkakasan tempatan (elektrod dan peranti mudah alih) - mengurangkan kosÂ
Integrasi dengan peranti mudah alih-IoT
KELEBIHAN TEKNOLOGI
Dapat dijalankan di lapangan dengan kaedah pengekstrakan yang mudah dan analisis digital
POTENSI KOMERSIAL
FGV
Pengeluar makanan
Industri ternakan