Pejabat karang Mengarang ini ditubuhkan pada tahun 1924 dan dicadang oleh O. T. Dussek yang merupakan Pengetua SITC dan juga Za’ba. Cadangan ini dipersetujui oleh Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu R. O. Winstedt. Pejabat karang Mengarang ini berada di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) tetapi pada masa kini, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) telah bertukar menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim.
O.T Dussek dan Za’ba merupakan pengarang dan pengarah utama atau ketua jabatan bersama. Keanggotaan jemaah seperti pengarang, penterjemah dan penulis mestilah berkelulusan inggeris.
Selepas perang dunia kedua, pejabat Karang Mengarang ini dipindahkan ke Kuala Lumpur di bawah pengawasan Jabatan Pelajaran. Pada tahun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengambil alih PKM sepenuhnya
Antara penulis dan penterjemah yang terlibat ialah Abdul Hadi Haji Hassan, Yeop Abdul Rahman dan Ibrahim Dato Muda. Terdapat juga peranan penubuhan pejabat Karang mengarang yang terdiri daripada jangka pendek dan jangka Panjang.