J. BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN
Pernyataan Ketetapan
Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid.
Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1993 bertarikh 27 Disember 1993.( PEKELILING TAHUN 2000 UNTUK SEKOLAH RENDAH)
Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam PdPc sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 .
Guru mestilah memberi latihan bertulis secukupnya di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc. Latihan murid hendaklah disemak dan memastikan murid membuat pembetulan.
Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan hendaklah dihargai dengan apa juga cara yang boleh dibincangkan di peringkat panitia .
K. LATIHAN MINIMUM
Pernyataan Ketetapan
Latihan untuk murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.
Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia berdasarkan keperluan di dalam sukatan pelajaran mata pelajaran masing-masing.
Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi.