https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfEPKg5YTCiynCTAA80-y__vF5XOhNd4nRxE1izaFEtTUGW-Q/viewform
Bridge Building Competition adalah pertandingan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform dalam mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
1. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
2. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021 dan peserta mestilah warganegara Malaysia.
3. Satu pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru mentor (pembimbing).
4. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
5. Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
6. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
7. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada (ditentukan oleh JPN).
1. Penilaian Pertandingan:
A) Rekabentuk Jambatan – 40%
B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60%
2. Peringkat Negeri Secara Dalam Talian
A) Penilaian Rekabentuk Jambatan
Video pembinaan jambatan bermula dengan paparan bahan dan peralatan yang digunakan, proses pembinaan sehingga siap dibina ditunjukkan dalam video time-lapse berdurasi 3-5 minit dan dihantar menggunakan pautan yang disediakan.
B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan
Menguji ketahanan jambatan menggunakan botol berisi air minuman (drinking water) 1.5 liter sebagai pemberat.
C) Pusingan Penentuan
5 pasukan terbaik akan dipilih (berdasarkan jumlah markah Rekabentuk Jambatan 40% dan Ujian Daya Ketahanan Jambatan 60%) bagi dinilai dan diuji semula secara bersemuka.
Ujian daya ketahanan jambatan akan dibuat dihadapan tiga (3) orang juri yang dilantik.
Kedudukan tempat akan diputuskan selepas semua 5 pasukan diuji.
3. Peringkat Negeri Secara Bersemuka
A) Penilaian Rekabentuk Jambatan.
Setiap pasukan akan ditempatkan dilokasi khas.
Tempoh masa 4 jam diberikan bagi pembinaan jambatan.
Sesi soal jawab secara bersemuka (5-10 minit).
B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan
Ujian daya ketahanan jambatan akan dibuat dihadapan juri yang dilantik.
Pemberat akan diletakkan ke atas jambatan sehingga jambatan rosak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
C) Pusingan Penentuan
Kedudukan tempat akan diputuskan selepas semua pasukan diuji dengan mengambil kira jumlah markah Penilaianan Rekabentuk Jambatan (40%) dan Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%).
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (fokus penilaian : rujuk rubrik yang disediakan).
A) Rekabentuk Jambatan – 40 markah
B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60 markah
C) Proses penjurian
D) Dua orang penjaga masa bagi pengujian daya ketahanan jambatan
A) Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
B) Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
C) Pautan projek (video) mesti hantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
D) Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe (kebangsaan sahaja) untuk mengakses borang dalam talian.
E) Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.