KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH
E. PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
Pernyataan Ketetapan
Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986.
Pengurusan panitia mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2008.
Kejayaan murid dalam mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.
Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran dalam panitia
Semua Panitia mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para murid terhadap pembelajaran.
Pengurusan panitia secara online atau web based/google class room mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah dibangunkan dan sentiasa dikemas kini supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk .
Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah diserahkan kepada SU Kurikulum.
Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail tegak (folder) panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua panitia.
Ketua Panitia bertanggungjawab memantau Fail Induk di pejabat sekolah.
Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran murid supaya tidak berlaku audit berteguran.
Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat panitia mengikut bidang masing-masing seperti yang ditetapkan oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara yang dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya.
F. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN, RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN, PPPM (PBS) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(I) Pernyataan Ketetapan
DSKP, RPT, PPPM (untuk PBS) dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan pengajaran.
Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
Salinan keempat-empat dokumen akan disemak oleh pengetua.
Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBS hendaklah direkodkan di dalam RPH.
Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran sebelum masuk ke kelas . Oleh itu Rekod Rancangan Mengajar mestilah lengkap dan kemas kini sebelum PdPc mengikut SPK MS ISO 9001:2008 PK06.
Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tarikh yang berikut:
Tingkatan 1, 2 dan 3 - 30 November
Tingkatan 4 - 30 November
Tingkatan 5 - 30 September
(II) Penyelarasan Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian
Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah selaras bagi semua warga sekolah dan disesuaikan mengikut mata pelajaran masing-masing. Rujuk Lampiran 1.
Penulisan RPH menggunakan templat e-Didik (Lampiran 1b) yang mana elemen-elemen pengisiannya tertakluk kepada ketetapan Panitia masing-masing.
G. SISTEM FAIL
(I) Pernyataan Ketetapan
Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum.
Semua fail panitia diletakkan di bilik yang sesuai dan mudah diakses di bawah seliaan Guru Kanan Mata Pelajaran dan Setiausaha Kurikulum.
Rujuk Lampiran 2 untuk senarai fail panitia.
H. PAKEJ MATA PELAJARAN
(I) Pernyataan Ketetapan
a) Menengah Rendah:
Tambahan: Bahasa Arab dan Kemahiran al-Quran untuk Kelas Aliran Agama
a) Menengah Atas: