KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH
I. PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAH CARA
Pernyataan Ketetapan
Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu menjelang Tahun 2022 (Dasar MBMMBI bagi menggantikan Dasar PPSMI). Oleh itu dalam tempoh sepuluh tahun pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu akan menjadi mantap semula. Walau bagaimanapun guru dibenarkan mengajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, dwibahasa atau Bahasa Melayu sepenuhnya semasa di dalam tempoh peralihan ini .
Menyediakan kemudahan Pembelajaran dan pengajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT).
Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong Pembelajaran dan pemudahcara di dalam bilik darjah .
Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman sesawang (MOODLE - modular object–oriented dynamic learning environment) digalakkan dan akan diperluaskan
Pelbagai kaedah Pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan untuk menarik minat dan seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran.
Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif (i-Think) supaya tidak membebankan dan membosankan murid untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya .
Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta KBAT semasa proses Pembelajaran dan pemudahcara ( Amalan kepada Slogan Q - Quality Teaching Quality Learning )
Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik (spt pendekatan masteri, pendekatan penilaian kendiri menggunakan graf prestasi dan pembelajaran contextual) di dalam proses pdpc bagi meningkatkan keterampilan guru dan seterusnya keterampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
Penggunaan kumpulan pembelajaran kooperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada murid.
Guru mata pelajaran dan pentadbir perlu membuat penilaian impak bagi mengenal pasti proses keberkesanannya berdasarkan Standard 4 SKPMg2.
Proses PdPc yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill, language skill, ICT skill & pedagogy skill’. Oleh itu, setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran tersebut secara berterusan.
Guru mata pelajaran, ketua panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’, GROW dan Graf Prestasi mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru.
PdPc di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian.
Proses PdPc di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.
Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan KBAT.
Ketua Panitia mestilah menetapkan Peraturan Penggunaan Bilik Khas selaras dengan program 3K supaya dapat digunakan secara optimum.