Laporan Barnes
Kerajaan British telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran Melayu dan L.J. Barnes telah dilantik menjadi pengerusi dalam jawatankuasa tersebut. Selain itu, laporan Barnes juga telah menegaskan bahawa asas persekolahan harus memberi keutamaan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. Saranan ini dibuat dalam konteks mencapai matlamat ke arah nasionaliti di Tanah Melayu. Penyata Barnes telah menyarankan supaya persekolahan di peringkat rendah dijadikan alat bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat. Jawatankuasa ini berpendapat bahawa sistem persekolahan baru ini dijadikan sekolah rakyat dalam membentuk satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan.
Laporan Barnes ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan bertujuan untuk menyemak dan memperbaiki orang melayu. Dalam laporan ini mencadangkan penubuhan Bahasa melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah. Hal ini dapat membolehkan orang- orang melayu mencapai kedudukannya.
Penyata Barnes telah menyediakan beberapa cadangan bagi kajian yang dibuat, iaitu sekolah-sekolah vernakular yang mengutamakan pelajaran mengikut kaum ditutup dan digantikan dengan satu jenis sekolah rendah yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan. Seterusnya, sekolah kebangsaan dibuka kepada kanak-kanak semua kaum dan diajar oleh guru-guru daripada pelbagai kaum dan keturunan. Sekolah kebangsaan ini menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Di samping itu, kedudukan bahasa ibunda kumpulan etnik lain diturunkan ke taraf bahasa asing dan hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Akhir sekali, semua murid di sekolah kebangsaan diberi pelajaran percuma selama enam tahun dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
Penyata Barnes mendapat pelbagai tindak balas daripada masyarakat di Tanah Melayu, iaitu Kesatuan guru-guru Melayu tidak bersetuju dengan prinsip yang menyatakan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi Persekutuan kerana sewajarnya bahasa Melayu mendapat taraf dan layanan yang sama dengan bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Orang Melayu juga turut tidak bersetuju dan ada yang menentangnya. Laporan Barnes tidak dapat diteruskan kerana mendapat tentangan dalam kalangan masyarakat Cina kerana mereka tidak berpuas hati mengenai Bahasa melayu dan Bahasa inggeris sahaja dimasukkan dalam sistem pendidikan di sekolah. Maka, wujud pula laporan Fenn-wu.
Laporan Fenn- wu
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji Pendidikan Cina di Tanah Melayu. Selain itu, Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Dr. William P. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu Negeri Cina) dan Dr. Wu Teh Yao (PBB). Laporan ini terhasil atau terbentuk akibat daripada kaum Cina gusar akan budaya dan bahasa mereka akan hilang kerana penggunaan bahasa Melayu yang dominan disebabkan oleh usul yang dikemukan oleh Barnes. Bangsa Cina juga merasakan kedudukan mereka tergugat serta desakan daripada kaum mereka sendiri. Tujuan penubuhan laporan Fenn- wu ini adalah untuk mempertahankan kedudukan pendidikan masyarakat cina.
Cadangan laporan Fenn-wu
Laporan Fenn- wu ini mencadangkan bahawa sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (sekolah Inggeris) dikekalkan. Seterusnya, laporan ini juga mencadangkan bahawa sekolah Cina perlu dikekalkan (sukatan pembelajarannya berasaskan negara China bukan Tanah Melayu) supaya tidak berlaku penghakisan budaya dan adat bangsa orang Cina. Selain itu, sekolah vernakular yang menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Akhir sekali, sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu.
Bagi pendapat saya, saya tidak bersetuju mengenai pembentukan laporan fenn-wu. Hal ini dikatakan sedemikian kerana orang Melayu lebih layak menerima hak keistimewaan Melayu berbanding bangsa lain dan laporan ini juga seperti memperkecilkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Disebabkan terdapat perbezaan pendapat antara kedua-dua laporan itu, maka satu jawatankuasa telah dibangunkan oleh British bagi mengkaji cadangan Barnes dan Fenn-Wu untuk memastikan keseimbangan dan keadilan, iaitu Jawatankuasa Penasihat Pusat.
Namun, Ordinan Pelajaran 1952 telah dikaji semula pada 30 September 1955 oleh Jawatankuasa Razak. Jawatankuasa Razak telah mencadangkan agar sistem pendidikan mesti bercorak Tanah Melayu.
Ordinan Pelajaran
Ordinan Pelajaran 1952 digubal ekoran daripada perbezaan pendapat yang sangat ketara dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu tentang dasar dan perancangan pendidikan Tanah Melayu. Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji semula kedua-dua laporan tersebut. Laporan jawatankuasa tersebut kemudiannya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada November 1951 dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
Ordinan ini bertujuan untuk membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi persekutuan dan menyatukan semua murid pelbagai bangsa dalam satu sistem berorientasikan Tanah Melayu.
Cadangan yang terdapat dalam ordinan pelajaran
Tanah Melayu mempunyai dua jenis sekolah rendah iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Seterusnya, sekolah menengah pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama. Akhir sekali, mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris dan sekolah Melayu.
Cabaran dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran ialah penentangan yang dipelopori oleh Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) yang meminta supaya taraf sekolah-sekolah Melayu dan guru-guru sekolah Melayu dipertingkatkan, iaitu dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi supaya bahasa Melayu sama taraf dengan bahasa Inggeris termasuk di sekolah menengah.
Kesimpulannya, ordinan pelajaran ini Ordinan Pelajaran 1952 berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan yang terdapat dalam sistem persekolahan di Tanah Melayu dengan menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja sebagai bahasa penghantar di sekolah. Ordinan ini kemudiannya dikaji semula pada 30 September 1955 oleh Jawatankuasa Razak.
Laporan Razak
Diperkenalkan oleh, Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan pada 6 Mei 1956 dan dianggap sebagai permulaan kepada perkembangan sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu serta menjadi asas kepada penggubalan Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961.
Tujuan laporan Razak ini adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah serta mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu. Selain itu, laporan ini juga untuk mengembangkan sistem pendidikan agar jurang antara kaum dapat dikurangkan.
Tujuan Laporan Razak 1956 adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Selain itu juga untuk mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu dan mengembangkan sistem pendidikan agar jurang antara kaum dapat dikurangkan. Akhir sekali adalah untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi serta mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih dan progresif.
Sistem pendidikan laporan Razak 1956 ini digerakkan ke sekolah rendah. Sekolah rendah terbahagi kepada dua jenis iaitu, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Di samping itu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ialah matapelajaran wajib dan guru-guru sekolah rendah mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahu dan separuh masa dua tahun.
Bagi sekolah menengah pula terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu Menengah rendah, menengah atas dan pra-universiti. Hanya satu jenis sekolah menengah sahaja, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan matapelajaran yang sama.
Dalam sistem peperiksaan pula, sekolah menengah rendah menggunakan sistem peperiksaan CLE semasa di tingkatan 3 dan wajib lulus untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah atas. Bagi sekolah menengah atas, menggunakan sistem peperiksaan Sijil Persekutuan Tanah Melayu semasa di Tingkatan 5 dan di PraUniversiti, menggunakan sistem peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran semasa di tahun dua dan wajib lulus untuk memasuki universiti.
Kesimpulannya, laporan Razak amat menitikberatkan semangat perpaduan semua bangsa di Tanah Melayu serta mewujudkan sikap kesatuan kepada semua bangsa. Di samping itu, laporan Razak ini juga menghakis sikap berpuak-puak antara semua bangsa dan bersifat adil terhadap semua bangsa di dalam sistem pendidikan