GARIS PANDUAN
BIDANG TUGAS UNIT HEM

GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS UNIT HEM

(Berpandukan MySG Sekolah Menengah)

1. BIDANG TUGAS SETIAUSAHA HEM DAN PENOLONG SETIAUSAHA HEM (PM06)


1. Merancang agenda mesyuarat dan menyediakan surat panggilan mesyuarat.


2. Menguruskan guru untuk mencatat minit mesyuarat HEM dan memantau laporan/ dokumentasi program yang berkaitan dengan unit HEM.


3. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa induk dan sub unit HEM.


4. Merancang bersama AJK HEM segala aktiviti HEM untuk sepanjang tahun.


5. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan HEM.


6. Menyediakan laporan ,taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai

pengurusan HEM.


7. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan.


8. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan HEM dan mengemukakannya kepada

jawatankuasa induk pentadbiran HEM.


9. Merangka dan menghasilkan program lima tahun HEM (Pelan Strategik Oraganisasi 2021-2025)

bersama AJK unit HEM yang lain.

10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh semua Pentadbir / PK Hem dari masa ke semasa.

2. BIDANG TUGAS GURU DATA APDM


1. Menguruskan, merekod dan mengemaskini rekod pendaftaran murid baru.


2. Menyedikan data enrolmen murid mengikut tingkatan, kelas, kaum, jantina dan kewarganegaraan.


3. Menyediakan penyata bulanan murid dan penyata bulanan butiran guru


4. Menyediakan data tentang latar belakang murid mengenai ekonomi, pekerjaan penjaga, cara

pengangkutan kesekolah, agama dan lain-lain


5. Menyediakan data murid yang menerima bantuan biasiswa.


6. Memasukkan data APDM mengikut kelas dengan bantuan guru kelas dan memadamkan data murid yang

bertukar.


7. Berkerjasama dengan guru tingkatan mengemaskini e- kehadiran untuk memastikan maklumat di

e-kehadiran sentiasa lengkap dan tepat.

8. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan semua PK dari semasa ke semasa

3. BIDANG TUGAS UNIT DISIPLIN


A. KETUA GURU DISIPLIN/ PENOLONG KETUA GURU DISIPLIN (PM13)


1. Membantu Pengetua dan PK HEM merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan aktiviti dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.


2. Menjadi penyelaras di antara guru dan Pengetua dalam hal disiplin murid-murid.


3. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakili Pengetua.


4. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam masalah disiplin.


5. Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengambil tindakan.


6. Bertanggungjawab atas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan perlakuan murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling.


7. Berusaha menanam semangat patuh dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan

prinsip-prinsip Rukun Negara.


8. Menjalankan tugas berkaitan disiplin yang diarahkan oleh Pengetua/PK HEM.


9. Menyediakan laporan disiplin secara keseluruhan pada setiap bulan dan pada hujung tahun.

10. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di kalangan murid dan guru.

B. SETIAUSAHA DISIPLIN


1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat disiplin.

2. Mengemaskini papan kenyataan disiplin.

3. Mengemaskini fail-fail disiplin.

4. Menyediakan carta organisasi.

5. Menyediakan surat rasmi penurunan kuasa merotan.

6. Menyediakan takwim disiplin.

C. JAWATANKUASA LEWAT/ PONTENG KELAS


1. Guru yang bertugas menjaga pagar hendaklah memastikan pengawas mengambil nama murid yang

lewat selepas pagar ditutup iaitu 7.30 a.m.


2. Pengawas bertugas sehingga jam 7.40 a.m. Guru perlu meneruskan tugas pengawas dengan mengambil

nama yang lewat sehingga jam 8.05 a.m.


3. Nasihatkan murid agar lebih awal ke sekolah.


4. Dendaan demerit dikenakan kepada murid yang telah lewat sebanyak 3 kali dan guru-guru diminta merekodkan dendaan tersebut dalam fail demerit.


5. Membuat analisis kehadiran lewat pada setiap bulan dan diserahkan kepada PK HEM dan Ketua Guru

Disiplin.


6. Merancang, melaksanakan dan menilai program intervensi untuk mengurangkan isu disiplin yang berkaitan.

D. GURU PENGAWAS


1. Pilih pengawas / AJK Tertinggi Pengawas untuk bertugas pada tahun berikutnya.


2. Menentukan pemilihan pengawas/ AJK Tertinggi Pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan serta ketokohannya.


3. Memastikan pelantikan para pengawas/ AJK Tertinggi Pengawas adalah berdasarkan pengalaman,

sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru.


4. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh

dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan

tidak dicalonkan oleh pelajar.


5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas

dengan nasihat guru-guru lain.


6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.


7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pengawas di sekolah sepanjang hari persekolahan.


8. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik

darjah.


9. Mengadakan majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah pada minggu kedua persekolahan


10. Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan berpakaian kemas dan bersih.


11. Menyedia, mengatur dan menerangkan bidang tugas serta jadual tugas harian pengawas termasuk

semasa guru-guru bermesyuarat/urusan-urusan lain.


12. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasa peraturan sekolah.


13. Mengadakan kursus kepemimpinan dan kesedaran untuk pengawas dua kali setahun.


14. Menyediakan Sijil Penghargaan/ Anugerah kepada pengawas yang berkenaan.


15. Menyelia jamuan akhir tahun pengawas.

16. Merancang, melaksanakan dan menilai program intervensi untuk mengurangkan isu disiplin.

E. PENYELARAS BUKU KAWALAN KELAS (BKK)


1. Menyediakan borang BKK untuk setiap kelas.


2. Menyediakan fail rekod analisis BKK


3. Memastikan BKK diambil dan dipulangkan ke rak yang disediakan


4. Melantik pengawas untuk menguruskan BKK.


5. Memastikan pengawas menjalankan pemindahan maklumat dari buku BKK pada setiap hari.


6. Membuat analisis kesalahan pada setiap bulan dan disimpan dalam fail analisis.


7. Memaklumkan kepada Ketua Guru Disiplin, murid yang bermasalah untuk dikunci masuk dalam SSDM.


F. GURU PENYELARAS SSDM


1. Menerima dan mengunci masuk maklumat/ data murid daripada unit-unit lain yang berkaitan iaitu Surat

Amaran dan Surat Buang sekolah ketidakhadiran, Surat Buang Sekolah Disiplin, ponteng kelas, kerja

amal, demerit dan lain-lain dari semasa ke semasa.


2. Mengeluarkan laporan maklumat SSDM untuk Penggal Pertama : Januari –Jun sebelum 30 Jun dan

Penggal Kedua: Julai-November sebelum 26 November dan menyerahkannya kepada PK HEM dan

Ketua Guru Disiplin untuk tindakan.


G. GURU SPORT CHECK
(Semua guru unit disiplin dan Penyelaras Tingkatan)


1. Memeriksa kekemasan diri murid dari masa ke semasa agar berada pada tahap yang paling baik.

2. Mengambil tindakan segera terhadap murid yang melanggar peraturan kekemasan diri

3. Membuat analisis kesalahan pada setiap bulan dan disimpan dalam fail analisis.

4. Membantu guru mata pelajaran menjalankan spot check di dalam kelas sekurang-kurangnya 2 kali   
    sebulan.

H. GURU PERHIMPUNAN RASMI


1. Mengawal disiplin murid sepanjang perhimpunan /majlis

2. Menahan dan mengambil tindakan disiplin terhadap murid yang melakukan salah laku disiplin.

3. Mengadakan dan membantu ‘spot check ’berfokus.

BIDANG TUGAS PENYELARAS TINGKATAN (PM05)


1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya untuk pengaliran. Persetujuan Pengetua/Penolong Kanan perlu diminta terlebih dahulu.


2. Kuota murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi. Pengetua / Penolong Kanan mesti dimaklumkan.


3. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).


4. Membantu Penolong Kanan (HEM) dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi bantuan /biasiswa.


5. Memaklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan tentang jumlah murid dalam setiap kelas dari semasa ke semasa.


6. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam fail daftar masuk (ikut Tingkatan) dengan kemas dan teratur.


7. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar

ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid :

       7.1 Kad Kemajuan Pelajar

       7.2 Buku Kokurikulum

       7.3 Buku Dokumen Maklumat Murid dan buku SEGAK

       7.4 Borang Kelulusan Pinjaman SPBT

       7.5 Keterangan –keterangan kerja kursus Pendidikan Islam, RBT, Sejarah dan Geografi bagi murid  
            Tingkatan 3.


8. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat. Kerjasama

Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu diminta.


9. Bekerjasama dengan guru tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di peringkat sekolah, contohnya Sijil

Berhenti Sekolah.


10. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan dalaman dan awam (SPM)


11. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.


12. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baru dan membantu guru tingkatan untuk mengagihkan kemasukan murid.


13. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir murid dalam Buku Pendaftaran.


14. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan dikemaskini.


15. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini mesti disimpan di pejabat.


16. Menyimpan borang-borang kemasukan murid baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas.


17. Memastikan murid baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih.


18. Menyampaikan laporan tentang murid baharu kepada Pengetua/Penolong Kanan.


19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / semua PK dari semasa ke semasa.


20. Memastikan kedatangan murid diambil setiap hari sebelum 8.30 pagi/2.30 ptg.


21. Menguruskan fail Pengurusan Rekod Kehadiran Murid ( di bilik PK HEM) murid pada setiap hujung

bulan.


22. Memastikan kehadiran murid diisi sekiranya Guru Tingkatan bercuti/ berkursus.


BIDANG TUGAS GURU TINGKATAN (PM01)


1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan,

Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid

untuk membersihkan papan hitam,menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan

membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan

papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.


1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :

(a) Jadual waktu

(b) Jadual tugas

(c) Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru dan papan hitam diinventorikan

(d) Moto kelas

(e) Alatan Kebersihan seperti penyapu, bakul sampah dan penyodok sampah


1.3 Menentukan kabel elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat.

1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.

1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Matlamat tabung

ini adalah untuk:

(a) Keceriaan kelas

(b) Kebajikan pelajar


2. Rekod kehadiran murid dan maklumat murid dalam system APDM

2.1 Menandakan jadual kedatangan harian atau Key in e-kehadiran murid secara online dalam sistem

e-kehadiran sebelum jam 8.30 pagi untuk sesi pagi dan sebelum jam 2.30 petang untuk sesi petang.

2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada ditulis dalam buku Jadual kedatangan murid dan

dikunci masuk dalam APDM.

2.3 Memastikan data murid sentiasa terkini dan dikemaskini dalam APDM .

2.4 Memastikan kelas mempunyai Buku kawalan kelas dan disenggara seperti yang diarahkan:

       (a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.

       (b) Menjamin keselamatan buku tersebut


3. Masalah pembelajaran, Kesihatan diri dan disiplin

3.1 Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.

3.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu).

3.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.

3.4 Melaporkan masalah kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid kepada Guru Bimbingan dan

Guru Kaunseling.

3.5 Melaporkan masalah kesihatan murid jika ada kepada Guru Kesihatan.

3.6 Melaporkan kes murid yang melanggar disiplin sekolah kepada guru disiplin.

3.7 Melaporkan kes ponteng /ketidakhadiran mengikut prosedur yang berikut:

       (a) Mendapatkan dan mengisi dalam 3 salinan Surat Amaran (AP,AK,AT,BS) yang dapat diperoleh

            di pejabat

       (b) Menghantar satu salinan surat tersebut kepada ibu bapa.

       (c) Salinan surat Buang Sekolah (BS) yang dihantar ke PPD mesti dilampirkan surat AP, AK dan

             AT. Tarikh penghantaran ke PPD sama dengan tarikh murid dibuang.


4. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan

4.1 Memastikan buku teks SPBT diagih kepada semua murid dan memastikan buku-buku tersebut

dibalut dan ditulis nama pelajar.

4.2 Mengemaskinikan fail SPBT dari masa ke semasa.

4.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak

memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT.

4.4 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan

kepada Guru Kebajikan.

4.5 Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid

yang mendapat biasiswa.


5. Kutipan Wang

5.1 Mengutip sumbangan PIBG pada awal tahun dan menggalakkan murid membayar kesemuanya

sekali gus.

5.2 Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.

5.3 Menyerahkan wang kutipan PIBG kepada bendahari PIBG.

5.4 Mengutip bayaran tambahan persekolahan dan sumbangan PIBG daripada murid bukan

warganegara (BWN) jika berkenaan.


6. Pendaftaran Murid Baharu

6.1 Menerima kemasukan murid baru daripada Penyelaras Tingkatan.

6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam buku pendaftaran dan mendapatkan nombor pendaftaran murid

baru dari Buku Pendaftaran Pelajar (Buku Besar) dan APDM.

6.3 Menentukan penerimaan borang SPBT dari sekolah terdahulu dan memastikan murid ini mendapat buku teks.

6.4 Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada GuruBiasiswa.

6.5 Menentukan rumah sukan.

6.6 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan dengan mengisi Buku Profil Murid dan Dokumen Peribadi

Murid.


7. Murid Keluar

7.1 Menentukan borang SPBT,laporan disiplin dan Buku Profil Murid dan Dokumen Peribadi Murid

dihantar ke pejabat.

7.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5.

7.3 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.

7.4 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat sekiranya berkenaan.

7.5 Mengeluarkan nama murid darpada APDM setelah salinan surat pertukaran diterima di sekolah baharu.


8. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain

8.1 Menentukan setiap murid mempunyai rumah sukan.

8.2 Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka

mengikut persatuan,kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.

8.3 Menggalakkan murid bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.


9. Sebagai Guru Kaunselor dan Guru Disiplin

9.1 Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor (Mentor dan motivator)

9.2 Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin (Melaporkan kesalahan disiplin kepada guru disiplin dan memaklumkan kesalahan disiplin kepada ibu bapa.

BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN DAN MINGGUAN (PM02)


1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum persekolahan bermula

dan pulang sekurang-kurangnya 30 minit setelah sekolah berakhir.


2. Menyambut murid hadir ke sekolah dengan semangat dan kasih sayang.


3. Membuat pemantauan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas

/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.


4. Mengurus dan mengawasi murid sewaktu perhimpunan harian dijalankan.


5. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama

dibunyikan, di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.


6. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.


7. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.


8. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghubungi ibubapa murid untuk membawa mereka balik

ke rumah atau hospital.


9. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekod nama murid yang memohon.


10. Mengawasi murid menepati waktu datang ke sekolah dan pulang ke rumah, masa rehat dan masa

pertukaran guru.


11. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.


12. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.


13. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, aktiviti persatuan, unit beruniform dan aktiviti-

aktiviti lain yang dijalankan.


14. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas. Antara perkara yang dicatat ialah:

       14.1 kedatangan murid,guru dan staf sokongan

       14.2 murid ponteng,tidak hadir atau sakit

       14.3 lawatan-lawatan pelawat

       14.4 ucapan/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan

       14.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan


15. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus

kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.


16. Menjadi pencatat Diskusi Pengurusan dari semasa ke semasa.


17. Waktu perhimpunan.

       17.1 Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.

       17.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.

       17.3 Memastikan murid telah beratur dengan teratur.


18. Tugasan guru bertugas mingguan akan diubah mengikut kesesuaian masa terutamanya semasa

PKP dan kes-kes khas. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa

BIDANG TUGAS GURU SIARAYA (PA SISTEM)


1. Bertanggungjawab memastikan bahawa sistem PA sekolah berfungsi dengan sempurna dan disimpan di

tempat yang selamat.


2. Memastikan bahawa murid dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman dan siaran lain yang

dibuat melalui sistem PA sekolah.


3. Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara.


4. Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat PA oleh unit-unit tertentu dan pertubuhan-

pertubuhan kokurikulum sekolah serta memastikan pemulangannya dibuat mengikut tarikh dan dalam

keadaan baik.


5. Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem PA berfungsi dengan baik

dan berkesan.


6. Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika terdapat kerosakan.


7. Menyemak stok pada akhir setiap penggal.


8. Memastikan alat-alat PA selamat digunakan, termasuklah keselamatan pemasangannya sekiranya melibatkan murid.

BIDANG TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (HM52)


1. Menyediakan perancangan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.


2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan

bekas murid.


3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.


4. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui

sebarang media yang sesuai.


5. Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling sekolah.


6. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


7. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.


8. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan PIBG.


9. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa

Lembaga/Badan Pengawas.


10. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.


11. Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.


12. Menjadi urusetia kepada program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib dan Jawatankuasa

penempatan dan kemasukan murid di sekolah.


13. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan

Pendidikan Negeri.


14. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.


15. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar yang

meransang perkembangan murid secara optimum.


16. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara

profesional dan beretika.


17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.


18. Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.


19. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai

dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.


20. Menjadi ahli jawatankuasa program pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol dan HIV/AIDS.


21. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan

mendedahkan murid kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar

negara.


22. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan

rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.


23. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,

guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan

dan perkembangan murid.


24. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.


25. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

BIDANG TUGAS GURU KEBAJIKAN / BIASISWA / BANTUAN KHAS / INSURAN MURID


KWAPM / BKP / BAP / EMK

1. Menyediakan senarai murid yang patut dicadangkan untuk mendapatkan bantuan KWAPM/ BKP/ BAP/

EMK.


2. Mengedarkan borang bantuan kepada murid yang dicadangkan dan memungut kembali borang untuk

diproses.


3. Mengambil tahu semua peraturan mengenai pengisian dan prosedur bantuan KWAPM/ BKP/ BAP/ EMK

dan memastikan semua urusan dibuat menurut peraturan.


4. Menyimpan rekod yang betul, sempurna dan mengemaskini tentang murid-murid yang mendapat

bantuan KWAPM/ BKP /BAP /EMK.


5. Memastikan supaya permohonan bantuan KWAPM/ BKP/ BAP/ EMK dihantar kepada pihak yang

berkenaan sebelum atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup yang tetapkan.


6. Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang diberikan.


7. Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa dari Jabatan

Pelajaran


8. Menyelaras akaun pemegang biasiswa murid.


9. Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan keluar

sekolah


10. Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian


INSURANS (TPSM, SPMBS, SPAD)

1. Guru Tingkatan perlu melaporkan dengan segera jika ada murid yang terlibat dengan sebarang

kemalangan yang mengakibatkan kecederaan/ kematian atau kemalangan biasa kepada guru TPSM/ PK

HEM.


2. Aduan/ laporan secara lisan hendaklah dibuat dengan segera dan laporan bertulis hendaklah dihantar

dalam tempoh 30 hari oleh PT kepada pihak Takaful.


3. Pengesahan /Laporan bertulis daripada pihak hospital perlu disertakan semasa permohonan tuntutan dibuat.

BIDANG TUGAS GURU KANTIN


1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pelajaran / Kesihatan


2. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.


3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai

harga hendaklah dipamerkan.


4. Memastikanan makanan halal.


5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit

untuk mengambil makanan


6. Memastikan keadaan luar dan dalam kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria .


7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan

yang sah.


8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di permis supaya mudah dihubungi.


9. Memastikan semua penjual dan kakitangan kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala dan kemas

mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.


10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin / dsimpan dalam bekas yang

tertutup


11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.


12. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai .


13. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.


14. Membuat laporan bulanan kepada Pengetua/ PK HEM tentang prestasi kantin.


15. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke semasa


16. Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.


17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.


18. Memastikan murid - murid beratur semasa membeli


19. Mengadakan program keceriaan di persekitaran kantin.


20. Memastikan setiap bahagian di kantin diselenggarakan dengan baik untuk menghasilkan kawasan kantin yang bersih, cantik dan menarik.


21. Membantu dalam merancang dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan kantin.


22. Penasihat kepada pekerja - pekerja kantin dan Pengusaha Kantin.


23. Menjaga kebersihan keseluruhan bangunan dan kawasan kantin.


24. Mendapatkan kerjasama pekerja kantin bagi menangkap kucing liar/ anjing liar.


25. Merancang dan melaksanakan pelbagai projek kebersihan dan keceriaan kantin

       25.1 . Lawatan ke sekolah lain

       25.2 . Kempen gotong royong

       25.3 . Ceramah kebersihan kantin

       25.4 . Pertandingan mengarang esei kebersihan kantin

       25.5 . Menanam bunga / pokok di kawasan kantin

BIDANG TUGAS GURU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) (PM14)


2. PESANAN BUKU TEKS
1. Mengumpul dan merumuskan data enrolmen murid.

2. Menyediakan data pesanan buku teks SPBT sebelum pesanan dibuat.


3. Merujuk PGB dalam menentukan pembukaan/penutupan kelas dan penawaran mata pelajaran baharu sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.


4. Menghadiri taklimat pesanan buku teks.


5. Mengisi pesanan buku teks di dalam Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT) dengan tepat.


6. Menyimpan semua doI‹umen yang berkaitan pesanan buku teks.

3. PENERIMAAN BUKU TEKS

1. Mencetak Penyata Bekalan Buku Teks (BTBTR460 dan BTBTB460) dan Laporan Buku Teks Lebih Kurang (BTLK) selepas menerima arahan daripada BSTP/JPN/PPD.

2. Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dengan merujuk Penyata Bekalan Buku Teks.

3. Menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan (SAP)/Invois.

4. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh BSTP.

5. Memastikan buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit atau pengedar dicap nama sekolah, dicatat tarikh penerimaan dan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan.

4. PENGAGIHAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU TEKS

1. Menyelaraskan pengagihan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT untuk murid melalui Penyelaras Tingkatan/Tahun atau Guru Kelas.


2. Menyelaraskan pengagihan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT untuk guru kepada ketua panitia.


3. Menyelaraskan dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks.


4. Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk/bertukar sekolah.


5. Mengedarkan buku kepada murid yang baharu berpindah masuk (jika perlu).


6. Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang bertukar berpindah keluar.


7. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang rosak/hilang.



5. PENGURUSAN REKOD DAN DOKUMEN

1. Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.


2. Rekod buku stok yang kemaskini (Mengikut Kelas).


3. Senarai tugas guru – pengedaran/pengumpulan



6. PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS)

1. Mengurus bilik SPBT .


2. Memastikan maklumat berkaitan SPBT tahun semasa dipamerkan iaitu:

       a. Enrolmen murid

       b. Carta organisasi SPBT sekolah

       c. Carta organisasi Kelab SPBT

       d. Takwim SPBT

       e. Peraturan penjagaan buku teks SPBT

       f. Label pada rak — mengikut tahun/tingkatan dan judul

       g. Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.


3. Mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan

kerjasama Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas.


4. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di bilik BOSS secara berkala.


5. Mengurus pelupusan buku teks SPBT.


6. Merancang dan melaksanakan akti\/İti baik pulih buku teks SPBT.


7. Memastikan buku teks di bilik BOSS tidak melebihi tiga (3) naskhah bagi setiap judul.


7. PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI

1. Mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas.


2. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di bilik BOSS secara berkala.


3. Mengurus pelupusan buku teks SPBT.


4. Menyimpan invois dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP)


5. Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD.


8. LAIN-LAIN TUGAS

1. Mencadangkan Buku Bacaan Tambahan

       a. Mendapatkan maklumat daripada Guru Kanan Mata Pelajaran.

       b. Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.

       c. Memaklumkan kepada PGB/GPK HEM.

2. Menyediakan senarai buku teks kepada Murid Bukan Warganegara (MBWN)

3. Kelab SPBT

       a. Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah.

       b. Melaksanakan aktiviti kelab SPBT sekolah.

4. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke

semasa.

BIDANG TUGAS GURU 3K
(KESELAMATAN - KEBERSIHAN DAN KECERIAAN - KESIHATAN)


1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa 3K tiga kali setahun dan perbincangan dari masa ke semasa.

2. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke masa dan membuat laporan

    kemajuan kerja.



       a) Kempen Kebersihan dan keceriaan

       b) Pertandingan Kebersihan Kelas

       c) Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan

       d) Ceramah-ceramah kebersihan

       e) Pertandingan poster Kebersihan

       f) Menanam bunga / pokok di kawasan sekolah

       g) Lawatan ke sekolah-sekolah lain

       h) Gotong-royong


dan sebagainya).




KESELAMATAN


1. Bertanggungjawab keatas keselamatan murid.

2. Menentukan alat pemadam api berfungsi dan boleh digunakan jenis selinder atau tradisional (baldi dan pasir)

3. Mengadakan latihan kecemasan kebakaran sekali sepenggal

4. Mengadakan kempen keselamatan jalan raya

5. Menyediakan ubat untuk pertolongan cemas

6. Mengadakan ceramah untuk kebakaran keselamatan jalan raya dan pertolongan cemas


KESIHATAN


1. Menguruskan kemudahan rawatan murid dan memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti rekod kesihatan murid


2. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi


3. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. Mengumpulkan dan

menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas / penyelaras kelas.


4. Menentukan semua murid sihat daripada penyakit-penyakit yang berjangkit semasa berada di sekolah.


5. Jika terdapat laporan atau diketahui murid-murid sakit berjangkit berada di sekolah, hendaklah berikhtiar menghubungi ibu bapa/penjaga untuk menghantarnya balik ke rumah atau ke hospital dan mengambil langkah-langkah keselamatan seterusnya.


6. Menyelaras dan menyelesaikan urusan-urusan pergigian dengan klinik gigi.


7. Menjaga keselesaan dan kekemasan Bilik Sakit dan Bilik Rawatan Pergigian.


8. Merancang dan mengadakan program kesihatan seperti lawatan, tayangan, ceramah-ceramah dan

pameran kesihatan tentang penyalahgunaan dadah. Urusan ini boleh juga digabungkan dengan

bahagian-bahagian yang lain seperti bimbingan dan kaunseling.


9. Memastikan tiap-tiap bilik praktikal dan bilik sakit mempunyai kotak pertolongan cemas yang sentiasa

lengkap pada setiap masa.


10. Bertangungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan. Menyelaras

semua aktiviti kesihatan murid.


11. Menyediakan jadual tugas bilik rawatan / rawatan murid yang memerlukan rawatan.


12. Menyediakan daya usaha yang lain untuk kesihatan murid dan kesihatan umum misalnya mencegah

pembiakan nyamuk.


13. Menguruskan murid-murid yang memerlukan rawatan. Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk mendapatkan rawatan doktor bagi murid sakit, demam atau kecederaan ringan dengan menghubungi ibu bapa /penjaga, ke hospital atau klinik. Ibu bapa / penjaga murid mestilah diberitahu serta merta.

14. Menyelaras program dan aktiviti kesihatan, kebersihan murid dan sekolah seperti :-

       14.1 Kebersihan diri murid-murid

       14.2 Kebersihan pakaian murid

       14.3 Bilik-bilik darjah

       14.4 Bangunan dan kawasan sekolah

       14.5 Lain-lain bangunan seperti tandas, kantin dan sebagainya

       14.6 Aktiviti kesihatan yang ditaja atau dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan, Jabatan Kesihatan. Agensi   
                swasta dan NGO.


15. Buku Kesihatan

       15.1 Setiap murid wajib mempunyai bukun rekod kesihatan.

       15.2 Berkerjasama dengan guru-guru kelas untuk menguruskan dan menyelaraskan kad kesihatan  
                murid dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya

       15.3 Buku rekod kesihatanyang berkaitan dengannya

       15.4 Ukuran tinggi dan berat serta pemeriksaan mata hendaklah dibuat oleh guru kelas

       15.5 Buku yang hilang mestilah diganti (laporan kepada PK HEM)

        15.6 Menyimpan rekod dan menyediakan laporan berkala dan tahunan


KAMAR SEGAR (TANDAS)


1. Sistem Tandas

       a) Pastikan sistem tandas berfungsi, selamat dan baik.

       b) Laporkan jika ada kerosakan (flushing system)


2. Singki

      a) Singki hendaklah berada dalam keaadaan bersih dan tidak tersumbat


3. Bakul Sampah

       a) Berkarung plastik

       b) Bekas sampah tertutup disediakan


4. Lantai

       a) Lantai hendaklah dibersihkan 2 kali sehari

       b) Dinding tidak diconteng


5. Cermin

       a) Dilap dan dibersihkan sekli sehari


6. Mangkuk Tandas

       a) Hendaklah sentiasa bersih


7. Paip air berfungsi dengan baik

8. Pintu dalam keadaan baik

9. Cecair pencuci tangan disediakan

10. Tandas tidak berbau busuk


DENGGI


1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk aedes menjadikan

kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi.


2. Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti pendidikan denggi dan peranan murid

sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat.


3. Menyebar maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalam pelbagai kaedah dan

media.


4. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan

program pencegahan denggi.


5. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah kepada Pejabat

Pelajaran Gabunga / Daerah


6. Memantau, melapor dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berkenaan.

7. Membuat laporan bulanan kepada PPD / PK HEM.