Jawi bermaksud kepulauan melayu yang merujuk kepada pusat tamadun melayu yang terdapat di kepulauan melayu. Tulisan ini merupakan satu seni penulisan yang telah wujud berabad–abad lamanya di kepulauan melayu dan berasal dari tulisan Arab serta merupakan huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa melayu. Tulisan jawi ini merupakan tulisan terawal ditemukan dan telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai.
Kawi Jawa ini merupakan Bahasa Sanskrit dan kawi Melayu ini pula ialah Bahasa melayu Kuno. Pada Abad ke -13 merupakan zaman kegemilangan islam ke alam melayu. Oleh itu , tulisan jawi ini semakin berkembang. Tambahan pula, terdapat empat ciri utama aksara jawi ini, iaitu bertindan secara menegak, ligature, aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik serta aksara bersambung. Aksara Jawi ini mempunyai 35 aksara dan selebihnya iaitu 29 aksara merupakan aksara yang dipinjam dari aksara abjad tambahan. Enam huruf tambahan diantara 29 aksara tersebut ialah pa, wau, ca, nga, va dan nya. Bukti penemuan tulisan Jawi ini adalah pada Batu bersurat Terengganu yang berusia lebih kurang 700 tahun yang berada di Kuala Berang.
Menurut Abulhab (2008), ciri-ciri yang sama dari segi rupa bentuk huruf-huruf yang pada asalnya bukan huruf asal tulisan Arab dengan huruf-huruf Arab yang asal membolehkan “huruf-huruf baru” ini dianggap sebagai berasal daripada tulisan Arab. bahasa Melayu mempunyai bilangan bunyi vokal yang lebih banyak daripada bilangan bunyi vokal dalam sistem fonologi bahasa Arab. Walaupun terdapat 10 bunyi vokal dalam bahasa Melayu, tidak ada satupun daripada bunyi-bunyi vokal tersebut merupakan bunyi vokal panjang. Selain itu, terdapat empat jenis diakritik – diakritik yang merupakan fasa kepada pemantapan tulisan jawi.
Kesimpulannya, selepas empat fasa tersebut, tulisan jawi menjadi semakin mantap.