SISTEM TULISAN PALLAWA
Sistem tulisan Pallawa ini merupakan skrip indus pada mulanya dan merupakan bentuk skrip tulisan india yang terawal digunakan oleh tamadun Mohenjo Daro pada sekitar abad ke-3 milineum S.M. Pada sekitar abad ke-5 masihi , skrip kharosti yang muncul pada abad ke-1 dan ke-2 telah meresap masuk ke dalam skrip brahmi. Skrip Brahmi ini memainkan peranan dalam kemunculan tulisan-tulisan di Asia Tenggara. Skrip kharosti dan skrip brahmi digabungkan akibat daripada skrip semitik. Skrip Pallawa terbahagi kepada dua iaitu skrip pallawa awal dan skrip pallawa kemudian. Skrip pallawa awal mempunyai ciri yang boleh dikaitkan dengan india selatan dan sri lanka pada inskripsi sekitar abad ke-3 hingga ke-5 serta Pallawa awal ini menggunakan bahasa Sanskrit. Bukti Pallawa awal dijumpai pada batu bersurat Mulavarman di muara Kamar, Kalimantan Timur iaitu sekitar anggaran 400 masihi. Selain itu, Pallawa kemudian ini pula penggunaannya terbatas kerana digunakan oleh golongan atasan.
prasasti 1
Muzium kerajaan Mulavarman
prasasti 2