Fakulti menyediakan keperluan kebajikan staf serta program pengisian kerohanian (cth : kelab kebajikan / aktiviti sukarelawan staf atau pelajar, bacaan doa dll )
Assalamualaikum wrm wbt & Selamat Sejahtera,
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara,
JEMPUTAN KE MAJLIS KHATAM AL-QURAN FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR 2024 DAN EDARAN BUBUR LAMBUK
Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Alam Bina dan Ukur dengan kerjasama Badan Kebajikan Staf Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB) akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran FABU 2024 seperti butiran berikut:
Tarikh : 28 Mac 2024 (Khamis)
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Dewan Konvensyen, B12, FABU
Sehubungan dengan itu, satu Sesi Edaran Bubur Lambuk akan dilakukan selepas selesai sesi Majlis Khatam Al- Quran.
Tarikh : 12 Mei 2024
Masa : 4. 30 petang
Tempat : Student Lounge, B05 FABU
AKRAB telah menziarahi pesara FABU kita iaitu En. Abdul Razak Hamzah di kediaman beliau, Bdr. Pulai Jaya. Beliau telah dimasukkan ke HSA sebelum ini disebabkan serangan strok dan telah keluar pada 21/4/2024. AKRAB diwakili Dr. Aimran, Pn. Fadillah & Pn. Salwana. Turut hadir En. Saharuddin. Mari kita doakan kesejahteraan & kesembuhan buat beliau. Insyaallah. Amin
Biro Kebajikan AKRAB, 21 April 2024