https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdJzKLZCCWMj4azqPZKi_dLmyatP8-zdwTxaP861hx7YMUK6Q/viewform
Sejajar dengan perkembangan global pada masa kini pihak sekolah anda tidak mahu ketinggalan dalam meniti arus perkembangan dalam dunia ICT. Pihak pengurusan sekolah anda ingin mewujudkan sistem pangkalan data berasaskan web untuk mengurus maklumat disekolah.
Anda telah dipilih oleh guru anda untuk membina SATU sistem pangkalan data berasaskan web berdasarkan kemahiran yang telah anda pelajari.
Ceritakan setiap proses yang terlibat bermula dengan identifikasi masalah sehinggalah selesai masalah tersebut.
Dokumentasikan setiap proses.
Contoh :-
kiraan markah rumah sukan, sistem pinjaman buku, maklumat kehadiran, maklumat pinjaman buku teks dan lain-lain.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Kategori: Murid tingkatan 1 hingga 4 pada tahun 2021.
Satu pasukan terdiri daripada 3 orang murid dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Hanya satu penyertaan daripada setiap sekolah.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Tema hendaklah berdasarkan DSKP Asas Sains Komputer Tingkatan 1, 2, 3 dan DSKP Sains Komputer tingkatan 4.
Sekiranya peserta daripada bukan aliran ASK dan SK, mereka boleh merujuk kepada DSKP seperti yang diterangkan pada para supaya projek yang dihasilkan tidak lari daripada tema yang telah di tetapkan.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar pautan sistem, laporan dan video rakaman persembahan projek (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM 31 Julai 2021
Keputusan penjurian adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
Peringkat Negeri:
Source code, dokumentasi dan video akan dinilai oleh hakim untuk memilih 5 penyertaan yang terbaik. 5 penyertaan terbaik itu, akan dinilai secara sidang video pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak penganjur.
Peringkat Kebangsaan:
Setiap wakil negeri akan di nilai secara sidang video atau bersemuka bergantung kepada keadaan semasa
Peringkat Negeri:
Source code, dokumentasi dan video akan dinilai oleh hakim untuk memilih 5 penyertaan yang terbaik. 5 penyertaan terbaik itu, akan dinilai secara sidang video pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak penganjur.
Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
Pautan projek, laporan dan video mesti dihantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe
(m-2345678@moe-dl.edu.my) untuk mengakses borang dalam talian.
Pengelola peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak mana- mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.
Peserta perlu memberikan pautan sistem web untuk penilaian juri.
Kod aturcara akan dinilai daripada laporan.
Kos penyediaan laporan dan video adalah di bawah tanggungan peserta pertandingan sepenuhnya.
Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj persembahan
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja bagi keseluruhan pembentangan kecuali beberapa istilah pengaturcaraan komputer yang tidak dapat diubah maksudnya.
Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4 atau MOV. Resolution video yang ditetapkan adalah :
HD – 720p: maksima ( untuk peringkat NEGERI )
Peserta hendaklah menyediakan laporan mengikut ketetapan berikut:
a. Pendahuluan
b. Analisis Masalah ( pengumpulan maklumat, Perancangan, Carta Gantt)
c. Rekabentuk Aturcara ( Algoritma, Carta alir, pseudokod)
d. Pengekodan ( font: Courier New, saiz 10, single spacing)
e. Dokumentasi (Output, Refleksi dan penambahbaikan)
Format penyediaan laporan mestilah menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.
Laporan yang dihantar mestilah dalam bentuk pdf.
Kandungan 30%
Rekabentuk 20%
Penyampaian/ Persembahan 25%
Laporan 15%
Nilai Tambah 5%
CONTOH SOURCE CODE
CONTOH APLIKASI DATABASE
Tutorial menunjukkan penghasilan website menggunakan pengaturcaraan HTML.