Asas 50 ini telah digerakkan oleh wartawan yang merupakan angkatan saterawan. Asas 50 ditubuhkan di Singapura oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besar penulis Tanah Melayu yang berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka. Tokoh-tokoh yang terlibat ialah Kamaluddin Muhammad,Usman Awang.Mohd Arif Ahmad,Abdul Wahab Muhammad,Asraf dan Hamzah
Tujuan Asas 50 ini adalah untuk memperluas dan mempertinggi kesusasteraan dan kebudayaan Melayu serta mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan sastera yang lama. Selain itu, Asas 50 ini juga untuk melindungi hak –hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang.
Asas 50 ini terbahagi kepada dua konsep iaitu ‘Seni untuk masyarakat’ dan ‘seni untuk seni’. Seni untuk masyarakat ini diperjuangkan oleh Asraf dan konsep ini lebih menonjol kerana sebahagian besar angkatan Asas 50 yang merupakan wartawan yang berkhidmat di utusan Melayu dan berita Harian. Selain itu, kebanyakan penyokong Asraf terdiri daripada mereka yang memimpin majalah dan akhbar seperti Mastika, Utusan Zaman, dan Utusan Melayu.
Seni untuk seni pula diperjuangkan oleh Hamzah dan konsep ini bertujuan untuk mewujudkan kesusasteraan yang bebas. Hamzah dan Rosmera serta beberapa orang penyokong keluar dari Asas 50 lalu menubuhkan angkatan Persuratan Melayu Baru pada 17 April 1954.
Contoh tulisan kritikan Asas 50 ”Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu” dan ”esei Sastera ASAS 50 ”(Antologi Esei Kritikan bersama) karya Asraf.
”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya Keris Mas.
Terdapat tiga kongres Bahasa melayu persuratan, iaitu :
Kesimpulannya, tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa menentukannya serta menuntut kerajaan persekutuan membesarkan lagi Jabatan Penterjemah menjadi sebuah balai bahasa yang lengkap