http://gg.gg/PertandinganVideoSTEM2021 ATAU https://forms.gle/3QA5ZV9Dm86k3shU9
Guru atau Murid perlu menggunakan ID DELIMA semasa ingin membuka dan mengisi borang di atas
Dua (2) kali pengisian iaitu untuk PENDAFTARAN AWAL dan PENGHANTARAN BAHAN
1. Terbuka kepada murid-murid tingkatan 4 dan 5 sahaja.
2. Setiap peserta perlu menghasilkan video berdurasi 3 - 4 minit dengan kandungan yang berkaitan dengan
teknologi dan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
3. Produksi mestilah karya asal murid dan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh
sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
4. Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian pembinaan video. Resolusi video hendaklah berkualiti
sekurang-kurangnya 1080p (Resolusi Tinggi)
5. Penganjur(JPN atau PPD) tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan
produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
6. Semua hasil penyertaan adalah menjadi hak milik Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
7. Fokus STEM: Teknologi, Kejuruteaan
- Peserta boleh pilih mana-mana video dari sumber lain (youtube dll) atau buat projek sendiri dan rakam video atau rakam mana-mana projek sedia ada. (Tema : Teknologi atau Kejuruteraan)
- Peserta perlu membuat persediaan/mencari info dan maklumat berkaitan teknologi atau kejuruteraan berkenaan projek dalam video yang dipilih/dirakam.
- Peserta boleh memberi penerangan info dan maklumat yang mampu menarik minat murid lain kepada STEM
- Peserta cuba menonjolkan kreativiti dan inovasi dalam rakaman video atau suntingan atau penerangan atau penggunaan media lain dengan menggabungkan pelbagai teknik persembahan video.
- Suntingan video iaitu dalam tempoh masa 3 hingga 4 minit tidak termasuk kredit (durasi maksimun 5 minit) yang telah siap perlu dieksport dengan resolusi tinggi iaitu sekurang-kurangnya 1080p.
- Video tersebut perlu dimuat naik ke dalam Youtube kemudian tetapan unlisted perlu dibuat
- Pautan video tersebut perlu diuji lari terlebih dahulu sebelum disalin ke pautan Penyertaan untuk penghantaran Bahan
- Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 31 Julai 2021
Penilaian adalah berdasarkan ketepatan tema, grafik, teknik rakaman, audio dan jalan cerita.
PEMARKAHAN DAN PENJURIAN ADALAH MERANGKUMI :
Pengenalan - 10 markah
Kreativiti dan teknik persembahan - 40 markah
Kualiti dan inovasi - 40 markah
Nilai dan pengajaran - 10 markah
Jumlah Pemarkahan : 100 markah
Penilaian adalah berdasarkan ketepatan tema, grafik, teknik rakaman, audio dan jalan cerita.
Rubrik Pemarkahan secara terperinci belum diperolehi (akan dikemaskini pada laman ini)
Keputusan Juri adalah MUKTAMAD
RUJUK CONTOH VIDEO