https://forms.gle/c3swo7V7q11oqqZh9
Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi adalah pertandingan yang dilaksanakan dalam Karnival STEM, Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi dilaksanakan untuk meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pemerhatian terhadap alam semulajadi. Pertandingan ini juga mampu mencungkil kreativti dan penerokaan melalui penceritaan bergambar. Disamping itu, pertandingan ini juga diharap dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menterjemahkan keunikan alam semulajadi dalam bentuk fotografi.
TEMA: KEHIDUPAN DAN ALAM SEMULAJADI
Alam semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi dan kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (Benda hidup yang saling berinteraksi).
Mengembangkan bakat dan minat murid dalam bidang fotografi dengan menggunakan teknik serta medium yang betul bagi menghasilkan foto alam semulajadi yang bermakna.
Merangsang minat, rasa ingin tahu, dan keinginan murid untuk meneroka konsep dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pemerhatian terhadap alam semulajadi.
Menggunakan rakaman gambar sebagai satu kaedah pemerhatian dalam memahami keunikan alam semulajadi.
Mengukuhkan pengetahuan peserta dalam bilik darjah melalui pemerhatian terhadap alam semulajadi.
Mengembangkan potensi kreatif murid terhadap kepentingan menghargai alam semulajadi.
Terbuka kepada murid sekolah rendah, sekolah menengah harian dan sekolah menengah bantuan kerajaan.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
a. Kategori Sekolah Rendah (Murid tahun 4, 5 dan 6).
b. Kategori Sekolah Menengah (Murid tingkatan 1, 2 dan 3)
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya dengan alam semula jadi dalam gambar yang diambil.
Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick photographs’, dan gambar yang dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.
Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli atau diambil dari mana-mana sumber.
Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR) atau kamera telefon bimbit.
Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak KPM berhak menggunakan gambar-gambar ini bagi tujuan pendidikan.
Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan berkaitan dengan subjek di dalam gambar
Karya fotografi mestilah disertakan dengan penerangan ringkas berhubung dengan tujuan, teknik dan mesej sains dalam gambar berkenaan dan dihantar melalui ‘google form’ yang disediakan oleh pihak penganjur - LINK GOOGLE FORM AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
Pertandingan ini akan berlangsung dari mengikut tempoh dan tarikh yang ditetapkan oleh penganjur.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan butiran dalam borang pendaftaran dalam talian.
Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.
1. PERINGKAT PERTAMA:
Tapisan mengikut Penganjur
Penghantaran karya fotografi akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.
Menilai penghasilan karya fotografi.
Penghantaran karya fotografi yang diterima akan dinilai oleh panel hakim. Panel hakim akan menilai dan memilih karya fotografi yang memenuhi elemen penilaian.
Saringan dan penilaian karya fotografi akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri.
Semua penghasilan karya fotografi akan di verifikasi oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa penghasilan karya memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.
Penghasilan karya yang diterima akan dinilai oleh panel hakim negeri yang telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
Juri yang dilantik adalah daripada pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi.
A. KAEDAH DALAM TALIAN
Sekolah hendaklah menghantar gambar terbaik dan penerangan ringkas melalui borang pendaftaran (‘google form’) yang disediakan.
Penghantaran hendaklah mematuhi tarikh yang telah ditetapkan oleh pengelola .
Pengelola akan menjemput hakim-hakim yang dipilih untuk menjalankan proses penilaian.
Penilaian adalah berdasarkan pameran hasil karya dan pembentangan.
Semua karya finalis akan dipamer di ruang pameran pada hari pertandingan.
Karya fotografi akan dinilai oleh panel hakim (3 hakim Teknikal + 2 hakim yang mempunyai kepakaran dalam bidang fotografi).
Peserta diberi masa tidak lebih dari 5 minit untuk membuat pembentangan kepada panel hakim.
Panel hakim akan menilai dan memilih projek yang memenuhi kriteria penilaian untuk pemilihan pemenang pertandingan.
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (Instrumen dilampirkan):
Penghasilan foto mestilah mempunyai daya tarikan yang tersendiri dengan mengambil kira segala aspek yang sepatutnya ada termasuk subjek, latar dan perspektif yang bertepatan.
Penilaian kualiti berdasarkan fokus, ‘exposure’, kontras dan pencahayaan yang bersesuaian .
Hasil karya yang menyampaikan mesej yang jelas dan mudah difahami.
Karya mestilah berdasarkan kepada keaslian yang memberi impak dan kefahaman kepada sesiapa sahaja.
E. MOUNT OF FRAME (10%)
Kaedah penghasilan foto berdasarkan kepada keseimbangan keseluruhan karya.
Semua pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat melalui borang pendaftaran secara dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun emel moe untuk mengakses borang dalam talian.
Pengelola berhak untuk menolak mana- mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan