Ejaan rumi Kongres ini dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada 16 – 21 September 1956 selepas perang dunia Kedua dan diperkenalkan pada tahun 1957. Keputusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu II di Seremban pada 1-2 Januari 1954 yang menerima ejaan rumi sebagai ejaan rasmi Bahasa Melayu setelah menjalankan kajian yang mendalam selepas keputusan Kongres I diadakan pada tahun 1952. Seterusnya, Kongres III menjalankan usaha untuk menyeragamkan ejaan berdasarkan dua kertas kerja iaitu kertas kerja Angkatan Sasterawan Lima Puluh (Asas 50) dan persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
Dalam cadangan Asas 50, mereka mencadangkan untuk menukarkan diftong kerana terdapat kesukaran untuk menerapkan vokal kembar (diftong). Contoh penukaran diftong ialah ai = ay, au = aw dan ai = ay.
Seterusnya pula, fonem Ch ditukarkan kepada c sahaja
Iklan dalam tulisan rumi di Majalah Qalam 1960an
Akhir sekali, Konsonan ng dan ny diubah menjadi ng = J dan ny= ñ manakala Huruf f,q,v,x dan z boleh digunakan untuk menggambarkan fonem asing.
Contohnya:
Cadangan PBMUM
Cadangan ini dibuat bagi menyatukan ejaan ejaan rumi di Malaysia dan di Indonesia. Selain itu, perkataan-perkatan daripada bahasa asing mestilah dieja mengikut bunyi sebutan lidah Melayu dan ejaan-ejaan baharu mestilah mudah serta tidak mempunyai perkara-perkara yang menyukarkan. Pertama sekali adalah untuk menolak penggunaan huruf kembar atau rangkap konsonan dan digantikan dengan fonem lain seperti, ch=c, ny=ñ, ng=J dan sh=x. Rangkap-rangkap konsonan yang lain seperti dh,dz,gh,kh dan th tidak digunakan lagi. Seterusnya ialah, ejaan Melayu yang berbeza dengan ejaan Indonesia dieja mengikut ejaan Indonesia
Contohnya:
Selain itu, penggunaan ‘pun’ atau ‘juga’ perlu dipisahkan seperti biar pun, ada pun serta fonem ‘ain’ dan fonem ‘hamzah’ tidak mempunyai beza. Di samping itu juga, PBMUM ini juga mencadangkan penggunaan tanda sempang pada kata pengulangan seperti penggunaan Asas 50 dan tidak menggunakan sempang pada awalan atau akhiran kerana ejaan melayu diubah mengikut kaedah Indonesia. Contohnya, tulis – menulis, adik – beradik, gopoh – gapah dan terang – benderang. Di samping itu, tanda sempang turut digunakan pada dua perkataan asal yang membawa satu makna baru, iaitu kata majmuk. Sebagai contoh, setia – usaha, jawatan – kuasa dan kapal – terbang. Akhir sekali cadangan PBMUM ini ialah perkataan bahasa Inggeris dieja mengikut lidah melayu. Contohnya ialah :
Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan risalah Bahasa iaitu, bilangan (1), yang berjudul "Kaedah Baham EJaan Rumi Bahasa Melayu”. Ejaan Kongres ini menentukan dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi seperti, ejaan di Tanah Melayu dan di Indonesia hendaklah disamakan atau disatukan. Selain itu, peraturan ejaan hendaklah mudah dan berdasarkan sistem fonologi iaitu fonemik diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik, dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu huruf saja. Akhir sekali, ejaan Kongres menggunakan 6 vokal iaitu a, e, é, i, o dan u. Vokal e terdiri daripada dua bentuk, iaitu e yang tidak bertanda seperti pada emak, lemak, semak. Vokal ini diberi nama sebagai e pepet. Satu lagi vokal ialah vokal e yang diberi tanda di atas (é) . Huruf e bertanda ini diberi nama e taling misalnya sémak, lépak, léhér. Penggunaan e tanpa tanda lebih banyak daripada é bertanda. Terdapat 20 kosonan Melayu iaitu 18 konsonan asli seperti b, ch, d, g, h, j, k, l, m, n, ng, ny, p, r, s, t, w, y dan ditambah dua konsonan baru iaitu sh dan z
Konsonan: