https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfkn2lzgCQ4utq2d5e3HZ5_Am4_MrRke5tq-GxURR7E9ZBTCQ/viewform
Terbuka kepada murid-murid tahun 4 hingga 6 sahaja. Murid sekolah rendah negeri Kedah di bawah KPM sahaja.
Soalan-soalan yang diuji adalah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pertandingan Junior Mathematics Olympiad ini terbahagi kepada 2 bahagian:
Bahagian A
- Soalan KBAT Matematik
- Jawapan Ringkas
Bahagian B
- Aneka Pilihan
Pendaftaran hanya menggunakan E-mel MOE DIGITAL LEARNING (emoe-dl.edu.my) sahaja.
Pendaftaran akan ditutup pada 10 Mei 2021 (Isnin).
Pertandingan akan dijalankan pada 22 Mei 2021 ( Sabtu ) Jam 10.00-11.15 pagi. Waktu pertandingan berdasarkan Malaysian Standard Time,yang boleh dirujuk di pautan : Https://mst.sirim.my/.
Peserta yang telah mendaftar perlu menjawab 60 soalan dalam tempoh 1 jam 15 minit.
Murid perlu mendapat minimum 20 jawapan tepat sahaja untuk melayakkan murid mendapat sijil penyertaan peringkat negeri.
10 peserta yang mendapat markah tertinggi dan terpantas akan dipilih ke peringkat akhir untuk bertanding secara langsung dalam talian.
Pemenang pertandingan layak mewakili negeri menyertai Junior Mathematics Olympiad Peringkat Kebangsaan.
Pengelola kebangsaan yang telah dilantik dengan kerjasama BSKK KPM.