Pertandingan STEM Decathlon Challenge yang akan diadakan di dalam Karnival STEM ini berfokuskan pengetahuan dan kemahiran individu murid di peringkat negeri (secara dalam talian) dan berkumpulan di peringkat kebangsaan (secara bersemuka / dalam talian). Dalam pertandingan STEM Decathlon Challenge ini, murid-murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam mengaplikasi kemahiran subjek STEM. Pertandingan STEM Decathlon Challenge adalah berkonsepkan secara dalam talian di mana, murid-murid boleh mengaplikasi penggunaan teknologi ICT dalam menjawab soalan-soalan, serta murid boleh menjawab soalan di sekolah atau kediaman masing-masing dan mengurangkan risiko selaras dengan garis panduan keselamatan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi pendedahan secara langsung kepada murid tentang dunia Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
2.2 Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan dan keperluan STEM dalam
kehidupan.
2.3 Meningkatkan minat murid kepada kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik.
2.4 Membantu merealisasikan dasar STEM Kebangsaan.
2.5 Menyediakan ruang dan medan kepada murid-murid untuk bersaing secara sihat menerusi
pertandingan dalam talian yang dijalankan
3.0 KELAYAKAN / SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5) yang
belajar di sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.2 Peserta mesti berdaftar melalui akaun DELIMa (Contoh: m-123456@moe-dl.edu.my) masing-masing.
Perkongsian emel adalah tidak dibenarkan. Sebarang emel peribadi adalah tidak diterima.
3.3 Peserta perlu berdaftar dalam pautan Google Form yang disediakan oleh pihak penganjur pada
tempoh tarikh yang ditentukan.
3.4 Peserta perlu menyemak pautan pertandingan melalui borang pendaftaran.
3.5 Peserta perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
3.6 Waktu pertandingan adalah berdasarkan Malaysian Standard Time yang diurustadbir oleh National
Metrology Institute of Malaysia, yang boleh dirujuk di pautan https://mst.sirim.my/.
3.7 Peserta perlu menjawab soalan secara dalam talian dengan keupayaan sendiri.
3.8 Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan. Peserta perlu menghantar jawapan
sebelum masa tamat.
4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN
PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI
4.1. Empat (4) bidang yang akan dipertandingkan:
a. Sains
b. Teknologi
c. Kejuruteraan
d. Matematik
4.2 Terdapat 80 soalan kuiz daripada empat bidang STEM.
4.3 Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kuiz berkenaan adalah selama 75 minit sahaja.
4.4 Peserta perlu menjawab dalam masa yang ditetapkan.
4.5 Peserta perlu mendapatkan minimum 30 markah untuk kelayakan menerima sijil penyertaan
peringkat negeri.