https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeqRVLsQInOgwNxpQC21hGu6bCM_L-81jelK1qBp-X1iQfkWw/viewform
Pertandingan-pertandingan dalam STEM Online Challenge ini berfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan peserta. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid-murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek-projek STEM masing-masing dan dihantar secara dalam talian kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk dinilai di peringkat negeri sebelum di pertandingkan di peringkat kebangsaan. Pelaksanaan STEM Online Challenge adalah berkonsepkan dalam talian di samping mengaplikasikan penggunaan teknologi ICT dalam menghasilkan projek atau menjawab soalan-soalan olimpiad dalam pertandingan-pertandingan yang disediakan.
a. Terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
b. Fokus pertandingan ialah penyampaian mana-mana konsep STEM dalam bentuk persembahan.
c. Bentuk persembahan adalah bebas dan penyampaian konsep STEM bergantung kepada kreativiti murid, dan boleh disampaikan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
d. Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya adalah tidak dibenarkan
e. Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau bantuan ahli keluarga, walau bagaimanapun peranan murid yang mengambil bahagian akan diberi perhatian.
f. Persembahan perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh 3 - 4 minit.
g. Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
h. Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan peringkat negeri.
i. Penilaian adalah berdasarkan pemilihan konsep sains, kreativiti persembahan, aliran persembahan dan props.
j. Semua hasil penyertaan adalah menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
k. Fokus STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik
Penilaian adalah berdasarkan:
Pemilihan Konsep Sains - 35 markah
Kreativiti Persembahan - 35 markah
Aliran Persembahan - 15 markah
Props - 15 markah
CONTOH VIDEO PERSEMBAHAN STEM