6.2.8 FABU's Cat Care

FABU CAT CARE 

FABU Cat Care merupakan satu kelab yang ditubuhkan pada Mei 2022 bagi menyokong ke arah kelestarian di mana kelab ini terdiri daripada 15 orang ahli dan seorang Penaung iaitu LAr. Dr. Zanariah binti Jasmani.  

Penubuhan kelab ini bertujuan untuk memantau kesihatan dan kesejahteraan kucing di sekitar FABU.  Usahanya adalah seperti memastikan kucing tidak terus membiak dan menyebabkan ketidakselesaan warga fakulti dengan melakukan pengkasian terutamanya kepada kucing betina dan juga membuka program adoption kepada staf/orang luar bagi kucing yang telah dikasi. 

Kucing turut diberikan rawatan samada rawatan sendiri ataupun rawatan di klinik haiwan. Kelab ini telah memastikan ruang yang sesuai dan kelengkapan yang cukup seperti sangkar dan carrier, bekas & tong makanan, alatan pembersihan serta dispenser makanan & minuman bagi penggunaan aktiviti berkaitan pemantauan dan penjagaan kucing. 

Penubuhan CatCare FABU 

Penubuhan CatCare FABU adalah bertujuan mewujudkan persekitaran dan komuniti FABU yang mesra kucing namun tidak menjejaskan keselesaan penghuni dan kelestarian alam. Sepanjang penubuhannya sejak Mei 2022, kelab ini telah melaksanakan beberapa aktiviti iaitu :

1. Pewujudan Stesen Makanan

- Sebanyak 3 stesen makanan telah diwujudkan di lokasi yang menjadi tumpuan kucing. Stesen ini menyediakan makanan kering serta air bersih.

2. Pengkasian

- Menyasarkan pengkasian kucing betina bagi mengawal populasi.

3. Rawatan kucing sakit & cedera

- Kucing yang ditemui dihantar ke klinik sebelum dijaga di sick bay sehingga sembuh.

4. Pewujudan CatCare Sick Bay

- Bilik ini menjadi pusat penjagaan kucing yang sakit dan cedera selain menjadi pusat penyimpanan makanan dan kelengkapan.

5. Penubuhan Kumpulan Sukarelawan CatCare (SCC)

- SCC dianggotai lebih 40 orang pelajar & staf FABU. Kesemuanya diberikan tugas masing-masing dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kelab.


Bagi tahun 2024, Catcare merancang untuk mengadakan aktiviti yang sama seperti sebelum ini serta beberapa aktiviti tambahan. Senarai aktiviti adalah seperti di bawah :


Sukarelawan CatCare (SCC)

a. Seramai 42 orang sukarelawan (36 pelajar dan 6 staf) telah dilantik bagi melaksanakan aktiviti harian dan berkala.

b.     Kesemuanya ditugaskan mengikut jadual yang ditetapkan.

Senarai Aktiviti CatCare (Nov 2022 - Mac 2024) 

Stesen Makanan

a. 3 stesen makanan telah diwujudkan

b. Setiap stesen mempunyai 1 feeder dan 1 drinker

c.      Stesen akan dibersihkan & makanan akan ditambah setiap 1 - 3 hari.     

Stesen B11    

Stesen B05

Stesen B02

Pengkasian

a.      3 ekor kucing betina telah dikasi setakat ini.

b. Kucing dijaga oleh staf sehingga sembuh sebelum dilepas semula ke FABU.

c.      Banyak kucing yang telah disenaraikan untuk pengkasian, namun masih belum berjaya dilaksanakan kerana kekangan masa. Terdapat situasi di mana kucing berjaya lolos dari sangkar sebelum sempat dihantar ke klinik haiwan.

d. Pengkasian seterusnya dirancang pada penghujung Mac 2024 (2 ekor).


Rawatan

a. Kucing yang sakit atau cedera dihantar ke klinik haiwan untuk rawatan segera.

b.     Ini termasuklah rawatan bisul, luka berulat, dehidrasi, selsema & demam, kutu & fungus, ear mites dan lain-lain.


CatCare Sick Bay

a. Bilik ini menempatkan kucing-kucing sekitar FABU yang telah diselamatkan dan diberikan rawatan secukupnya.

b. Mereka tinggal di dalam bilik ini sehingga benar-benar sesuai untuk dilepaskan atau di adopsi.

c.  Pada masa ini, terdapat lebih 5 ekor kucing tinggal di sini. Sebahagiannya telah mula dilepaskan untuk hidup secara bebas di sekitar blok B11.

d.     Kebajikan mereka dijaga oleh sukarelawan yang akan datang menguruskannya setiap hari.


SDG Berkaitan

The related Sustainable Development Goals (SDGs) can be identified as follows:

1. SDG 3: Good Health and Well-being - The club's focus on monitoring and ensuring the health of the cats aligns with this goal.

2. SDG 5: Gender Equality - The emphasis on spaying/neutering female cats to control breeding contributes to reducing gender inequalities among cats and promoting their overall well-being.

3. SDG 11: Sustainable Cities and Communities - By addressing the issue of stray cats and ensuring their well-being, FABU-CatCare contributes to creating more sustainable and inclusive communities.

4. SDG 12: Responsible Consumption and Production - The club's efforts to control the cat population and promote adoption align with this goal's aim to reduce waste and promote sustainable consumption practices.

5. SDG 15: Life on Land - By monitoring and caring for the cats, FABU-CatCare contributes to the preservation and protection of animal species and biodiversity.