PENJANA TEKNOLOGI - AZLAN AZIZI MUHAMAD NOR (SOIL & FERTILIZER)
INFORMASI TEKNOLOGI
agen kawalan biologi berpotensi (Streptomyces S12) telah diintegrasikan bersama nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan bagi penghasilan biopestisida yang mengandungi unsur nutrien yang lengkap serta agen kawalan biologi bagi kawalan penyakit reput lembut kobis. Formulasi yang dihasilkan ini bersifat dwi fungsi yang mana bukan hanya mampu mengawal serangan penyakit bahkan membekal nutrien yang diperlukan oleh pokok. Ianya merupakan pendekatan baru yang mesra alam, menjimatkan masa serta memudahkan pengurusan di lapangan.
KELEBIHAN TEKNOLOGI
Formulasi mikroorganisma tempatan bermanfaat
Diperkaya elemen baja/nutrien
Meningkat hasil pengeluaran
Mengurangkan serangan penyakit
Mengantikan penggunaan racun sintetik
Mesra alam & menjimat masa
POTENSI KOMERSIAL
Petani dan pengusaha ladang sayuran
Syarikat pertanian dan pengeluar produk bioteknologi
Pengeluar produk pertanian organik