INFORMASI TEKNOLOGI
Teknologi yang dibangunkan ini mempunyai dua komponen seperti, Peranti biosensor (electrochemical analyser) mudah alih dan Strip sensor untuk pengesanan HABs dan biotoksin. Kedua-dua prinsip sensor ini menggunapakai konsep sandwich enzyme-linked immunosorbent assay (ELISA).
KEUNIKAN TEKNOLOGI
MARDIsense Algae Bloom Biotoxin Sensor Kit boleh digunakan untuk memantau dan mengesan ledakan mikroalga berbahaya dan biotoksin pada julat kepekatan yang rendah. Kit biosensor ini mampu mengesan Alexandrium minutum dan Saxitoxin di dalam sampel air laut atau air tawar dengan menggunakan strip sensor pakai buang dan peranti biosensor mudah alih yang memberikan paparan keputusan secara digital.
KELEBIHAN TEKNOLOGI
Kit pengesanan ini dapat mengesan mikroalga Alexandrium minutum dan Saxitoxin dengan lebih pantas (5 minit) berbanding kaedah konvensional seperti ELISA (1 jam) dan HPLC (1-2 hari). Kit biosensor ini berupaya mengesan mikroalga/biotoksin dengan limit of detection (LOD) serendah 1 sel per mililiter bagi Alexandrium minatum dan 1 ppb bagi Saxitoxin. Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, kit pengesanan ini dilengkapi dengan peranti biosensor mudah alih berasaskan Android dengan rangkaian 4G, global positioning system (GPS) dan built-in mobile app bagi pengesanan analit di lapangan.
POTENSI KOMERSIAL
Kit biosensor ini telah didaftarkan bagi pemfailan paten (PI2015001266). Kit ini boleh digunakan oleh agensi penguatkuasa perikanan dan pengusaha industri akuakultur untuk pemantauan awal kawalan ledakan alga merbahaya, keselamatan perairan negara dan keselamatan hasilan lautan/akuakultur.