Nama: NURUL AINI YUSOFF
No.MOC:O-0409
DARI REFLEKS RETINOSKOPI
Dari luar, matanya kelihatan biasa saja. Tiada tanda-tanda sakit, kemerahan malah kebutaan.
Tapi komplennya.. mata tak nampak teruk sangat ni. 1 meter je. Baru sahaja berlaku. Tapi tak sakit..
Hmm.. apakah maksudnya?
Di dalam surat rujukan oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan, dinyatakan pesakit ada katarak. Jika tahap penglihatan 1 meter atau 1/60, jangkaan saya mestila katarak sudah matang (dense cataract).
Apa-apa pun, kami Optometris akan melakukan ujian pra-pembedahan secara menyeluruh.
Sebelum mengukur panjang bola mata (axial lengthht), Optometris akan menguukur tahap rabun dan jenis rabun terlebih dahulu. Inilah prosedur yang biasanya diamalkan di klinik mata.
Bila ku suluh alatan keramatku yang bernama RETINOSKOP.. jeng jeng jeng.. eh.. ttak adakde katarak pun! Kelihatan ret refleks ret yang kabur (dull reflex) berbanding biasa. Mata 1 lagi, cantik refleksnya, terang dan nyata.
Maka aku lakukan refraksi penuh dan hasilnya adalah, pesakit mempunyai tahap rabun jauh yang sangat tinggi, pada sebelah mata sahaja, dan hanya disedari di kala umurnya 50! Manakala mata satu lagi tiada rabun dan penglihatannya normal. Sebab itulah pesakit tidak menyedari bahawa sebelah matanya sangat rabun!
Bila diselidiki.. pesakit tidak pernah mempakai cermin mata, tidak pernah membuat pemeriksaan matacek mata dan tak pernah sekali pun, menutup sebelah mata, sedangkan sebenarnya dia hanya menggunakan mata sebelah sahaja untuk memandang.
Tidak dapat dipastikan lagi bilakah rabun pada mata itu bermula. Namun, yang pasti, beliau sudah mengalami mata malas (lazy eye/amblyopia). Oleh sebab itu, Dan buat masa ini, pembedahan katarak tidak ditawarkan kepada beliau buat masa ini kerana keadaan katarak yang amat sedikit dan jaminan bagi mendapat penglihatan yang lebih baik selaps pembedahan juga sangat tipis.
Maka, kutinggalkan nasihat ini untuk kawan-kawan².. tutup sebelah matamu kawan, lihatlah dunia ini, pastikan kejelasannya sama atau tidak di antara kedua-dua matamu.
Ayuh lakukan sekarang!