PAUTAN
SK ASSAM JAWA
PAUTAN
WAWASAN DAN SENARIO SAJGETER TS25
Motto Sekolah
Ilmu Suluh Hidup
Tagline Sekolah
SAJGETER TS25
(Sekolah Assam Jawa Gemilang & Terbilang)
Sekolah Transformasi 2025
“KEMENJADIAN MURID TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Watak/Wajah Sekolah
Hormat Menghormati
Permai Dan Ceria
Cergas Dan Cerdas
Muafakat Dan Sepakat
Falsafah Sekolah
Membentuk budaya penyayang di kalangan warga sekolah.
Melahirkan warga sekolah yang berbudaya maju, berdisiplin ke arah kecemerlangan.
Mewujudkan suasana ceria dan gembira dalam proses pembelajaran.
Menjalinkan ikatan silaturahim yang erat antara warga sekolah dan masyarakat.
Objektif Sekolah
Berpegang teguh kepada agama dan mengamalkannya.
Bersatu padu, hormat menghormati, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Berfikiran kreatif, dedikasi dan berketrampilan.
Cemerlang kuriklum dan kokurikulum.
Piagam Pelanggan
Berusaha mewujudkan pengurusan kerja yang pantas dan bijaksana.
Sekolah
Menyediakan staf yang cukup serta berdedikasi, komited, terlatih dan bertanggungjawab.
Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira
latar belakang agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan terbaik.
Menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa,lengkap, mencukupi selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
ANJAKAN PARADIGMA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH
Selaras dengan hala tuju KPM, pentadbiran sekolah telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi meningkatkan lagi keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Berikut disenaraikan sistem pengurusan sekolah yang telah diberi nafas baharu bagi memastikan pengurusan sekolah yang effisien dan perubahan anjakan paradigma di kalangan warga sekolah.
Penyediaan kemudahan internet menerusi langganan WIFI 1Bestarinet. Matlamat kemudahan ini adalah bagi memastikan guru dan kakitangan berupaya berinteraksi menerusi internet selaras dengan pembudayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam sistem pengurusan KPM.
Melakukan perubahan dari aspek reka bentuk dan susun atur perabot serta kedudukan pegawai di pejabat. Perubahan kecil ini diharap dapat memertabat dan meningkatkan lagi fungsi pejabat sebagai lidah rasmi sekolah. Selain itu, perubahan yang dilakukan sekaligus dapat menambahbaik suasana bekerja yang kondusif di kalangan warga sekolah dan urusan pelawat.
Penyediaan PPS Edisi 2021 yang mesra pengguna dan mengandungi pelbagai maklumat yang relevan. Penyediaan dokumen ini diharap dapat membantu dan memudahkan warga sekolah membuat rujukan serta merancang aktiviti sekolah.
Melakukan transformasi dalam sistem fail sekolah supaya penambahbaikan komponen pengurusan sekolah dapat dilaksanakan. Selain itu, transformasi yang dilakukan juga adalah selaras dengan arahan JPS yang menganjurkan pengurusan sistem fail yang effisien dapat dilaksanakan di semua sekolah.
Membudayakan penggunaan memo dalaman, minit curai dan penulisan surat yang betul dari sudut format di kalangan warga sekolah. Pembudayaan ini diharap dapat melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Pentadbiran sekolah sedang berusaha untuk mewujudkan laman web rasmi bagi sekolah ini. Pewujudan laman web ini diharap dapat membantu semua warga sekolah mengakses maklumat dengan lebih effisien lagi.
Pentadbiran sekolah akan mewujudkan bilik khas yang diperlukan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah supaya bahan eviden murid dapat disimpan dengan sebaiknya.
Menjalin kerjasama yang erat di kalangan beberapa buah sekolah dalam Daerah Kuala Selangor dan luar Daerah Kuala Selangor merangkumi bidang kurikulum dan kokurikulum menerusi persefahaman yang dipersetujui bersama di kalangan Guru Besar terlibat.
Sistem merekod sijil dan maklumat pencapaian/penglibatan murid dalam Kokurikulum.
Tindakan menangani aduan hendaklah diselesaikan mengikut tempoh 1,3,7 hari berlaku kes aduan.
Audit sekolah berstatus BAIK dengan mengemaskini kaedah pengendalian dokumen, kerja dan urusan kewangan yang sistematik.