Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seiring dngan perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan, penggunaan platform digital seperti Google Classroom menjadi satu medium penting dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Unit ICT SK Assam Jawa mengambil inisiatif memperkenalkan dan memperkasa penggunaan Google Classroom sebagai satu platform pembelajaran yang lebih sistematik, interaktif dan berkesan.

Melalui Google Classroom, guru dapat berkongsi bahan pembelajaran, tugasan, kuiz serta maklumat penting secara dalam talian dengan lebih mudah dan teratur. Murid pula berpeluang mengakses bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sekaligus meningkatkan kemahiran digital serta pembelajaran kendiri.

Unit ICT SK Assam Jawa sentiasa komited untuk membantu guru dan murid memanfaatkan teknologi ini secara optimum melalui pelbagai aktiviti sokongan seperti perkongsian ilmu, latihan penggunaan aplikasi digital, serta integrasi platform seperti Quizizz, Kahoot dan bahan pembelajaran interaktif yang lain.

Diharankan dengan penggunaan Google Classroom ini, proses pengajaran dan pembelajaran di SK Assam Jawa akan menjadi lebih menarik, efektif dan selari dengan aspirasi pendidikan digital negara. 

Sekian, terima kasih.