STEM Adventure Games ( PERMAINAN)
Anda diminta untuk membina satu permainan daripada perisian SCRATCH bertemakan STEM Adventure. Versi scratch yang digunakan adalah bebas, sama ada versi 2.0 atau versi 3.0.
Gunakan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam subjek TMK dan RBT.
Permainan yang dibina perlu ada pelbagai PERINGKAT CABARAN DAN TAHAP KESUKARAN supaya ia lebih seronok dimainkan.
Projek ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan maksima 3 orang dengan bantuan seorang guru pembimbing.
Topik STEM yang dikaitkan boleh daripada bidang Sains, Matematik, Teknologi, Kejuruteraan ataupun gabungan dua atau lebih bidang yang telah disebutkan.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021.
Satu pasukan terdiri daripada MINIMA 1 orang murid dan MAKSIMA 3 orang murid dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Pertandingan peringkat daerah akan dijalankan secara dalam talian.
Peserta PERLU menghantar source code, dokumentasi dan video rakaman projek (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM tarikh tutup penyertaan.
Permainan yang dihasilkan mestilah bersifat baharu. Bagi permainan yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan.
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
Pautan projek (source code, dokumentasi dan video) mesti dihantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe (m-12345678@moe-dl.edu.my) untuk mengakses borang dalam talian.
Penganjur peringkat daerah berhak untuk menolak mana- mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.
Kos penyediaan dokumentasi dan video adalah di bawah tanggungan peserta pertandingan.sepenuhnya.
Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj persembahan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja bagi keseluruhan pembentangan kecuali beberapa istilah pengaturcaraan komputer yang tidak dapat diubah maksudnya.
Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala bentuk media video.
Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4 atau MOV. Resolution video yang ditetapkan adalah:
HD – 720p: maksima ( untuk peringkat DAERAH/NEGERI )
Menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.
Laporan yang dihantar mestilah dalam bentuk pdf.
Butiran yang perlu ada adalah seperti berikut:
1. Muka surat hadapan
Tajuk projek, nama sekolah dan nama peserta.
2. Isi Kandungan Halaman
Senaraikan bahagian dokumentasi dan nombor halaman yang sesuai.
3. Pendahuluan
Huraikan secara ringkas berkenaan projek tersebut.
4. Pengumpulan maklumat
Merekod segala kaedah pengumpulan maklumat yang telah dibuat.
5. Perancangan / gant chart / storyboard
Melampirkan perancangan, gant chart atau storyboard yang telah dibuat.
6. Algoritma / carta alir / pseudokod
Melampirkan algotirma, carta alir atau pseudokod yang telah dibuat.
7. Proses pembinaan program.
Membuat laporan bergambar tentang proses pembinaan program.
8. Source Code
Screenshot source code yang telah dibuat.
9. Refleksi / penambahbaikan
Membuat refleksi atau penambahbaikan yang boleh dibuat kepada projek.
10. Bibliografi
Nyatakan sumber yang digunakan dalam penyelidikan, jika ada.
Contoh GUI Scratch
Contoh GUI ( Graphical User Interface ) Games
Contoh Screenshot Source Code
TEMA 5%
PERANCANGAN PROJEK 20%
PROSES PENGHASILAN 10%
PENGATURCARAAN 30%
REKABENTUK KREATIVITI 20%
PEMBENTANGAN PROJEK 20%
DOKUMENTASI 15%
Klik Aplikasi Web SCRATCH: SCRATCH 3.0