AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
Pertandingan Junior Physics Olympiad bertujuan untuk memupuk minat dan menguji pengetahuan peserta dalam bidang Fizik.
a. Terbuka kepada murid-murid tingkatan 4 dan 5 sahaja.
b. Peserta yang telah mendaftar perlu menjawab 50 soalan aneka pilihan dalam tempoh 1 jam.
c. Soalan-soalan dalam pertandingan ini adalah dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
d. Bagi tujuan menilai keupayaan kendiri, peserta diminta menjawab soalan tanpa bantuan pihak lain.
e. Fokus STEM: Sains
a. Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan mengikut tarikh
dan masa yang ditetapkan oleh setiap JabatanPendidikan
Negeri.
b. Peserta terbaik peringkat negeri (mengikut bilangan yang
ditetapkan oleh BSKK KPM) akan layak menyertai Junior
Physics Olympiad Peringkat Kebangsaan.
c. Pengurusan pelaksanaan Junior Physics Olympiad Peringkat
Kebangsaan adalah di bawah pengelola kebangsaan yang telah dilantik dengan kerjasama BSKK KPM.