Nama: MOHAMAD AKMAL BIN AZEMI
No. PPOM: 0292-1
Salam
Alhamdulillah, 2024 aku ditutup dengan program visiting Optometry - School Health Service daerah Betong.
Program melibatkan 7 buah klinik kesihatan di daerah Betong & kira-kira 180 orang murid pra-, sekolah rendah & sekolah menengah telah dirujuk.
Bermula dari 17 Disember membawa ke 31 Disember aku bermusafir dari sebuah klinik kesihatan ke sebuah yang lain lagi.
Kira-kira aku, hampir 60 orang murid dah aku preskripsikan cermin mata, termasuk lebih 30 pasang cermin mata percuma biayaan dari pihak persendirian.
Terima kasih kepada pihak berkenaan atas tanggungjawab sosial kalian. Kerana kebanyakan mereka yang aku soal selidik, ramai antara mereka tidak berkemampuan untuk buat cermin mata akibat kekangan kewangan keluarga.
Ada yang diantara mereka bila ditanya, "Dimana ayah?". Hanya mampu tertunduk sambil menjawab, "Telah tiada. Ibu meniaga kuih di pasar menyara kami."
Adakala aku melihat kesungguhan pada ibubapa. Mereka sanggup membonceng anak mereka dari pendalaman ke klinik kesihatan semata-mata supaya kesihatan mata anak dapat diperiksa.
Orang-orang sebegini, anak-anak sebegini, insan-insan sebegini, memang aku akan luluskan tajaan cermin mata percuma tampa prejudis.
Ia hak mereka yang jika tak tertunaikan takut-takut akan membawa kepada tempoh penghisapan yang lebih panjang.
Keesokannya, bersambung pula program visiting optometri ini. Kali ini ke daerah Saratok pula. Kira-kira 150 pelajar diperiksa melibatkan 7 buah klinik kesihatan.
Ini, adalah satu perca cerita aku dalam lembaran pengalaman bergelar seorang optometrist. Ia tidak signifikan jika ingin dibandingkan dengan mereka-mereka yang lebih lama dalam bidang ini & lebih besar jasa bakti dan pengorbanan mereka.
Mungkin kami kurang masa dengan anak-anak dek kerana masa yang telah dicurahkan dalam profesion ini, namun aku pinta dengan sedikit usaha kecil kami terhadap 'anak-anak' se-Malaysia ni, mudah-mudahan faedahnya kembali kepada anak-anak juga ibubapa kami.
"Ya Allah, permudahkanlah..”