Program bersama komuniti, agensi atau industri berkaitan penggunaan dan pengurusan tanah yang mampan samada untuk pertanian, pelancongan atau konservasi.
LENGONG, PERAK, 26 Mei – Seramai 18 orang mahasiswa Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) UTM telah mengadakan program Mahasiswa Turun Desa @Kampung Beng. Program ini turut disertai oleh dua orang pensyarah pengiring Program Perancangan Bandar dan Wilayah FABU, iaitu Dr. Mohamad Fadhli Rashid dan Dr. Khairul Hisyam Kamarudin. Program ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA), Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dan JPKK Kampung Beng, Lenggong.