SK ASSAM JAWA
PEMANTAUAN CUP 3
PEMANTAUAN CUP 2
KPM PERKASAKU
KPM PerkasaKU diformulasikan dengan petikan huruf atau suku kata daripada nama penuh iaitu KPM merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan PerkasaKU merujuk kepada Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum.
Huruf KU di akhir perkataan tersebut membawa makna Kurikulum dan bagi memperkasakan murid.
Secara umum, program ini dilaksanakan bagi membantu murid untuk memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran mereka.
Objketif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan:
Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum dengan lebih optimum.
Merapatkan jurang pembelajaran murid akibat pandemik COVID-19.
Menyediakan sokongan kurikulum kepada guru-guru bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam apa jua mekanisme.
Memastikan murid-murid bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan pada tahun 2022.
Bagi guru yang melaksanakan program ini, terdapat 4 fokus utama yang ditetapkan oleh KPM iaitu:
i) Strategi Pengukuhan dan Pengayaan
Strategi ini dilaksanakan untuk merapatkan jurang pembelajaran yang wujud akibat kekangan semasa pelaksanaan PDPR akibat penutupan sekolah.
ii) Pembugaran Literasi dan Numerasi
Strategi ini dilaksanakan bagi membantu murid, guru, dan ibu bapa mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi sesuai dengan tahap keupayaan murid terutamanya melibatkan tahun 1, 2, dan 3.
iii) Pemantapan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Proses ini adalah proses berterusan bagi mengenal pasti dan merekod perkembangan dan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
iv) Penyediaan Platform Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Satu sistem penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran diwujudkan untuk mengurus dan menyimpan akses bahan pembelajaran.
Sumber pembelajaran ini dimuat naik melalui platform DELIMa KPM iaitu platform yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para murid.
Selain itu, guru dan murid juga boleh mengakses sumber pelajaran mengerusi SumberKU ialah satu sistem penyimpanan digital yang mengurus, menyimpan serta menyediakan akses kepada sumber dan koleksi bahan PdP digital dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.
Pelaksanaan Program
Pelaksanaan Program KPM PerkasaKU ini dilaksanakan mulai 1 September 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Untuk pembelajaran yang mencapai peringkat asas kurikulum sebanyak 70%, para guru boleh meneruskan pembelajaran dan pengajaran yang sedang dilaksanakan atau menggunakan pendekatan yang bersesuaian.
Bagi guru yang belum mencapai peringkat sebanyak 70%, beberapa kaedah bersesuaian boleh dilaksanakan seperti:
Pendekatan Bertema
Pendekatan Modular
Pembelajaran Bersasaskan Projek
Pembelajaran Terbeza
Simulasi Amali