GURU KELAS (PM01)
(My SG - KPM)

GURU  KELAS (PM01)

RUJUKAN

i.     Buku Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah - Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sekolah. Unit Disiplin
  1994

ii. Surat Pekeliling Bilangan 6 Tahun 1995 : Menangani Masalah Ponteng di Sekolah

iii. Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2019 : Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 4 Tahun 2018 : Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah

SENARAI TUGAS GURU KELAS (PM01)

1. Merekod dan mengemaskinikan kehadiran serta butiran peribadi murid.

2. Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.

3. Melaksanakan tindakan berikut bagi kes-kes ponteng sekolah seperti :

a. kesepuluh tidak hadir bukan berturut-turut.

b. Surat Amaran Kedua pada tujuh (7) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir berturut-turut atau sepuluh (10) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir bukan berturut-turut.

c. Surat Amaran Terakhir pada tujuh (7) hari selepas Amaran Kedua tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Kedua tidak hadir bukan berturut-turut.

d. Surat Buang Sekolah (bertandatangan PGB) secara berdaftar pada 14 hari selepas Amaran Terakhir (31 hari) tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Terakhir (60 hari) tidak hadir bukan berturut-turut.

4. Memaklumkan kepada guru admin APDM untuk mengeluarkan nama murid dari sistem selepas Surat Buang Sekolah dikeluarkan.

5.   Sekiranya murid tidak hadir selama 60 hari persekolahan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujuk kepada PGB terlebih dahulu.

6.  Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan mengurus pertukaran murid.

7.  Mengurus pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid.

8. Membantu PGB dalam pengurusan pendidikan dan kebajikan, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa/penjaga, sijil-sijil dan surat akuan.

9. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu murid.

10. Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.

11. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada GPKHEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain.

12. Merekod dan mengemaskinikan butiran maklumat murid pindah masuk dan pindah keluar di dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan Buku Daftar Kemasukan Murid/sistem yang berkuat kuasa sekarang.

13. Mengurus fail peribadi murid yang mengandungi dokumen berikut baharu jika ada pertukaran:

a. Rekod Prestasi Murid

b. Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian dan Buku Rekod Kesihatan Murid

c. Buku Maklumat Kokurikulum dan PAJSK

d. Laporan SSDM dan Borang Laporan Psikometrik

14. Mengisi borang pengesahan calon bagi kelas-kelas peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.

15. Mengisi butiran semua ujian dan pentaksiran dengan lengkapnya dan dianalisis dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) melalui guru mata pelajaran.

16. Memastikan keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.

17. Menyediakan senarai tugas bagi murid dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.

18. Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini.

19. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.