GURU BERTUGAS HARIAN (PM02)
SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN (PM02)
Pada setiap minggu terdapat guru bertugas, guru penyayang dan guru disiplin.
Guru bertugas :
Nama teratas akan menjadi ketua guru bertugas.
Ketua guru bertugas hendaklah membahagikan tugas untuk minggu tersebut sebelum mula bertugas seperti membuat/menulis laporan perhimpunan rasmi / mengendalikan perhimpunan harian dan mencatat pengumuman yang dibuat oleh pentadbir dan guru-guru lain / memantau murid ketika di kantin dan solat (sesi petang)
Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghubungi ibu bapa murid dalam kes kecemasan. Perkara ini mesti dimaklumkan kepada pentadbir.
Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah telah dibuang serta lampu dan kipas telah ditutup setelah tamat persekolahan.
Melaporkan perkara penting yang berlaku sepanjang hari @ minggu bertugas pada perhimpunan mingguan berikutnya.
Guru Penyayang
Memantau murid datang dan balik untuk ‘Program guru penyayang’.
Mengawasi murid waktu datang dan pulang ke sekolah serta waktu rehat.
Guru Disiplin
Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat, waktu solat, dalam perhimpunan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
Menguruskan hal-hal bersabit kehilangan barang.
Semua guru bertugas, guru penyayang dan guru disiplin sesi pagi hendaklah mula bertugas pada jam 6.50 pagi hingga 2.20 petang manakala guru petang mula bertugas pada jam 12.30 tengah hari hingga 6.40 petang.
Menguruskan perhimpunan rasmi.
Perhimpunan bermula tepat pada jam 7.20 pagi dan 12.20 tengah hari (sesi petang).
Memastikan MPM, bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.
Memastikan kehadiran semua guru dalam perhimpunan wajib diambil.
Mengawasi disiplin murid sepanjang perhimpunan.
Memastikan murid telah beratur dengan kemas sebelum perhimpunan bermula.
Murid yang lewat diletakkan dalam barisan lain.
Mengarahkan murid masuk ke kelas dengan teratur.
Semua program yang diadakan dalam perhimpunan hendaklah dimaklumkan satu minggu lebih awal kepada ketua MPM dan dalam pengetahuan pentadbir.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.
PM02 : GURU BERTUGAS HARIAN
(My SG - KPM)
(My SG - KPM)
Guru bertugas harian disarankan hadir awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu persekolahan bermula mengikut keperluan dan ketetapan pihak pentadbir sekolah.
Mengingatkan warga sekolah bagi memastikan semua lampu, kipas, pili air dan suis eletrik ditutup sebelum meninggalkan kelas.
Mengingatkan guru dan murid supaya menjaga kebersihan, memastikan bilik-bilik darjah disapu, sampah – sarap dibuang serta lampu dan kipas/tingkap ditutup sebelum tamat sesi persekolahan.
Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah (jika perlu).
Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
Memastikan murid mengikut peraturan semasa membeli makanan di kantin.
Mengurus murid yang sakit dengan memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan rawatan bagi murid tersebut.
Memastikan surat pengesahan murid dan nama murid direkodkan sebelum ke hospital.
Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang dari sekolah serta waktu rehat.
Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah.
Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
a. Rumusan guru tidak hadir
b. Rumusan murid sakit dan murid pulang awal
c. Laporan perhimpunan rasmi dan pengumuman dalam perhimpunan harian
d. Laporan pemerhatian guru bertugas
e. Hal-hal lain
Memastikan perhimpunan rasmi berjalan lancar mengikut tatacara perhimpunan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.