DASAR DAN KETETAPAN
UNIT HEM

DASAR DAN KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. AKTA PENDIDIKAN 1996 ( AKTA 550 ) MENYATAKAN BAHAWA:

❖ Ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa


❖ Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan   
    nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada

    perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat


❖ Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf

    negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan  
    etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik


❖ Menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi

    memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia


❖ Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan

    seperti yang berikut: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah   
    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang  
    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan  
    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang 
    berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan  
    mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
    keluarga, masyarakat dan negara”


❖ Dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang

    memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan

    peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang

    akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,   
    sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara


❖ DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan

     menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak

    munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu  
    bapa masing-masing.

2. PENGENALAN

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini

bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.

3. OBJEKTIF DASAR

3.1.  Menyeragamkan Dasar Pengurusan HEM di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato' Harun

3.2.  Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM disekolah.

3.3.  Sebagai dokumen panduan oleh pegawai HEM dalam menangani isu-isu disiplin yang dirujuk oleh   
        sekolah untuk tindakan PPD, JPN dan KPM.

3.4.  Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin Sekolah yang sedia ada terbitan
        Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. MATLAMAT DASAR DAN KETETAPAN HEL EHWAL MURID

4.1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berdisiplin, berdedikasi dan bertanggungjawab.

4.2. Melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang teguh, bersemangat patriotisme dan menjadi   
        warganegara yang memberi sumbangan ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.

4.3. Mewujudkan semangat kekeluargaan dalam kalangan murid SMK Ideal Heights tanpa mengira umur,   
        kedudukan, bangsa dan keturunan.

4.4. Mewujudkan semangat kekitaan dan berdaya saing yang sihat.

4.5. Melahirkan murid yang dapat berfungsi sebagai individu yang seimbang

DASAR PENGURUSAN KELAS

1. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

1.1.  Aplikasi Pangkalan Data Murid merupakan satu pangkalan data tunggal murid yang digunakan oleh    
        semua sekolah yang berasaskan data murid di Kementerian Pendidikan Malaysia dan beberapa agensi
        awam.


1.2.  Sebelum tamat sesi persekolahan tahun semasa, guru kelas hendaklah:

         1.2.1. Memastikan nama, status kewarganegaraan, kaum, agama dan jantina murid adalah betul   
                    seperti dalam dokumen yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

         1.2.2. Mengemaskini maklumat Penjagaan Utama dan Penjagaan Kedua yang meliputi maklumat

                    pendapatan, pekerjaan, nombor telefon, maklumat majikan dan alamat rumah; dan

         1.2.3. Mengemas kini maklumat bayaran fi dan surat kebenaran belajar bagi murid bukan

                    warganegaraan

1.3. Bermula sesi persekolahan baharu;

         1.3.1. Menyemak dan mengemas kini maklumat kelas mengikut aliran dan bidang seperti yang  

                    diluluskan dalam Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan;

         1.3.2. Melaksanakan pemindahan murid mengikut kelas sebenar selepas proses pemindahan kelas

                    dibuat secara automatik oleh sistem APDM.

2. Pengurusan Rekod Kehadiran Murid Di Sekolah (e-Kehadiran)

2.1. Rekod kehadiran murid di catat setiap hari persekolahan berdasarkan takwim persekolahan.


2.2. Rekod kehadiran murid adalah rekod rasmi sekolah yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik,

        cekap, kemas serta sistematik.


2.3. Kehadiran murid hanya direkod menggunakan Sistem Kehadiran Murid (e-kehadiran) sahaja.


2.4. Semua kehadiran murid di sekolah hendaklah direkod oleh guru kelas dengan menggunakan sistem

       Kehadiran Murid kecuali pada masa – masa tertentu yang membolehkan penggunaan Borang           
      Kehadiran Sementara.


2.5. Memastikan e-kehadiran diisi setiap hari persekolahan oleh guru kelas sebelum 8.30 pagi untuk sesi

        pagi dan sebelum 2.00 petang untuk sesi petang.

2.6. Guru kelas hendaklah mengemaskini sebab ketidakhadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid

        sebelum tamat sesi persekolahan pada hari berkenaan


2.7. Analisa bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difailkan pada hari

       terakhir bagi setiap bulan. Guru kelas mencetak dan menyimpan satu salinan analisis kehadiran     
        bulanan murid untuk semakan pemantauan dan pengesahan oleh PK HEM dan PENGETUA pada setiap
        bulan (sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan). Serah senarai nama murid yang ponteng       
        (ketidakhadiran tanpa sebab) kepada Penyelaras Tingkatan untuk di buat analisa.


2.8. Guru data dan SU HEM menyediakan Google sheet PPD pada hujung setiap bulan. Satu salinan

       difailkan dan satu salinan diserahkan kepada PKHEM.



3. Fail Peribadi Murid

3.1. Semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mempunyai fail peribadi murid yang disimpan di bilik fail.

3.2. Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan
        dikemaskini.

3.2. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, cetakan maklumat

        murid ber-ID daripada APDM dan lain-lain disimpan dalam fail ini.

3.3.  Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di dalam fail ini juga.



4. Fail Kelas Guru Tingkatan

4.1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan     
        ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.

4.2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan    
        akan disimpan dalam fail yang terletak di Pejabat sekolah.(guru kelas boleh rujuk)

4.3. Jika berlaku pertukaran guru tingkatan, fail ini hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan baharu

       melalui Penyelaras Tingkatan.

4.4. Fail ini hendaklah diserahkan kepada penyelaras tingkatan pada akhir sesi persekolahan tahun

       berkenaan untuk disimpan oleh PK HEM.


5. Pendaftaran Murid Baharu

5.1.  Guru Tingkatan mendaftarkan murid baharu dalam buku pendaftaran dan memastikan Borang

       Maklumat Murid (Borang APDM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama

       SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.

5.2. Penyelaras Tingkatan juga memastikan murid baharu mengisi Buku Profil Murid dan dokumen peribadi

       murid serta menyerahkan LAPORAN DISIPLIN, PLBS/ULBS, PEKA, Folio KH, PAFA, PBS dan lain-lain

       yang berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.

5.3. Guru Tingkatan menerima murid baharu daripada penyelaras tingkatan dan memasukkan data murid-

        murid baharu serta mengemaskini data kelas APDM secara online.

5.4. Guru Tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan

        kepada Guru Biasiswa.

5.5. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM.

5.6. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/murid miskin, bukan warganegara,    
        kaum orang asli, OKU, rekod kesihatan kronik/bawaan dan memaklumkan kepada PK HEM.



6. Buku Teks

6.1. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.

6.2. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks.

6.3. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.

6.4. Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar, nama serta    
        kelas dan murid yang tidak membalut buku akan diminta membeli pembalut.

6.5. Dalam Ops Balut. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku

       teks di sekolah.

6.6. Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada hari pertama persekolahan.

6.7. Murid dan waris dikehendaki menandatagani Surat Aku Janji Penerimaan Buku Teks serta memperakui

        butiran yang terkandung di dalamnya.



7. Murid Keluar/Bertukar/Berpindah

7.1. Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.

7.2. Mencatatkan maklumat/butiran dalam Buku Pendaftaran Murid.

7.3. Pertukaran keluar ke sekolah swasta atau sekolah di bawah Pengurusan MARA:

       7.3.1. Memastikan semua buku teks telah dipulangkan.

       7.3.2. Merekodkan judul buku yang dipulangkan.

       7.3.3. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.

7.4. Pertukaran Keluar ke Sekolah Menengah Kebangsaan:

       7.4.1. Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baharu (Sila guna borang khas pejabat).

       7.4.2. Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.

       7.4.3. Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid-murid yang akan melanjutkan

                  persekolahan ke SBP, MRSM dan Sekolah Teknik.

       7.4.4. Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti bagi murid-murid Tingkatan 5 tamat belajar.

       7.4.5. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid

       7.4.6. berkenaaan pada hari akhir persekolahan. (Bergantung kepada keadaan).

                  Guru Tingkatan memastikan murid mengisi Memo Perpindahan Keluar, mencatatkan sebab

                  keluar dalam buku Pendaftaran Murid dan menghapuskan nama murid dari APDM jika sudah

                  menerima surat pengesahan diterima bersekolah di sekolah baharu.


8. Pengurusan & Organisasi Kelas

8.1. Melantik Pemimpin murid bagi setiap Kelas:

       8.1.1. Ketua Tingkatan

       8.1.2. Penolong Ketua Tingkatan

       8.1.3. Bendahari

       8.1.4. AJK Kebersihan dan Keceriaan

       8.1.5. AJK Perabot dan Penyelenggaraan

8.2. Jawatankuasa Kelas menyelaras penyediaan perkara berikut; (dipamerkan dalam kelas)

       8.2.1. Carta Organisasi Kelas 

       8.2.2. Jadual Waktu 

       8.2.3. Jadual Tugas Kebersihan 

       8.2.4. Pelan kedudukan kelas.

       8.2.5. Inventori Kelas.

       8.2.6. Moto kelas.

       8.2.7. Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, Moto Sekolah 

       8.2.8. Info HEM

       8.2.9. Sudut Bacaan Kelas (NILAM dan i-Think)

       8.2.10. Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa 

       8.2.11. Peralatan kebersihan yang sempurna dan mencukupi.

       8.2.12. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.

       8.2.13. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.

       8.2.14. Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi

8.3. Kebersihan kelas:

       8.3.1. Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti

                  memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau

                  menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.

       8.3.2. Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari 5

                  minit sebelum berakhir PdP, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan    
                  guru.

       8.3.3. Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas

                 ditutup.

8.4. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas

        untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.

8.5. Semua guru kelas sila mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

       8.5.1. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan (Guru

                 Perabot/Penyelaras Infrastruktur)

       8.5.2. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap

                  dan penuh dedikasi.

       8.5.3. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara guru

                  dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan

                 Minit Mesyuarat kelas hendaklah dimuatnaik ke dalam folder  HEM selewat- lewatnya pada

                  minggu kedua). Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut:

                  ➔ Bahan-bahan keceriaan kelas.

                  ➔ Pembelian bahan-bahan keperluan untuk kelas.


9. Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab.

9.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri dalam Google form HEM. Kumpulan  
      murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama sesi persekolahan, tanpa
      sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
      https://forms.gle/aR326KpKtK8HsLac9 (BORANG REKOD TIDAK HADIR TANPA SEBAB)

9.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah       kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.   

DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN

1. Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

1.1 SSDM berasaskan web bertujuan untuk merekodkan salah laku disiplin murid dan amalan baik murid.

1.2 Semua guru boleh merekodkan salah laku murid atau merekodkan amalan baik murid dalam sistem.

1.3 Penyelaras SSDM bertanggungjawab untuk merekodkan salah laku berdasarkan kepada salah laku

      yang dicatatkan di dalam Buku Kawalan Kelas (BKK) atau mana-mana laporan salah laku yang diterima.

1.4 Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses pembentukkan sahsiah. Murid-murid  
      sepatuhnya digalakkan melakukan amalan baik untuk meningkatkan status sahsiah diri. Dengan   
      pemupukkan amalan baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan
      kesalahan disiplin.

1.5 Melalui sistem ini juga ,murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin akan dibantu oleh GBK.

1.6 Rekod salah laku dan amalan baik akan dicetak apabila diperlukan untuk kegunaan sekolah .

1.7 Rekod disiplin akan dikemaskini setiap minggu oleh penyelaras SSDM dan dilaporkan setiap bulan.



2. Ketidakhadiran Murid

2.1. Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah menghubungi ibu   

       bapa/penjaga melalui Pengetua berdasarkan   
        jadual berikut:

2.2. Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diisi dalam 3 salinan – untuk waris murid, fail

        sekolah dan fail kelas.


2.3. Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat daripada ibu

       bapa/penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat-menyurat tidak hadir termasuk surat

       doktor mesti disimpan dalam fail kelas .


2.4. Guru kelas diminta menelefon ibu bapa/waris sekiranya masih tidak dapat respons selepas surat-surat

       dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa perlu direkodkan di dalam borang yang disediakan.


2.5. Ketidakhadiran tanpa makluman daripada ibu bapa/penjaga dianggap sebagai PONTENG SEKOLAH.

3. Surat Amaran

3.1. Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:

3.2. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada PKHEM untuk tindakan

        selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.

       3.2.1 Catatan bagi kes buang sekolah:

                 Satu salinan AP, AK, AT dilampimpirkan bersama-sama surat BS yang dihantar kepada PPD

                 dan diisi dalam SSDM. Surat BS dihantar ke PPD mestilah sama tarikh dengan murid dibuang

                 sekolah.

3.3. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah

       dipatuhi.

       3.3.1 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga

                 masing-masing dan berjumpa dengan Guru Kelas.

       3.3.2 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga

                masing-masing dan berjumpa dengan PKHEM terlebih dahulu.

       3.3.3 Selepas Amaran Terakhir, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga

                 dan berjumpa dengan Pengetua.

       3.3.4 Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua

                 berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji.

       3.3.5 Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat

                 rayuan dan diluluskan oleh pihak JPNS. Penyelaras Tingkatan mendaftarkan mereka dengan

                 nombor pendaftaran asal.

       3.3.6 Murid yang Berhenti Sekolah (HS), sekiranya membuat rayuan bersekolah semula dan

                 mendapat kelulusan PPD/JPNS hendaklah didaftarkan dengan no pendaftaran yang baharu

                 oleh Penyelaras Tingkatan.



4. Murid Kemasukan Rayuan Semula dan Murid Baharu

4.1. Murid berkenaan perlu mendaftar kepada Penyelaras Tingkatan dan berjumpa dengan PK HEM

       bersama dengan ibu bapa. Surat perjanjian akan ditandatangani dan satu fail khas akan dibuka oleh

       ketua guru disiplin untuk proses pemantauan tingkah laku selama 6 bulan.

4.2. Laporan bertulis akan dikeluarkan oleh Setiausaha Disiplin untuk diserahkan kepada pihak pentadbir

       dan ibu bapa.

4.3. Murid baru perlu membawa maklumat disiplin daripada sekolah lama. Pastikan maklumat ada     
        sebelum menerima murid baru. Maklumat tersebut perlu diserahkan kepada SU unit disiplin.



5. Kesalahan Merokok

5.1. Hukuman murid merokok di sekolah adalah seperti berikut:

       5.1.1 Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali

       5.1.2 Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali

       5.1.3 Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali

       5.1.4 Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari)

       5.1.5 Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah

5.2. Akta Tembakau diuar-uarkan kepada murid dan boleh diguna pakai sebagai tindakan disiplin.

       SPI Bil 4/1997 - Hukuman murid merokok

       Surat Siaran KPM Bil 17/2015 – Larangan Penggunaan Rokok Elektronik



6. Membawa Telefon Bimbit
(Merujuk SPI Bil 2/2009 – Larangan membawa telefon bimbit)

6.1. Murid dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.

6.2. Sekiranya murid didapati membawa telefon bimbit, ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk

       proses pemulangan kembali telefon bimbit. Pihak sekolah berhak mengambil dan menyimpan telefon

       bimbit murid.

6.3. Kesalahan kali kedua boleh menyebabkan murid tidak dapat menggunakan kemudahan di sekolah

       seperti pepustakaan dan juga tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana program sekolah

       seperti mana yang telah tertakluk dalam surat pekeliling ikhtisas.

       SPI Bil 2/2009 - Larangan membawa telefon bimbit



7. Ponteng kelas

7.1. Tindakan disiplin yang dikenakan berdasarkan prosedur yang telah dipersetujui oleh Lembaga Disiplin

        Sekolah seperti berikut:

       7.1.1 Kekerapan 1 - 5 kali – amaran lisan

       7.1.2 Kekerapan 6 - 13 kali – amaran lisan, rotan 1 kali, kaunseling kelompok

       7.1.3 Kali ke - 14 - amaran bertulis & sms/panggilan telefon, rotan 2 kali, kaunseling individu

       7.1.4 Kekerapan 21 kali – Gantung sekolah & panggilan telefon/sms, kaunseling dan perjanjian

       7.1.5 Kekerapan 25 kali – Surat pertuduhan

       7.1.6 Buang sekolah selepas 2 minggu tempoh rayuan.


8. Lewat

8.1. Tindakan disiplin yang dikenakan berdasarkan prosedur yang telah dipersetujui oleh Lembaga Disiplin

        Sekolah seperti berikut:

        • Kekerapan 1 - 5 kali – amaran lisan

        • Kekerapan 6 - 13 kali – amaran lisan, rotan 1 kali, kaunseling kelompok

        • Kali ke - 14 - amaran bertulis & sms/panggilan telefon, rotan 2 kali, kaunseling individu

        • Kekerapan 21 kali – Gantung sekolah & panggilan telefon/sms, kaunseling dan perjanjian

        • Kekerapan 25 kali – Surat pertuduhan

        • Buang sekolah selepas 2 minggu tempoh rayuan.

8.2. Pelajar yang lewat masuk ke sekolah selepas 7.40 pg (sesi pagi) dan 1.15 ptg (sesi petang) perlu ke

       pejabat sekolah untuk menandatangai slip lewat dan disahkan oleh pentadbir. Guru mata pelajaran

       jangan benarkan pelajar yang lewat ini masuk ke kelas tanpa slip lewat daripada pentadbir.


9. Vandalisme

9.1. Sekiranya murid melakukan vandalisme ke atas perabot dan harta benda sekolah, murid tersebut

       hendaklah membayar ganti rugi perabot atau membayar dua kali ganda harga perabot tersebut.


10. Kekemasan Diri

10.1. Pemakaian uniform sekolah adalah mengikut pekeliling yang telah ditetapkan oleh KPM.

10.2. Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, murid perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh

         pentadbir sekolah seperti berikut:

        • Murid lelaki mestilah memakai pakaian PJPK yang longgar dan tidak ketat. Pakaian tersebut

           mesti tidak menampakkan susuk tubuh.

        • Murid perempuan mestilah memakai pakaian PJPK yang longgar dan tidak ketat. Pakaian

           tersebut mesti tidak menampakkan susuk tubuh.

10.3. Semasa aktiviti kokurikulum, murid perlu memakai pakaian kokurikulum yang telah ditetapkan      
          mengikut pekeliling.

10.4. Kegagalan murid mematuhi peraturan kekemasan diri seperti yang terdapat dalam Buku Panduan

         Peraturan Sekolah akan menyebabkan tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

         SPI Bil 2/1996 - Penampilan dan kekemasan murid


11. Buku Kawalan Kelas (BKK)

11.1. Semua guru tingkatan mestilah memastikan kelas mereka mempunyai Buku Kawalan kelas setiap    
          hari.

11.2. Ketua Tingkatan akan mengambil BKK sebelum waktu pertama di Bilik Disiplin. Adalah menjadi

          tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BKK ke Bilik Disiplin semula selepas      
          tamat sesi persekolahan.

11.3. BKK hendaklah sentiasa dikawal oleh Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru mata pelajaran.

11.4. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.

11.5. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/ponteng

          kelas semasa guru mengajar.

11.6. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum

          menandatangani BKK.

11.7. Semua kes salah laku murid mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya dan   
          direkod dalam BKK. Manakala kes-kes sederhana dan berat perlu diserahkan untuk tindakan Guru     
          Disiplin.

11.8. Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan

          bulan dan rumusannya diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir penggal pertama dan kedua   
          atau jika diperlukan.

11.9. Berdasarkan laporan di dalam BKK dan mana-mana laporan salahlaku yang diterima, ia akan

          direkodkan ke dalam SSDM.


12. Pas Keluar Kelas dan Pas Tandas

12.1. Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran daripada PKHEM pada awal tahun.

12.2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti

          memakai pas berkenaan.

12.3. Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas

          daripada guru mata pelajaran (atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru).


13. Disiplin Murid

13.1. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi

          semua peraturan sekolah setiap masa.

13.2. Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan

          kesalahan disiplin.

13.3. Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru

          Disiplin atau PK HEM melalui borang salah laku murid (Goolge Form HEM)

13.4. Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan

          dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat mendidik. Hal ini bertujuan supaya                  murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

13.5. Hukuman berganda (double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu salahlaku

          yang dilakukan.

13.6. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan   
          prasangka kepada murid.



14. Tanggungjawab Guru

14.1. Guru mestilah bersikap penyayang, justeru guru mestilah mengenali nama setiap murid.

14.2. Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah

          disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. Jika gagal   
          kes ini perlu dirujuk kepada GBKSM.

14.3. Jangan mulakan proses PdP jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan         
          bercakap

14.4. Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan

         bising di tempat mereka atau di belakang kelas.

14.5. Sebelum memulakan PdP guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima

          kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.

14.6. Guru-guru haruslah mengambil perhatian lebih terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat    
          kerja rumah atau tugasan dalam kelas.

14.7. Penyemakan buku nota dan latihan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir.

14.8. Surat Kuasa Merotan diserahkan pada guru-guru disiplin pada minggu pertama persekolahan dan

          hanya guru yang ada kuasa merotan boleh merotan murid di bilik disiplin.

          SPI 7/2003 - Kuasa merotan murid

14.9. Hukuman dera ke atas murid perempuan dilarang. Hukuman rotan untuk murid lelaki dipunggung  
          dan perlu berlapik. Manakala kerja amal dikenakan terhadap pelajar perempuan sebagai hukuman.

          SPI Bil 1/72 - Peraturan di sekolah


15. Dasar Umum Disiplin

15.1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari

          untuk rujukan.

15.2. Setiap murid wajib memiliki Nota CATNA D'Harunians murid sebagai dairi untuk dicatatkan maklumat 
          dan wajib  dibawa bersama sewaktu perhimpunan.

15.3. Pada awal tahun (permulaan) semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan

          tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar

          peraturan dalam perhimpunan rasmi sekolah.

15.4. Pemeriksaan Mengejut/Spot Check:

       15.4.1 Pemeriksaan Gempar/spot check akan dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid

                   semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan dan atas arahan pihak pentadbir.

       15.4.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan

                    bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid berkenaan.

       15.4.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru

                   berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan.

       15.4.4 Barang larangan akan disimpan di dalam Bilik Disiplin.

       15.4.5 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa

                   dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.

15.5. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.

15.6. Murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa pengawasan guru.

15.7. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan ketika hari cuti,

          melainkan bersama guru.

15.8. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah selepas pukul 2.20 petang (sesi pagi) dan

          6.45 petang (sesi petang) melainkan dengan pengawasan guru.

15.9. Sebarang perbuatan yang mencolok mata seperti berdua-duaan lelaki-perempuan, merokok,

          merempit, melepak atau membakar mercun dan sebagainya walaupun di luar kawasan sekolah

          dianggap menjatuhkan nama baik sekolah dan diketegorikan sebagai kes berat.

15.10. Menjadi tanggungjawab semua guru dan murid untuk melaporkan sebarang kes salah laku dalam

           kalangan murid kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Penolong Kanan dan

           Pengetua.

15.11. Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib dipatuhi oleh semua

            murid dan menjadi kesalahan jika diingkari.

15.12. Penggunaan premis, padang permainan, peralatan dan kemudahan perlu mendapat keizinan dari

            pihak pengurusan sekolah atau PPD

15.13. Kategori kesalahan perlu dirujuk di dalam Buku Peraturan Sekolah yang wajib dimiliki oleh semua

            murid.


16. Kaedah Mengatasi Disiplin

16.1. Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:

       ❖ semua guru

       ❖ kelas-kelas (untuk ditampal)

       ❖ bilik-bilik khas

16.2. Guru mata pelajaran kelas

16.3. Sijil Sifar Ponteng

       16.3.1. Murid yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil pada hujung tahun.

       16.3.2. Rekodkan kesalahan murid dalam buku kawalan kelas dan SSDM.

       16.3.3. Rekodkan kerja amal atau perubahan positif yang dilakukan oleh murid dalam sistem

                    SSDM

       16.3.4. Guru Disiplin akan mengumpulkan maklumat dan rekodkan serta diambil tindakan.

       16.3.5. Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin mengikut keperluan.

       16.3.6. Guru Disiplin serahkan nama kepada GBKSM untuk tindakan susulan.


17. Pengurusan Unit Disiplin

17.1. Mesyuarat disiplin akan diadakan setiap dua bulan sehingga bulan November

17.2. Perancangan dan laporan Unit Disiplin disiapkan pada akhir November setiap tahun.

17.3. Laporan / Analisis kes disiplin akan dibuat setiap bulan. Guru setiap unit disiplin perlu menyerahkan

          rekod disiplin kepada setiausaha unit displin pada atau sebelum 7hb setiap bulan. Data yang       
          dianalisis akan dibentangkan dalam Mesyuarat Disiplin.

17.4. Takwim Disiplin dan agihan tugas guru-guru Disiplin disediakan pada bulan Januari oleh Ketua Disiplin

          selepas perlantikan guru-guru Disiplin.

17.5. Taklimat Disiplin mengikut Buku Panduan Peraturan Sekolah mesti dilaksanakan pada bulan Januari

          dan setiap masa mengikut keadaan.

17.6. Mesyuarat tindakan tatatertib diadakan untuk membincangkan kes-kes disiplin yang turut dihadiri     
          oleh Pengetua dan Kaunselor.

17.7. Aduan/ kes disiplin mesti diselesaikan dalam masa 3 hari kecuali bagi kes-kes berat mesti diselesaikan

         dalam hari sama kejadian.

17.8. Melaporkan kes-kes serius terus kepada PK HEM dan e-pidp dengan kadar segera supaya masalah

          dapat ditangani mengikut SOP.  SPI Bil 7/2011 - Perlaksanaan SOP 1:3:7

17.9. Analisis keberkesanan program dilaksanakan selepas program selesai.

17.10. Berkerjasama dengan guru tingkatan untuk menangani masalah ponteng sekolah dan kelas.

           SPI Bil 6/1995 - Menangani masalah ponteng

17.11. Menguatkuasa larangan bermain dengan bahan letupan di sekolah.

            SPI Bil 6/1983 - Larangan bermain bahan letupan

17.12.Salah laku yang melibatkan jenayah perlu di laporkan kepada pihak polis

           SPI Bil 3/1993 - Lapor ke polis salah laku jenayah

17.13. Mengadakan program untuk menangani masalah gangster dan dadah di sekolah

            SPI Bil 6/2000 - Menangani gangster dan dadah


18. Pengurusan Perhimpunan Rasmi

18.1.Perhimpunan rasmi adalah pada hari Isnin

18.2.Minggu pertama dan kedua  diuruskan oleh guru bertugas mingguan dengan dibantu oleh Badan
        Pengawas serta guru disiplin. Minggu ketiga akan diuruskan oleh Guru Penasihat Unit Beruniform
        manakala minggu keempat diurus oleh Guru Penasihat Rumah Sukan.  

18.3.Murid tidak dibenarkan bercakap/ bising semasa perhimpunan kecuai sedang bertugas atau dengan

         kebenaran.

18.4.Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap/ berbual semasa perhimpunan sedang dijalankan.

18.5.Segala maklumat yang disampaikan oleh guru mesti dicatatkan di dalam Buku Laporan Perhimpunan

         oleh Guru Bertugas Mingguan.

18.6.Pengendalian Perhimpunan rasmi

        18.6.1 Murid beratur dalam dua barisan, murid lelaki satu barisan dan murid perempuan satu barisan

                   di belakang murid lelaki.
        18.6.2  Murid-murid mesti beratur dalam kumpulan kelas masing-masing.

        18.6.3 Kerusi guru disusun rapi dan mencukupi oleh pengawas.

        18.6.4 J/K Sistem PA (pengawas) memastikan alatan berfungsi dengan baik


18.7.Atucara perhimpunan rasmi

       18.7.1 Kata aluan pengerusi majlis

       18.7.2 Nyanyian lagu (Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Sekolah)

       18.7.3 Bacaan doa

       18.7.4 Lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Murid

       18.7.5 Laporan Guru Bertugas

       18.7.6 Ucapan Pengetua

       18.7.7 Pengumuman


19. Perhimpunan Harian / Roll Call

19.1. Semua murid mesti berada di kawasan perhimpunan selewat-lewatnya 7.20 pagi dan beratur

          mengikut kelas masing-masing.

19.2. Semua guru dan murid murid mesti berada di kawasan perhimpunan dari awal sehingga roll call                    tamat.

19.3. Roll Call .dimulai dengan bacaan doa dan diikuti dengan penyampaian maklumat tentang 
          pengurusan sekolah.

19.4. Guru bertugas mingguan/harian dan guru disiplin yang bertugas membantu mengendalikan Roll Call.

19.5. Semua aktiviti atau maklumat yang disampaikan perlu direkodkan di dalam Buku Laporan Harian oleh           Guru Bertugas Mingguan/Harian.

DASAR AM KEBAJIKAN MURID


1. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

1.1. Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama    
        sesi persekolahan.

1.2. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama Ruj:

       K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17 Mac 2008).

1.3. Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan

       menghubungi penerbit.

1.4. Guru Tingkatan/guru mata pelajaran mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid

        dibalut kemas dan ditulis nama.

1.5. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke sekolah

       swasta, SBP atau Sekolah-sekolah di bawah anjuran MARA memulangkan semula buku SPBT tersebut

      dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

1.6. Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang  
        ditetapkan serta menyediakan senarai murid yang tidak memulangkannya.


2. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

2.1. GBKSM mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik

       disamping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang

       dihadapinya.

2.2. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid.

        Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang      
        bersama membantunya sahaja.

2.3. GBKSM boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara

        individu atau kelompok.

2.4. GBKSM juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang, mengelola dan menjalankan program-

       program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada murid.

2.5. GBKSM harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon-  
        calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.

2.6. GBKSM mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi

        surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah   
        dan diterima rayuan bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan   
        laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan untuk tindakan susulan.

2.7. Guru Disiplin/Guru Tingkatan/Guru mata pelajaran boleh merujuk kepada GBKSM tentang murid yang

       memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin/pembelajaran.

2.8. GBKSM perlu menjalankan program penilaian kendiri bagi membantu murid membuat penilaian

        terhadap diri sendiri dengan menggunakan Buku Penilaian Kendiri yang wajib dimiliki dan ditanda     
        setiap hari oleh murid. Buku ini hendaklah dikumpul dan dianalisis sebulan sekali bagi mengesan
        murid yang amat memerlukan perhatian.

2.9. Setiap data kaunseling murid disimpan secara sistematik, sentiasa dianalisis dan dibuat

       penambahbaikan dari semasa ke semasa serta dikunci masuk dalam SSDM.


3. Pengurusan Kebajikan/Biasiswa Murid
( KWAPM, BKP, BKAP dan Lain-lain Bantuan)


Biasiswa

3.1. Semua murid dan anak yatim yang benar-benar memerlukan bantuan dikenalpasti dan diberi bantuan

       berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

3.2. Memastikan data maklumat murid yang memohon bantuan lengkap dan sahih (KWAPM, BKAP dan  
        EMK)

3.3. Menguruskan tuntutan takaful/perlindungan murid yang ditimpa kemalangan dengan kadar segera.

       (TPSM)

3.4. Mengurus pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan telus

3.5. Pengurusan Biasiswa (BKP)

       3.5.1 Semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan GIRO (tanpa kad) di Bank Simpanan

                 Nasional dan disimpan di pejabat sekolah

       3.5.2 Borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa diisi untuk setiap transaksi.

       3.5.3 Memberi borang permohonan biasiswa dan kemaskini maklumat semua pelajar dalam senarai

                 layak Sistem APB yang memenuhi kriteria pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang

                 ditetapkan oleh KPM.

3.6. Mengadakan perjumpaan berkala dan program motivasi dengan pemegang biasiswa sekurang-

       kurangnya sekali setahun.

3.7. Menjalankan sesi dialog bersama dengan ibubapa penerima BKP tawaran baru satu kali setahun.

3.8. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa dan memastikan 
        mereka tidak ketinggalan.


Kebajikan Murid

3.9. Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang

       terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan

        maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan

        borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM.

3.10. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam kalangan muridnya

          yang pernah atau sedang menghidap demam denggi, penyakit mudharat/kronik yang lain, murid yang

          mendapat kemalangan / kematian / bencana dalam keluarganya.

3.11. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti kematian

          saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri/banjir/kebakaran. Guru kebajikan akan menghubungi    
          pihak yang berkenaan supaya menuntut kutipan yang dibuat daripada pengetua.

DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH


1. Pengurusan Keselamatan Murid

1.1. Perancangan dan Pelaksanaan Keselamatan Sekolah mengikut aspek piawaian Sekolah Selamat

       dalam Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah.

1.2. Alat pemadam api yang berfungsi diletakkan di tempat strategik dalam bangunan sekolah.

1.3. Mempamerkan pelan laluan kecemasan di dalam setiap kelas(termasuk makmal, bengkel dan bilik-bilik

       khas) dan di luar bilik darjah di kawasan sekolah.

1.4. Menjalankan latihan kebakaran (fire drill) dan cara menggunakan alat pemadam api dua (2) kali          
        setahun.

1.5. Melaporkan kerosakan perabot, lampu kipas, pendawaian dan lain-lain kerosakan kepada pejabat  
        untuk di ambil tindakan.

1.6. Sentiasa mengingatkan murid tatacara keselamatan krisis/bencana/ risiko dari semasa ke semasa

        terutama semasa perhimpunan

1.7. Pihak sekolah mengamalkan beberapa polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah;

       1.7.1. Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah

       1.7.2 Polisi Keselamatan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dan Waktu Rehat.

       1.7.3 Polisi Mengelakkan Ganggun Seksual dan Buli.

       1.7.4 Polisi Keselamatan Murid Semasa Menjalankan Aktiviti Kokurikulum, Sukan dan

                Permainan

       1.7.5 Polisi Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan dan Perkhemahan.

       1.7.6 Polisi Keselamatan Menghadapi Krisis dan Bencana.

       1.7.7 Pengurusan Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Sekolah

       1.7.8 Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah.

                 SPI BIL 8/1999 : Keselamatan Diri Murid

                 SPI BIL 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar


1.8. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa

        demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.

1.9.  Peti kecemasan yang lengkap dan berfungsi diletakkan di beberapa kawasan strategik sekolah.


2. Kenderaan Guru, Murid dan Ibu bapa

2.1. Guru-guru mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak

        mengganggu laluan masuk.

2.2. Guru-guru diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan mereka dalam kawasan       
        sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

2.3. Murid tidak dibenarkan meletakkan kenderaan dalam kawasan sekolah .

2.4. Ibu bapa/penjaga yang menghantar dan mengambil murid tidak dibenarkan memasuki kawasan  
        sekolah untuk mengelakkan kesesakan tetapi menurunkan murid di pintu pejalan kaki/di mana-mana           hadapan pagar sekolah kecuali di hadapan pintu pagar utama.


3. Pondok Kawalan Keselamatan

3.1. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada

        pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.

3.2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak

        sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.

3.3. Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang terpapar di pondok

       kawalan keselamatan sekolah.

3.4. Pengawal keselamatan memastikan pelawat berpakaian sopan dan berurusan di pejabat sahaja.

       (Kawasan sekolah adalah kawasan larangan).

3.5. Jurujual tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali pembekal yang telah diberi kebenaran

        atau yang berurusan rasmi dengan pihak sekolah/memiliki surat kebenaran daripada KPM/JPS/PPD.


DASAR AM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


1. Kebersihan dan Keceriaan Sekolah serta kelas

1.1.    Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas,  
          tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.

1.2.    Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga

          kebersihan dan keceriaan kelas masing – masing.

1.3.   Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar

         kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses PdP.

1.4.   Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka dibersihkan pada setiap hari.

1.5.   Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan perlu memantau kebersihan kelas dengan mengisi

         borang pemantauan dalam buku Buku Kawalan Kelas (BKK) kelas masing-masing.

1.6.  Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid

         dikehendaki menyandarkan/memasukkan kerusi ke meja.

1.7.   Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir.

1.8.   Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu terakhir, 5
          minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan untuk makluman.

1.9.   Guru Bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu      

          bertugas.

1.10. Markah diisi oleh Guru Bertugas dalam borang markah (di belakang borang guru bertugas setiap zon)

         bagi menentukan tahap kebersihan kelas (menggunakan gred A,B dan C) pada minggu tersebut.

1.11. Guru Kebersihan dan Keceriaan akan mengira purata markah menentukan gred kelas mengikut bulan

         pada setiap hujung bulan.

1.12. Keputusan diumumkan pada perhimpunan hari Isnin minggu pertama bulan berikutnya. Kelas yang              mendapat gred A paling banyak sepanjang bulan akan diberi hadiah oleh pihak sekolah

          pada minggu terakhir perhimpunan diadakan pada tahun tersebut manakala guru kelas akan   
          menerima sijil penghargaan



2. Kantin Sekolah

2.1. Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan

       dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.

2.2. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan

        Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.

2.3. Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes

        keracunan makanan di kantin sekolah.

2.4. Guru AJK Kantin bertanggungjawab menjalankan program pendidikan atau aktiviti bagi meningkatkan

        kebersihan dan keceriaan kantin.

2.5. Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang

        dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.

2.6. Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal

        disiplin murid semasa waktu rehat.

2.7. Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk

        kelas apabila loceng dibunyikan.

2.8. Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran

       khas.

2.9. Penggunaan plastik minuman dan polisterin dilarang sama sekali.


3. Pengurusan Kamar Segar/Tandas

3.1. Guru blok (kebersihan dan keceriaan) akan memastikan kebersihan kamar segar sentiasa dijaga.

3.2. Memastikan pekerja swasta membersihkan kamar segar dua (2) kali sehari pada hari persekolahan.

3.3. Memastikan kamar segar berfungsi dengan baik.

3.4. Memastikan setiap kerosakan diambil tindakan segera.

3.5. Bilangan tandas mencukupi untuk kegunaan murid dan guru mengikut Indikator Butiran Penyeliaan
        Skor Catatan.

3.6. Mendedahkan kepada murid-murid cara menggunakan tandas dengan betul.

3.7. Memastikan tandas bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

3.8. Membuat pemeriksaan kebersihan dan kerosakan tandas dan dilaporkan dalam Buku Laporan Tugas.

        Sebarang kerosakan boleh beritahu kepada PK HEM dan KPT sekolah.

3.9. Merancang dan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan kebersihan tandas.

3.10. Menyediakan label-label atau mural yang sesuai.

3.11. Melengkapkan papan kenyataan di luar tandas supaya ia berfungsi dan bermaklumat

DASAR AM KESIHATAN


1. Rekod Kesihatan Murid

1.1.  Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan di dalam fail

         peribadi murid

1.2.  Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperoleh sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Ia akan

        dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.

1.3.  Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, sila
        dapatkan daripada koperasi sekolah.

1.4.  Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan

        kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan

        kepada murid oleh pegawai kesihatan.

1.5.  Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan   
        bersama Fail Peribadi murid berkenaan.


2. Kad Pergigian Murid

2.1.   Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya kepada

         murid-murid Tingkatan Satu.

2.2.   Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk

         mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.

2.3.   Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan

         dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.


3. Surat Rawatan Murid

3.1.  Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan Surat

         Rawatan ini di pejabat sekolah.

3.2.   Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan.

3.3.   Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital              atau klinik kerajaan.


4. Murid Sakit

4.1.   Sekiranya ada murid yang sakit, mereka perlu berhubung dengan Pejabat Sekolah dan Guru Bertugas

          Mingguan/Harian akan dihubungi.

4.2.   Guru bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid sama ada perlu dihantar ke klinik, berehat di
          bilik rehat atau menghubungi ambulan atau warisnya.

4.3.   Guru bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk

         menjemputnya di sekolah sekiranya perlu.

4.4.  Guru bertugas dan Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke
        rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di Bilik
        Rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan diganti pada setiap jam.

4.5.  Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru bertugas mestilah menghubungi segera ibu

         bapa / penjaga untuk menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah    
        murid berkenaan. Pihak sekolah juga boleh memanggil ambulan sekiranya berlaku kecederaan serius 
        yang memerlukan rawatan segera.

4.6.  Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan

        Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid di pejabat.



5. Sop Semasa PKP

5.1  Guru bertugas mingguan akan berada di pintu masuk untuk memantau murid dan memastikan murid

        beratur mengikut penjarakan 1 meter. Guru UBK, guru disiplin dan pentadbir (program guru   
        penyayang) juga akan bertugas untuk menyambut kedatangan murid.


5.2 Sekiranya terdapat murid yang bergejala sila akan dibawa ke Bilik Isolasi. Semua maklumat berkaitan

       dengan murid akan dicatat dalam buku log. Guru bertugas di Bilik Isolasi akan menghubungi ibu    
      bapa/penjaga untuk membawa murid pulang bagi mendapatkan rawatan.


5.3 Murid akan masuk ke kelas masing-masing seperti yang telah ditetapkan dan akan duduk di meja kerusi

      yang telah disusun dengan penjarakan 1 meter. Kedududkan murid mengikut nama di senarai nama

      bermula di sebelah kanan meja guru kelas. Murid tidak dibenarkan mengubah meja yang telah

      disusun.


5.4  Guru bertugas mingguan/harian akan bertugas di kantin untuk memantau murid mengikut penjarakan          semasa membeli makanan. Semua murid digalakkan untuk membawa sendiri makanan dan minuman         dari rumah .


5.5 Murid akan membeli makanan di kantin dan makan di kelas masing-masing, dipantau oleh guru waktu

      rehat. Guru waktu rehat pastikan semua murid mengikut SOP iaitu tidak berkongsi makanan dan tidak

      duduk dalam kumpulan.


5.6 Murid boleh ke tandas hanya seorang sahaja dibenarkan keluar pada satu-satu masa. Murid ke tandas

       menggunakan pas keluar, hanya dengan kebenaran guru matapelajaran .


5.7 Waktu bersurai murid Tingkatan 5,4 ,3,2,1 dan Peralihan adalah secara berperingkat mengikut blok .


5.8 Murid akan bergerak keluar mengikut laluan yang ditetapkan.

      Bagi murid yang menaiki van,bas sekolah/awam dan kenderaan sendiri / ibu bapa/penjaga akan keluar         melalui pintu pagar hadapan.

      Bagi murid yang berjalan kaki akan keluar melalui pintu pagar belakang Blok C

      Murid PPKI akan keluar menggunakan pintu Blok D


5.9 Pergerakan murid balik akan dipantau oleh guru bertugas mingguan, guru disiplin , guru bertugas blok

      dan pengawal keselamatan.


5.10 Guru mata pelajaran waktu terakhir perlu menunggu untuk menguruskan murid bergerak keluar dari

         kelas. Kelas yang berada berhampiran tangga akan dilepaskan dahulu. Sila gunakan tangga turun    
        sahaja untuk keluar.Guru waktu akhir wajib mengiringi murid sehingga ke Blok B atau A bagi
        memastikan murid mematuhi SOP penyuraian .


5.11 Setiap waktu akhir pastikan murid membantu guru untuk sanitasi meja dan kerusi , iaitu 10 minit   
        sebelum kelas berakhir.