Dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau, pelbagai jalinan kerjasama telah dijalankan bersama untuk memperkukuh bahasa Melayu. Antaranya, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MBIM), Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Jaringan Pustaka dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS).
Penubuhan ini diutarakan selepas kesedaran betapa pentingnya bahasa serumpun perlu disatukan dan penubuhan ini memudahkan komunikasi budaya, ilmu, dagang dan lain-lain, Selain itu, penubuhan MBIM merupakan titik permulaan berlaku semasa pertemuan antara jawatankuasa kerjasama bahasa Melayu - bahasa Indonesia pada 4-7 Disember 1595
Malaysia telah diwakili oleh Tun Syed Nasir manakala Indonesia pula, diwakili oleh Dr.Slamet Mulyana. Pertemuan itu telah mencetuskan idea sistem ejaan malindo dan pelaksanaannya dirancang akan diadakan pada Januari 1962. Pelaksanaan idea ini tertunda kerana wujudnya konfrontasi antara Indonesia dan malaysia
Bagi memperkembangkan bahasa Melayu, negara Brunei darusslaam yang melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghantar rombongan pemerhati ke negara Malaysia dan Indonesia menerusi MBIM yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur. Penubuhan badan diantara dua buah negara ini merangka Kerjasama dalam bidang ejaan, istilah dan tatabahasa.
Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) merupakan gabungan pengembangan bahasa dari 3 rumpun negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. MABBIM telah dibentuk pada 4 november 1985 apabila negara Brunei telah menyertai kerjasama ini. Perasmiannya telah diadakan di Jakarta dan Matlamat MABBIM adalah untuk mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara tersebut serta mengusahakan penyelarasan bahasa melalui penulisan ilmiah dan kreatif, pedoman dan panduan. MABBIM menjadi tapak kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khususnya dalam bidang peristilahan
Cabaran dan masa depan Bahasa Melayu
Pendidikan
Bahasa Melayu menjadi Bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berlandaskan pelbagai akta dan laporan semula bermula dengan Penyata Razak (1956). Akta Pelajaran 1961 merupakan undang-undang pendidikan yang dikuatkuasakan di Malaysia sebelum ini.
Akta tersebut diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib menggariskan sistem persekolahan seragam, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan peperiksaan sekolah yang sama. Akta ini digantikan oleh Akta Pendidikan 1996. Kemudian, Akta Pelajaran 1961 telah diperbaharui menjadi Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.
Sebagai Bahasa ilmu, ciri penting yang perlu ada iaitu keintelektualan dan kesempurnaan. Keintelektualan bermaksud kemampuan untuk menyatakan idea, konsep, pengalaman yang kompleks dengan tepat, padat dan licin. Selain itu, perbendaharaan perlu diperkayai dengan tatabahasa lengkap. Di samping itu, keintelektualan juga merupakan pembentukan istilah dalam pelbagai bidang keilmuan dapat memberi sifat intelek kepada Bahasa.
Ekonomi dan Pentadbiran kerajaan
Bahasa Inggeris dijadikan Bahasa utama dalam dokumen perniagaan syarikat swasta manakala Bahasa dijadikan Bahasa kedua. Kebanyakan industri perhotelan, syarikat jualan kenderaan, barangan elektrik dan computer menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Graduan mempunyai pilihan kerjaya dalam bidang perguruan atau pendidikan sebagai guru Bahasa Melayu dengan mengikuti kursus-kursus iktisas. Graduan juga boleh memilih bidang penulisan kreatif, pengacaraan, editor dan penterjemah.
Deklarasi oktober 2001 merupakan persidangan Antarabangsa UNESCO ke-31. Persidangan ini menyokong pengajaran dalam Bahasa Ibunda sebagai kaedah untuk tingkatkan kualiti pendidikan demi membina pengetahuan pelajar dan pengajar serta menyokong bahasa sebagai komponen penting dalam pendidikan.
Seterusnya, dalam Laporan Razak, Akta pendidikan 1996 digunakan untuk menentukan dalam hala tuju dan garis panduan bagi mengawal perkembangan pendidikan awam yang bertaraf sebagai pelaburan sosial. Selain itu, Akta pendidikan tinggi swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini menggunakan Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
Slanga
Bahasa Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa. Slanga sering dijumpai di kawasan kosa kata yang merujuk kepada perkara yang dianggap tabu. Ia sering digunakan untuk mengenal pasti seorang rakan dan walaupun mungkin biasa di kalangan orang muda, juga digunakan oleh semua peringkat umur dan kumpulan sosial. Slanga merupakan sejenis kosa kata yang tidak formal dalam bahasa, termasuklah dalam bahasa Melayu. Slanga dapat disifatkan sebagai mainan Bahasa kerana penutur bebas menggunakan bahasa tanpa memikirkan kegramatisan sesuatu perkataan atau ayat tersebut sehingga ia dapat membentuk sesuatu makna yang baharu ataupun berlainan daripada makna asalnya.
Dapat dirumuskan bahawa, slanga merupakan bahasa yang tidak formal dan dituturkan dalam sesuatu kelompok masyarakat mahupun, ahli kumpulan minoriti. Namun begitu, penggunaan slanga ini boleh merebak keluar daripada kelompok asalnya sehingga mudah difahami oleh kelompok yang lain.
Contoh perkataan Slanga yang sering digunakan oleh masyarakat
Percampuran kod
Percampuran kod sering terjadi dalam kalangan mereka yang boleh bertutur lebih daripada satu Bahasa atau bertutur dalam dialek seperti Bahasa Melayu, cina dan tamil. Percampuran kod yang sering berlaku seperti penggantian konsonan m dan n kepada ng. Selain itu, penghilangan konsonan seperti perkataaan sampai ditukar menjadi sapa dalam dialek Terengganu serta konsonan s dan f di akhir perkataan digantikan kepada h.
Penerapan elemen Hak asasi
Suruhanjaya Hak asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Tambahan pula, SUHAKAM ini ditubuhkan untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia. SUHAKAM ini mempunyai empat fungsi yang termaktub di dalam seksyen 4(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Antaranya ialah, memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia. Di samping itu, fungsi utamanya juga untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil.
Selain itu, penubuhan Pusat Prihatin Budaya Melayu (PPBM) yang melibatkan golongan belia dan dewasa dapat membantu elemem hak asasi kepada masyarakat kerana lebih bercorak pendidikan informal secara persekitaran dalam memantapkan jati diri Melayu.