PAUTAN
SK ASSAM JAWA
PAUTAN
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2
SKPMg2
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2003 (SKPM2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). Perubahan ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan perkembangan bidang pendidikan semasa.
Semua sekolah di bawah KPM akan melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan instrumen SKPMg2 mulai 1 Mac 2017. Penilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada bulan Mac, Julai dan November.
Sila dapatkan rujukan dan maklumat lanjut berkaitan SKPMg 2 berdasarkan pautan berikut;
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010. SKPM 2010 mengandungi lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus kepada pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan iaitu :
STANDARD 1
Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P)
STANDARD 2
Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.
STANDARD 3
Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
STANDARD 4
Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
STANDARD 5
Kemenjadian Murid. Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.