TULISAN KAWI
TULISAN KAWI
Skrip kawi ini bersumberkan skrip Pali ( Pali Kyoktea / Pali Square Scripts ) dan digunakan untuk menulis sastera-sastera jawa atau kesusasteraan kawi.
Berdasarkan grafik di atas, kawi tidak turun daripada Pallawa dan Skrip kawi ditemui di tanah besar Asia Tenggara (Ligor,775 M). Skrip kawi ini tidak turun daripada pallawa kerana jarak waktu antara skrip pallawa dengan skrip kawi adalah singkat, iaitu kurang daripada 18 tahun. Jadi, untuk memungkinkan berlaku evolusi yang merubah skrip pallawa kepada skrip kawi amat mustahil. Di samping itu, skrip kawi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, skrip kawi awal dan skrip kawi kemudian. Skrip kawi awal ini diwujudkan hampir dua abad iaitu pada 750 - 925 masihi). Skrip kawi awal ini mempunyai dua bentuk, iaitu bentuk tua dan bentuk muda. Skrip terawal ialah skrip bentuk tua yang dijumpai pada inskripsi dinoyo, malang pada 760 masihi. Sekitar 760 - 856 masihi , terdapat inskripsi yang ditulis pada batu, pinggan dan tembaga. Tambahan pula, skrip kawi ditransisi ke arah skrip awal baku pada sekitar 850 - 925 masihi).
Seterusnya, berkembang pula skrip kawi kemudian, iaitu pada 925 – 1250 masihi dan dianggarkan zaman pemerintahan bagi skrip ini lebih Panjang berbanding skrip kawi awal. Skrip kawi kemudian ini bermula di Jawa timur dan disertai oleh pulau Bali yang disebabkan oleh hasil tulisan yang muncul dalam bentuk kawi kemudian. Terdapat empat skrip kawi kemudian di Jawa Timur iaitu kawi Jawa Timur sekitar 910 – 950 masihi, kawi Jawa Timur zaman Airlanggar pada sekitar 1010 – 1042 masihi, Kawi Jawa Timur pada zaman Kudiri pada 1100 – 1220 masihi dan Kawi Quadrate pada zaman Kadiri dalam sekitar 1050 – 1220 masihi. Terdapat tempat atau Kawasan lain yang menggunakan tulisan kawi, iaitu di Bali, Sunda dan juga di Sumatera. Wujud pula dua inskripsi di Bali, iaitu Bahasa Bali Kuno sebelum 1022 masihi serta Bahasa Jawa Kuno selepas 1022 masihi. Hal ini disebabkan oleh pengaruh Jawa yang kuat ketika itu.
Jelaslah bahawa Bahasa Melayu telah mempunyai satu bentuk skrip walaupun bersumberkan daripada turunan kawi tetapi mempunyai keunikannya. Sistem tulisan ini digunakan secara meluas di pusat pemerintahan dan petempatan melayu sebelum dan semasa kedatangan islam. Akhir sekali, dalam zaman pemerintahan, skrip kawi melayu telah digunakan bersama-sama skrip Arab.