Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu merupakan sistem ejaan rumi yang menjadi panduan umum pada masa ini. Selain itu, pedoman ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu serta dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein. Hasil cetusan daripada perjanjian pernyataan ejaan rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dipersetujui pada tahun 1967. Pada tahun 1972, sistem ejaan rumi dilaksanakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia iaitu melibatkan pihak kerajaan Malaysia dengan pemerintah Republik Indonesia. Dewan Bahasa dan Pustaka ialah badan yang bertanggungjawab dalam menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia.
Terdapat 26 abjad dalam bahasa Melayu yang bermula daripada huruf A-Z. Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf yang disenaraikan di sebelah dan sebutan tiap-tiap huruf disertakan di sebelahnya
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada 5 huruf iaitu a,e,i,o dan u. Terdapat 2 versi huruf e iaitu e pepet dan e taling. Maksud e pepet ialah huruf e dalam besar merupakan vokal tengah separuh luas. Maksud e taling ialah huruf e dalam leka merupakan vokal depan separuh sempit. Dalam pengajaran sebutan, boleh digunakan dalam tanda ('_") untuk e pepet (e) jika ejaan kata menimbulkan keraguan. Sebagai contoh, emak, emas, enam, sosialisme dan esa.
Huruf konsonan merupakan huruf selain daripada huruf vokal. Terdapat 5 huruf gabungan iaitu gh, kh, ng, ny, sy dan huruf o, v dan x diperkenalkan supaya digunakan (a,e,i,o,u) yang berjumlah 21 huruf secara tetap sejak tahun 1972.
Huruf Diftong merupakan gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Diftong boleh terletak pada awal kata, di tengah kata dan di akhir kata. Terdapat 3 huruf diftong iaitu AI , AU dan OI yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran.
D I F T O N G A I
- L A M B A I
- B U K I T R A M B A I
- G E M A L A I
D I F T O N G A U
- A U D I O
- A U T O M O T I F
- R A M P A N A U
D I F T O N G O I
- B O I K O T
- A M B O