https://forms.gle/BrBZSi9moXz2fJvd6
Pertandingan Inovasi STEM adalah anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi sains dan kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan projek inovasi.
Sebagai platform kepada murid untuk mengemukakan idea kreatif dan membangunkan projek inovasi untuk penemuan atau penambahbaikan sesuatu projek.
Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan prosedur yang betul.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
Kesihatan dan makanan
Pertanian
Persekitaran lestari
Tenaga Boleh diperbaharui
Teknologi maklumat dan komunikasi
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerjaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
4.2 Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
a. Kategori Sekolah Rendah:
Murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021.
b. Kategori Sekolah Menengah:
Murid tingkatan 1, 2 dan 3 atau gabungan tingkatan 1, 2 dan 3 pada tahun 2021.
4.3 Satu pasukan terdiri daripada 3 orang murid dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
4.4 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
4.5 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
4.6 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
4.7 Tarikh tutup pendaftaran ialah pada (ditentukan oleh JPN masing-masing).
4.8 Sesuatu rekacipta / inovasi mestilah bersifat baharu. Bagi projek inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan. Penyesuaian produk yang sedia ada dapat diterima selagi penambahbaikan itu berlaku sama sekali baru.
4.9 Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
4.10 Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.
4.11 Sesuatu rekacipta / inovasi dikemukakan dalam bentuk sampel komersial, artikel yang telah dikeluarkan prototaip, model, pelan, lukisan, gambar dan teks.
4.12 Satu tema sahaja dibenarkan untuk satu projek inovasi.
4.13 Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar poster, laporan dan video rakaman inovasi (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM tarikh ditetapkan oleh JPN masing-masing.
4.14 Keputusan penjurian adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
Peringkat Pertama:
Tapisan mengikut Penganjur
Laporan dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.
Peringkat kedua:
Menilai berdasarkan kertas cadangan dan video.
Laporan dan video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim. Panel hakim akan menilai dan memilih projek yang memenuhi elemen penilaian.
Kos penyediaan laporan dan video adalah di bawah tanggungan sepenuhnya peserta pertandingan / sekolah.
Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj persembahan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4 dan MOV. Resolution video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur negeri dan kebangsaan.
Peserta hendaklah menyediakan laporan/ ringkasan projek / penyataan masalah / data objektif/ uji lari / impak produk/ kebolehpasaran produk dan keaslian produk.
Format menyediakan laporan/ ringkasan projek mestilah menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.
Semua urusan penilaian pertandingan inovasi (peringkat negeri) akan dilaksanakan secara atas talian.
Fail Video pembentangan telah siap perlu:
dimuatnaik ke google drive sebelum dihantar kepada penganjur.
hantar LINK GOOGLE DRIVE yang mengandungi VIDEO PROJEK, LAPORAN / RINGKASAN PROJEK INOVASI & POSTER ke google form yang disediakan PENGANJUR NEGERI.
Saringan dan penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri.
Semua laporan projek dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.
Laporan projek dan video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim negeri (3 hakim JPN + 2 Hakim IPTA).
Inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baharu atau yang telah diadaptasi, dan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
SIGNIFIKAN PROJEK (20%)
Penghasilan inovasi yang berkualiti, bermakna, menjimatkan kos/sumber, memberi impak yang tinggi.
Inovasi dan penyelidikan dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan kepada pengajaran dan pembelajaran.
KEBERKESANAN KOS (5%)
Hasil inovasi dapat meningkatkan produktiviti Terdapat bukti inovasi dengan kos yang lebih rendah atau sama.
REPLIKABILITI (KEBOLEHULANGAN) (10%)
Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi dan penyelidikan boleh digunapakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus dengan diubahsuai mengikut keperluan.
POTENSI KEBOLEHGUNAAN / APLIKASI (15%)
Wujud bukti hasil inovasi berjaya mencapai objektif inovasi sepenuhnya.
Berpotensi untuk berkembang.
Mempunyai perancangan masa hadapan dan cadangan penambahbaikan. (Boleh aplikasi).
PERSEMBAHAN DAN PENYAMPAIAN (15%)
Penyampaian adalah sistematik dan menarik, jelas, padat serta mudah difahami.
Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk membantu persembahan seperti poster/risalah/brosur.
Penggunaan ruang/alat pameran secara optima dan berkesan.
Peserta berpengetahuan dan berkeyakinan tentang inovasinya.
Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
Pautan projek (laporan dan video) mesti hantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe untuk mengakses borang dalam talian.
Pengelola peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak mana- mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.
Tajuk Ciptaan & Tarikh
Senaraikan bahagian laporan dan nombor halaman yang sesuai.
Huraikan secara ringkas apa yang dicipta dan mengapa projek tersebut perlu dibangunkan.
Termasuk dengan siapa peserta bercakap, kedai yang dihubungi, majalah yang anda kaji, penyelidikan perpustakaan yang dibuat, dan sumber penyelidikan lain atau maklumat yang digunakan.
Senaraikan orang yang peserta hubungi dan komen mereka.
Dalam satu atau dua perenggan, terangkan masalah yang diselesaikan, bagaimana penemuan ini berfungsi atau digunakan, dan kelebihan berbanding teknologi atau produk sedia ada.
Boleh menggunakan lakaran tangan atau komputer dilukis dengan jelas dan terperinci penemuan ini, semua bahagian perlu dilabel dengan jelas.
Senaraikan hasil ujian yang dikumpulkan. Terangkan bagaimana penemuan itu diuji dan hasilnya. Sertakan semua hasil ujian pada penemuan yang telah dilakukan oleh orang lain, dan komen apa yang mereka ada. Sertakan grafik (carta / graf) untuk menunjukkan hasil ujian dengan jelas.
Tunjukkan maklumat kos yang dikumpulkan, termasuk jangkaan harga jualan, anggaran harga pembuatan, dan keuntungan bersih.
Bahagian ini harus mengandungi semua nota seperti yang ditulis dalam jurnal agar para hakim dapat mengikuti kemajuan projek.
Beri penghargaan kepada mereka yang memberi kerjasama kepada dan nyatakan bagaimana mereka membantu.
Nyatakan sumber yang digunakan dalam penyelidikan, jika ada.
RUJUK BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN DI BAWAH