Bahasa Melayu Pascamerdeka
Selepas merdeka, Bahasa melayu beralih kepada Bahasa melayu moden. Pada tahun 1957 hingga 1970, pihak kerajaan telah meletakkan Bahasa Melayu kepada Bahasa kebangsaan iaitu (Perkara 152). Selain itu, rang undang-undang di bawah majlis parlimen dan tulisan jawi merupakan tulisan Bahasa Melayu. Undang-undang yang diutuskan dalam Parlimen ialah Akta Bahasa kebangsaan. Pada selepas merdeka, tulisan jawi bertukar kepada tulisan rumi.
Dalam suruhanjaya Reid, Bahasa Melayu dicadangkan sebagai Bahasa Kebangsaan dalam (Perkara 152) kerana Bahasa Melayu ini bersifat peribumi dan majoriti penduduk menggunakan Bahasa Melayu. Jawatankuasa Rahman Talib, 1960 telah mewajibkan mengajar dan belajar subjek Bahasa Melayu dalam akta perlembagaan 1961. Pada tahun 1963, semua tingkatan 1 perlu mempelajari Bahasa Melayu. Dasar ekonomi baru pada tahun 1971 hingga 1990 telah wujud pembentukan laporan kabinet pada tahun 1979 dan memperkenalkan 3M, iaitu menulis, mengira dan membaca. Pada tahun 1957, maktab perguruan menggunakan Bahasa Melayu untuk kursus berkaitan bahasa Melayu. Pada tahun 1973, semua kursus telah menggunakan Bahasa Melayu dan kemudiannya, pada tahun 1980, sekolah menengah menggunakan Bahasa Melayu sehinggalah pada tahun 1982 dan 1990, semua sekolah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar termasuk di Sabah dan Sarawak.