Bilangan hakim:
5.1.1 Peringkat daerah / negeri: Tiga (3) orang hakim. Seorang (1) bidang bahasa + Dua (2) orang bidang STEM.
5.1.2 Peringkat kebangsaan: Lima (5) orang hakim, Dua (2) orang bidang bahasa + Tiga (3) orang bidang STEM.
5.1.3 Hakim bidang bahasa mestilah berpengalaman, mahir untuk menilai persembahan peserta dari segi ketepatan sistem bahasa, sebutan dan intonasi yang betul.
5.14 Hakim bidang STEM mestilah berpengalaman dan mahir serta menguasai topik serta istilah STEM peringkat sekolah rendah.
5.2 Kriteria Pemarkahan:
5.2.1 Pengetahuan, aplikasi, impak dan keaslian (50 markah)
5.2.2 Kreativiti dan inovasi, susun atur, kelancaran dan durasi (30 markah)
5.2.3 Bahasa dan pertuturan, ekspresi dan gaya, keyakinan dan nilai murni
(20 markah)
JUMLAH: 100 markah
5.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Markah peserta adalah sulit dan sebarang aduan tidak akan dilayan.
4.1 Persembahan dan papan cerita (storyboard) hendaklah berunsurkan STEM dan menepati tema DSKP TAHUN 1 - 6 KSSR mata pelajaran STEM.
4.2. Papan cerita persembahan hendaklah disediakan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Peserta tidak dibenarkan menggunakan kedua-dua bahasa dalam satu persembahan.
4.3. Jangka masa pertunjukan mestilah tidak melebihi 5 minit. Murid dikehendaki mempersembahkan 2 demonstrasi dalam setiap persembahan.
4.3.1 Pertandingan Secara Bersemuka (Peringkat Kebangsaan dengan kelulusan MKN dan KPM)
4.3.2 Masa yang diberikan adalah 9 minit. 2 minit masa untuk persediaan peralatan dan bahan di atas pentas. 2 minit masa untuk mengemas alatan dan bahan (turun pentas).
Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.
4.5 Peserta hendaklah memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian. Pemakaian kostum tertakluk kepada daya kreativiti masing-masing dan tidak mengganggu kelancaran persembahan.
4.6 Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah terbakar, meletup atau beracun. Langkah keselamatan hendaklah dititik beratkan semasa penggunaan bahan-bahan tersebut. Jika terdapat keperluan, penggunaan bahan yang berbahaya adalah wajib di bawah pengawasan ibu bapa / guru pembimbing. Peserta wajib mengisi borang pengisytiharan peralatan atau bahan.
4.7 Pihak sekolah / ibu bapa bertanggungjawab memastikan persembahan STEM yang dijalankan adalah selamat dan mematuhi syarat-syarat pertandingan. Persembahan STEM yang dijalankan perlu kawalan ibu bapa dan panduan guru pembimbing.
4.8 Papan cerita harus ditaip mengikut format berikut:
4.8.1 ‘FONT’: ARIAL
4.8.2 ‘SIZE’: 12
4.8.3 ‘SPACING’: DOUBLE SPACING
Rakaman persembahan mengikut format berikut:
4.9.1 Dirakam langsung tanpa sebarang suntingan
4.9.2 Pandangan hadapan sahaja dan melintang (landscape)
4.9.3 Format fail: AVI, VLC, MOV, MP4
4.9.4 Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD - 1080p
4.10 Persembahan mestilah hasil karya peserta sendiri dan tidak diplagiat daripada internet atau sumber-sumber lain.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSerO6mqEUM6pF1r0r3xUTED3Iu5TIto8VMJ_JpAvDnQ0up_Wg/viewform
Pengetahuan 25 Markah
Aplikasi 15 Markah
Impak 5 Markah
Keaslian 5 Markah
Kreativiti dan inovasi 15 Markah
Susun atur 5 Markah
Kelancaran 5 Markah
Durasi 5 Markah
Bahasa dan pertuturan 5 Markah
Ekspresi dan gaya 5 Markah
Keyakinan 5 Markah
Nilai murni 5 Markah
3. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6 sahaja) yang belajar di sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan dan segala kos pertandingan ditanggung oleh sekolah tersebut.
3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
3.3 Penyertaan adalah secara berpasukan dengan dua (2) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
3.4 Setiap penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama:
3.4.1 borang penyertaan yang lengkap
3.4.2 borang pengisytiharan alatan dan bahan
3.4.3 papan cerita (storyboard)
3.4.4 pautan video rakaman persembahan (pertandingan secara dalam talian)
3.5 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu dan segala proses perlu berada di bawah pemantauan mereka.
3.6 Semua hasil penyertaan adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).